Tuesday 30 April 2013

Tips di kala hari yang panas terik.

Sekarang ni cuaca di Malaysia sangat panas terik.
Keletihan kita dibuatnya. Lesu. Tak bermaya.



Silap gaya boleh tekanan juga.
Pitam mungkin.

Tips yang saya kongsikan ini amat mudah.

1) Minum air dengan banyak. Kalau rajin lagi, buat air madu dicampur lemon dan ais.
2) Makan buah-buahan yang mempunyai vitamin C.
3) Makan coklat atau ais krim untuk mengurangkan  stress.
4) Mandi untuk segarkan diri.

Di samping itu juga, anda haruslah menjauhi minuman berkafaein, serta melakukan aktiviti berat di waktu terik begini.

Nah, jika gaya Shaklee pula, saya anjurkan anda segarkan diri anda dengan pengambilan

1) ESP (Membekalkan protein ke seluruh sel badan, membaiki sel)
2) Cinch tea / Cinch Energy Drink (Tenaga segera)
3) Vita-Lea, Vitamin  C, Vitamin B Complex (Menguatkan imun)
4) Nutriferon (Menguatkan imun, tenaga segera)
5) Vivix (Menguatkan imun, membaiki sel)

Selamat mencuba!



Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

Sunday 28 April 2013

Garlic Complex Shaklee - Buang Angin Dalam Badan

Alhamdulillah, akhirnya Garlic Complex restock juga di branch. Punyalah seronok rasanya! Garlic Complex ini sangat berkesan untuk buang angin dalam badan bagi saya sekeluarga. Bukan itu saja, Garlic ini pun merupakan antibiotic semulajadi yang tiada bahan chemical bahkan selamat untuk tubuh badan kita.

Sebelum ini, saya berikan garlic ini kepada abah yang selalu mengadu banyak angin dalam badan katanya.

Bila banyak angin dalam badan, perut terasa kembong, kepala terasa pening disebabkan angin yang tak lepas keluar dari badan.

Setelah saya pulang ke Sabah, beberapa hari kemudian, saya bertanyakan keadaan abah di kampung, memang sangat berbaloi! Usaha saya tidak sia-sia. Pada hari pertama dan kedua abah makan, katanya tiada rasa apa-apa kesan pun pada tubuh badannya. Malah mak turut berhenti makan Garlic sebab katanya langsung tiada kesan! Ayah saya bukan orang yang mudah melatah, lalu dia teruskan makan Garlic Complex seperti yang saya sarankan kepadanya..

Alhamdulillah, pada hari ketiga, kata abah, tubuhnya mula mengeluarkan angin... Hihi... Jangan bayangkan angin itu keluar dari bulu roma, tetapi keluar dengan cara bersendawa dan berkentut sahaja... :)

Kata abah, pada hari ketiga dia makan Garlic, dia mula sendawa tidak berhenti, dan asyik rasa mahu membuang angin sahaja! Pada hari keempat, abah rasa sungguh seronok kerana tubuh badannya terasa ringan, berkebun pun cergas, nak solat pun lega sahaja rasanya. ;) Syukur Alhamdulillah...

Itulah pengalaman abah saya, dan kami sekeluarga menggunakan Shaklee. Bidadari Kecil juga tidak banyak meragam dan boleh dikatakan tidak pernah kembung perut selepas ibunya ini mula menggunakan produk Shaklee! Malah dia semakin cergas dan pintar! ;) Kami sudah jatuh cinta dengan Shaklee! Anda bagaimana? :) Jom cuba!


Kasut baru Ain Fatimah