" Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat. Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru.
Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya". - Mama Muzz -
Siapa saya? Saya adalah seorang isteri kepada seorang suami yang penyayang, seorang ibu bekerjaya sebagai pendidik dan ibu kepada seorang Bidadari Kecil yang sungguh comel! :))) Saya berazam untuk menyusukan bidadari kecil ini sehingga 2 tahun. Inshaa Allah, amin... Moga dipermudahkan...
Bidadari Kecil saya lahir pada 20 April 2012 yang lalu dan sekarang sudah berumur 7 bulan. Sepanjang menyusukannya saya rasa sangat enjoy dan sangat rapat dengannya. Malah, saya sangat bersyukur kerana sepanjang proses menjaganya, dia tidak banyak karenah dan bermasalah. Bidadari Kecil ini membesar dengan sihat dan sangat ceria!
Jadi, saya berusaha untuk membina blog ini sebagai perkongsian dan rujukan info-info untuk diri sendiri, adik-beradik saya, dan kawan-kawan serta sesiapa sahaja yang ingin bersama-sama saya, mempunyai azam yang sama untuk menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 2 tahun!
Disamping itu, saya juga adalah pengedar sah Shaklee (id : 881669). Jadi, kawan-kawan jangan malu jangan segan untuk call atau sms saya di 013 6463442 dan boleh juga e-mel di ; bidadarikecilsayang@gmail.com untuk bertanyakan info produk atau apa sahaja berkenaan vitamin Shaklee atau info penyusuan susu ibu!
Akhir kata, SUPPORT BREASTFEEDING!