Monday, 10 December 2012

Cara Penyimpanan Susu Dan Mencairkan Susu Beku

Berikut adalah perkongsian daripada pembacaan saya dari sebuah blog Neskopi.com  mengenai penyimpanan dan cara mencairkan susu ibu. Selamat membaca!

Panduan penyimpanan susu dan mencairkan susu beku adalah dengan penerangan bergambar yang diharap dapat membantu golongan ibu-ibu yang masih menyusukan anak dengan susu badan.

Diharap penerangan dibawah memberikan sedikit gambaran yang jelas bagaimana proses penyimpanan dan bagaimana untuk memanaskan semula susu yang telah beku. Kepada Ibu-ibu, selamat membaca :)


Menyimpan Perahan Susu Ibu
Perahan susu ibu yang baru boleh dibiarkan pada bilik yang berhawa dingin (Air Cond), (kurang daripada 25 ° C atau 77 ° F) selama 6-8 jam. 

Manakala pada suhu bilik yang biasa di Malaysia khasnya, perahan susu ibu yang baru hanya boleh dibiarkan selama 4 jam.

Perahan susu ibu yang tidak digunakan mestilah disimpan di dalam peti sejuk dalam jangkamasa yang tersebut. 


Bekas Untuk Menyimpan Perahan Susu Ibu
Gunakan bekas kedap udara contohnya seperti balang kaca atau bekas plastik keras yang bertutup.
Beg beku / beg penyejuk bersama pad penyejuk (cooler bag & ice pack) yang khas juga boleh digunakan.

Jangan gunakan plastik yang nipis untuk menyimpan perahan susu ibu kerana ia mudah terkoyak dan mudah rosak. 


Membersihkan Bekas Penyimpanan Susu
Untuk kepentingan kesihatan bayi, bekas yang digunakan perlulah dibasuh dengan menggunakan air panas yang bersabun dan juga dibilas dengan air panas. Biarkan bekas mengering dengan sedirinya di atas permukaan yang kering, bersih serta jauh dari punca makanan.


Tips Penyimpanan Perahan Susu Ibu
Sejukkan perahan susu ibu yang baru sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam.

Labelkan bekas dengan meletakkan tarikh dan masa.

Simpan perahan susu ibu dalam jumlah yang kecil untuk mengelakkan pembaziran.

Sentiasa menyejukkan perahan susu yang baru sebelum meletakkan bersama susu lain yang telah sejuk atau yang telah beku.

Tinggalkan ruang kosong sekurang-kurangnya 1 inci tinggi di dalam setiap bekas yang digunakan untuk menyimpan perahan susu ibu.


* Jika bayi anda pramatang (dilahirkan terlalu awal) di hospital, anda boleh bercakap dengan jururawat berkenaan penyimpanan perahan susu ibu dan cara untuk membersihkan bekas. Anda juga boleh meminta bantuan pihak hospital untuk disterilkan bekas susu.


Perahan Susu Ibu Boleh Disimpan Dengan Menggunakan Cara-Cara Yang Berikut:




Penting: 
Letakkan bekas yang mengandungi perahan susu ibu di dalam peti sejuk atau peti beku di bahagian yang paling dalam dimana ianya adalah yang paling sejuk. 
Buang segera mana-mana perahan susu yang telah luput.


Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Telah Beku 
Susu beku yang telah dicairkan boleh disimpan semula di dalam peti sejuk selama 24 jam. 
Jangan membeku semula susu yang telah cair.




Tips Memberi Minum Bayi:

  • Goncangkan susu ibu yang telah suam dan lakukan ujian suhu dengan meletakkannya di pergelangan tangan anda sebelum memberi minum bayi.

  • Kendalikan bayi anda samada dengan cara mendukung atau memangku apabila memberinya minum.

  • Ingat! masa penyusuan anda dan bayi adalah aktiviti eksklusif yang menyeronokkan. Bercakap-cakap dengan bayi dan memberikan banyak senyuman padanya juga boleh membantu menceriakan suasana.

  • Mengusap belakang bayi sekiranya perlu sendawa dan mengelakkan dari muntah.

  • Gunakan perahan susu ibu yang telah disuamkan dalam jangkamasa 1 jam sahaja.


Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.




3 comments:

  1. nice sharing.. please kredit this post back to me.. thanx u
    neskopi.com

    ReplyDelete
  2. link atas tu dah rosak.. siti baru pindah dari mybabyahmad ke neskopi. thanx dear

    ReplyDelete