Berikut adalah perkongsian daripada pembacaan saya dari sebuah blog Neskopi.com mengenai penyimpanan dan cara mencairkan susu ibu. Selamat membaca!
Panduan penyimpanan susu dan mencairkan
susu beku adalah dengan penerangan
bergambar yang diharap dapat membantu golongan ibu-ibu yang masih menyusukan
anak dengan susu badan.
Diharap penerangan dibawah memberikan sedikit gambaran
yang jelas bagaimana proses penyimpanan dan bagaimana untuk memanaskan semula
susu yang telah beku. Kepada Ibu-ibu, selamat membaca :)
Menyimpan Perahan Susu Ibu
Perahan susu ibu yang baru boleh dibiarkan pada bilik
yang berhawa dingin (Air Cond),
(kurang daripada 25 ° C atau 77 ° F) selama 6-8 jam.
Manakala pada suhu bilik yang biasa di Malaysia khasnya,
perahan susu ibu yang baru hanya boleh dibiarkan selama 4 jam.
Perahan susu ibu yang tidak digunakan mestilah disimpan
di dalam peti sejuk dalam jangkamasa yang tersebut.
Bekas Untuk Menyimpan Perahan Susu Ibu
Gunakan bekas kedap udara contohnya seperti balang kaca
atau bekas plastik keras yang bertutup.
Beg beku / beg
penyejuk bersama pad
penyejuk (cooler bag & ice pack) yang khas juga boleh
digunakan.
Jangan gunakan plastik yang nipis untuk menyimpan perahan
susu ibu kerana ia mudah terkoyak dan mudah rosak.
Membersihkan Bekas Penyimpanan Susu
Untuk kepentingan kesihatan bayi, bekas yang digunakan
perlulah dibasuh dengan menggunakan air panas yang bersabun dan juga dibilas
dengan air panas. Biarkan bekas mengering dengan sedirinya di atas permukaan
yang kering, bersih serta jauh dari punca makanan.
Tips Penyimpanan Perahan Susu Ibu
Sejukkan perahan susu ibu yang baru sebaik-baiknya dalam
tempoh 1 jam.
Labelkan bekas dengan meletakkan tarikh dan masa.
Simpan perahan susu ibu dalam jumlah yang kecil untuk
mengelakkan pembaziran.
Sentiasa menyejukkan perahan susu yang baru sebelum
meletakkan bersama susu lain yang telah sejuk atau yang telah beku.
Tinggalkan ruang kosong sekurang-kurangnya 1 inci tinggi
di dalam setiap bekas yang digunakan untuk menyimpan perahan susu ibu.
* Jika bayi anda
pramatang (dilahirkan terlalu awal) di hospital, anda boleh bercakap dengan
jururawat berkenaan penyimpanan perahan susu ibu dan cara untuk membersihkan
bekas. Anda juga boleh meminta bantuan pihak hospital untuk disterilkan bekas
susu.
Perahan Susu Ibu Boleh Disimpan Dengan
Menggunakan Cara-Cara Yang Berikut:
Penting:
Letakkan bekas yang mengandungi perahan susu ibu di dalam peti sejuk atau peti beku di bahagian yang paling dalam dimana ianya adalah yang paling sejuk.
Buang segera mana-mana perahan susu yang telah luput.
Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Telah
Beku
Susu beku yang telah dicairkan boleh disimpan semula di
dalam peti sejuk selama 24 jam.
Tips Memberi Minum Bayi:
- Goncangkan susu ibu yang telah suam dan lakukan ujian suhu dengan meletakkannya di pergelangan tangan anda sebelum memberi minum bayi.
- Kendalikan bayi anda samada dengan cara mendukung atau memangku apabila memberinya minum.
- Ingat! masa penyusuan anda dan bayi adalah aktiviti eksklusif yang menyeronokkan. Bercakap-cakap dengan bayi dan memberikan banyak senyuman padanya juga boleh membantu menceriakan suasana.
- Mengusap belakang bayi sekiranya perlu sendawa dan mengelakkan dari muntah.
- Gunakan perahan susu ibu yang telah disuamkan dalam jangkamasa 1 jam sahaja.
Hubungi
saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat
lanjut.