Monday, 10 December 2012

Saya tidak cukup susu badan. Apa penyebabnya?

ISU TIDAK CUKUP SUSU NI MEMANG SELALU BERMAIN-MAIN DALAM FIKIRAN PARA IBU TERUTAMANYA IBU YANG DALAM PANTANG DAN SUDAH NAK MASUK KERJA BALIK. JUGA TERJADI PADA IBU-IBU YANG BAYINYA BERUSIA LEBIH 6 BULAN. 
Breastfeeding With Confident!
Hakikatnya susu badan ibu adalah berbeza mengikut umur bayi, keadaan, persekitaran, dari sehari ke hari, bulan ke bulan. Jangan risau lebih-lebih ye para ibu.

Faktor-faktor yang menjadi isu dalam penyusuan terutamanya bagi yang mengepam:

1. Jumlah output yang kita dapat semasa pam. 
Jumlah inilah yang sering dijadikan kayu ukur sedikit atau banyak susu sedangkan kita lupa yang pengeluaran susu juga ada turun naiknya. Normal jika susu kadang-kadang sikit, kadang-kadang banyak, tidak semestinya akan dapat amount yang sama setiap hari. Jika hasil pam berkurang pada hari tersebut, tidak bermakna itulah petanda susu badan makin kurang!

2. Semalam dapat 8 oz sekali pam, hari ini dapat 4 oz sekali pam. 
Ibu pun mula stress sebab fikirkan jumlah yang dapat hanyalah sedikit.

3. Perlu dingat aktiviti mengepam tidak se "effektif" dengan penyusuan secara direct
Kemungkinan jumlah output yang kita dapat adalah tidak sama banyak seperti kita menyusukan bayi secara direct.


Adakah normal jumlah output susu yang saya dapat?

Jangan sesekali bandingkan jumlah susu yang berjaya dipam dengan orang lain. Ianya sudah tentu berbeza contohnya bagi ibu yang menyusu badan fulltime (biasanya ini berlaku dalam pantang) dan juga ibu yang mengepam secara konsisten dan bukan fulltime (ibu yang sudah kembali bekerja).

Semasa dalam pantang, ibu menyusu badan sepenuhnya. Dan ibu juga mungkin juga mengepam, hasilnya katakan 2 oz setiap kali pam. Ibu yang sudah masuk kerja akan pam di tempat kerja dan dapat 4 oz sekali pam. Tidak bermakna yang ibu dalam pantang itu merudum susunya kerana dia sudah pun direct feed bayi.

Juga perlu diingat adalah normal jika ibu menyusu secara direct sepenuh masa perlukan beberapa sesi pam untuk dapatkan 2 oz susu contohnya.Susu itu adalah susu 'extra' sebenarnya, jangan rasa lepas menyusukan bayi masih lagi berharap dapat 8 oz semasa pam. Ibu yang telah mula bekerja dan tidak bersama bayi mungkin perlukan satu sesi mengepam sahaja untuk mendapat sebanyak itu.

Jangan stress jika tak dapat kumpulkan penuh freezer dengan stok susu. Ianya adalah normal, jangan risau ye. Memanglah kita akan dapat banyak susu semasa dalam pantang kerana susu masih lagi belum mencapai tahap konsisten. Maksudnya kita belum ada jadual yang khusus atau bayi masih lagi belum menunjukkan pola minum yang konsisten.

Semasa bayi mengalami "growth spurt" juga dijangkakan susu akan terasa tidak cukup kerana bayi menyusu lebih dari kebiasaannya. Dengan itu ibu akan mengalami rasa 'macam tak cukup susu je"..

Keadaan ini boleh diatasi dengan lebih kerap mengepam dan direct feed bayi.

Jangan lupa juga susu akan kemungkinan effect jika anda mengalami period. Keadaan ini adalah normal dan akan berakhir, jangan risau.

JUMLAH SUSU YANG KITA DAPAT SEMASA MENGEPAM BUKANLAH UKURAN 'MILK SUPPLY' KITA!


Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.