Monday, 17 June 2013

Persediaan anak mengikut terma SPIES bagi ibu hamil.

Persediaan anak mengikut terma SPIES bagi ibu hamil.
Perilaku ini adalah untuk kedua Ibu dan Ayah yang bakal menimang cahayamata.

Patinya kita inginkan anak yang soleh, sihat tubuh badan, bijak pemikiran, manis perbicaraan dan juga
manusia bermagnet. Disertakan tips persediaan bagi ibu hamil dan ayahnya juga ya?! :p

S yang pertama merangkumi  Spiritual.
Spiritual itu penting bagi menghasilkan keturunan yang jernih hatinya, taat kepada Tuhannya.
Contoh amalan Spiritaual adalah Zikir, bacaan ayat Al Quran, Puasa, Solat Sunat.

P pula adalah Physical dalam Bahasa Melayunya Fizikal.
Fizikal boleh diertikan sebagai perbuatan berkaitan fizikal. Seperti berjalan menghirp udara segar, berjogging, 
memakan makanan paling berkhasiat seperti madu, kurma, kekacang, air zam-zam.

INTELECTUAL mennuntut kita supaya meningkatkan keupayaan minda seperti membaca buku, membuat latihan matematik, 
mendengar rancangan ilmiah.

EMOSI kita pula perlulah stabil. Sang Suami kenalah pandai mengambail hati isteri wi waktu 'keemasan' begini.
Jaga hati isteri, tolong isteri kemas rumah, memasak dan sewaktu dengannya.

S yang terakhir adalah Social yang menerapkan unsur 'friendly' sesama makhluk. Kucing, jiran tetangga, 
ibu bapa kita, sahabat kita kesemuanya kita kena jaga hubungan dengan mereka. Sentiasa menziarahi mereka, mendokan mereka dan jangan lupa beri hadiah. Kucing pun ada hak ikannya ke atas kita :)

Nah, selamat berSPIES!

*SPIES merupakan harta intelek Kerajaan Negeri Selangor.