Wednesday, 5 June 2013

SET 3M : Pengalamanku Berpuasa Dengan Shaklee

Masih ku ingat beberapa bulan yang lepas, saat Bidadari Kecil berusia dalam lingkungan 3-4 bulan, masatu saya baru sahaja balik bekerja semula setelah lama cuti bersalin. :) Alhamdulillah, dengan dorongan dan sokongan kuat dari suami, saya berjaya fully breastfeed Bidadari Kecil sehingga ke saat ini! 

Saya mengaku, di awal waktu saya kembali bekerja, keadaan saya ketika itu sangat lemah. Sudahlah baru lepas bersalin, tenaga pun masih belum pulih sepenuhnya. Anak saya pula menyusu badan sepenuhnya, kerja berlambak-lambak menanti saya di sekolah, kebetulan pula ketika itu bulan Ramadhan, dan saya berulang-alik dari Sabah ke Pahang disebabkan ayah saya operate batu karang di Hospital Kuantan, Pahang! Allahu Rabbi! Kepenatan pada waktu itu, tidak dapat digambarkan! Malah saya terpaksa 'cuti' berpuasa satu hari disebabkan tak tertanggung keletihan dan kelesuan pada waktu itu! Betul-betul lemah!

Sehinggalah saya bertemu jodoh dengan 'SHAKLEE'. Pada ketika itu, suami saya mendesak saya supaya mencuba set lengkap ibu menyusu iaitu SET 3M Shaklee. Alhamdulillah, setelah mengalami healing crisis selama seminggu, saya kembali segar dan bertenaga sehingga kini! Syukur pada Mu Ya Allah kerana menemukan ku dengan Shaklee! 2 minggu akhir berpuasa Ramadhan, saya bekerja dengan penuh semangat dan bertenaga walaupun sedang berpuasa. Kalau dulu, balik dari kerja saya pasti lesu dan tidak mampu menyempurnakan tugas di rumah seperti memasak, mengemas dan sebagainya. Tetapi, sejak mengambil set 3M Shaklee, syukur Alhamdulillah, saya masih bertenaga melakukan kerja-kerja rumah, dengan gembiranya! :) Encik Suami pun suka dengan perubahan saya! 

Paling saya suka ialah ESP @ Energizing Soy Protein. Kenapa? Baaaanyak sangat khasiatnya! As ibu yang menyusukan anak, saya suka sebab setiap kali anak saya menyusu badan, pasti dia akan senyum kepuasan dan seolah-olah 'kekenyangan' disebabkan sifatnya yang tidak banyak ragam. Kalau tidak, dia asyik mengulang untuk menyusu, seperti baby yang tak pandai nak kenyang! Huhu... Kalau tidur malam, sangatlah lena... Hanya beberapa kali sahaja dia terjaga meminta susu! Bahagianya rasa... La..la...la.... :)

Sebagai seorang perempuan/wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak dan suami pula, ESP membuatkan kulit saya yang kendur, kembali tegang...Awww! Tak payahla cerita part mana yang kendur tu.... Sendiri tahu lah kan? Hihi... Kemudian, parut-parut lama pun macam dah pudar, kesan cakaran kuku my little baby di muka saya pada ketika itu juga sudah hilang! Wahhhhh!!! Seronoknya rasa hatiku! Bukan tu saja, berat saya pun dah turun lebih kurang 7-8 kg. Wowwww!!! Beritahu saya, siapa yang tak nak cuba ESP? Maka dialah orang yang paling rugi!!!! Alahai! Siapalah orang itew... :)

Sempena PROMOSI MEALSHAKES ni, saya dapat tahu, branch Kota Kinabalu sahaja dah liiicciiinnnn MEALSHAKES ni! Kenapa orang sibuk dengan Mealshakes juga? Sebab dah nak masuk bulan Ramadhan, orang sibuk borong 2-3 canister untuk persediaan berpuasa.... Anda tak sempat nak cuba ke? Aduh! Kesian.... Tapi, takpe... ESP masih ada stok! Harus contact saya untuk dapatkan ESP sekarang di 0136463442 sebelum KEHABISAANNN!!! :)