Encik Suami, kali ni nak bagi suntikan motivasi sikit :)
Ok saya mulakan...
Terkadang, kita tidak lepas dari bebanan atau kekangan belenggu yang menghantui kita.
Tekanan untuk berjaya, tekanan untuk berubah, masa depan yang cerah, melunaskan hutang, masalah dengan rakan sekerja, harga barang yang mencengkam, kesesakan lalulintas yang menyerabutkan. Kita semua menghadapinya!
Adakah dengan tidak berbuat apa-apa dapat membantu situasi tersebut?
Memanglah ada pepatah mengatakan "time will heal" masa akan merawat itu bukanlah bermaksud kita menyerahkan segala-galanya terhadap keadaan. Progress walaupun sedikit, itu menunjukkan kemajuan!
Sales umpamanya. Anda kata anda kurang berjaya membuat sales.
Apakah sales yang anda maksudkan itu? Apakah ukurannya? Apakah tergetnya?
Kenalpasti target yang ingin anda capai, buat perancangan startegi untuk merealisasikan atau bagi barang 'laku'!
Begitu juga dengan permasalahan.
Anda ada masalah peribadi anda. Kerjaya anda terganggu. Anda perlukan waktu untuk hebat semula.
Apakah masalah peribadi yang mencengkam anda? Apakah ukurannya?
Kenalpasti perasaan bahagia yang anda ingin capai itu. Apakah langkah-langkah untuk menuju ke arah itu?
Nah, anda tidak boleh mengawal apa jua permasalahan yang bakal melanda anda, tetapi anda mampu mengawal perasaan anda sendiri.
Kawallah diri anda supaya sentiasa ceria. Apabila bisikan syaitan menerpa anda untuk anda 'down' jangan layan!
Terus tukar keadaan supaya anda sentiasa gembira dan ceria.
Selepas anda berusaha dengan sehabis baik,
Let go and let's God!
(Lepaskan belenggu itu dan biarkan ALLAH menanganinya)
Aku juga ingin berjaya seperti depa!
I know talk is cheap but WE are not!
I know talk is cheap but WE are not!
No comments:
Post a Comment