Wednesday 15 May 2013

Pengalaman berpuasa Encik Suami.

Hari ke 3 bulan Rejab, saya terpengaruh dengan cadangan isteri untuk berpuasa.
Alamak! Tapi mengenangkan ianya bagus untuk badan dan hati saya, maka saya tekadkan diri untuk berpuasa juga.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, mengambil vitamin Shaklee, asbab untuk saya sentiasa bertenaga.

Pepagi lagi Isteri kesayangan ni dah sediakan sahur, apa lagi saya pun 'ngap' lah! Ohh tetapi sebelum itu... ESP haruslah dimakan sebelum makan nasi supaya tak kelaparan nanti. Kalau ESP diambil selepas makan nasi, kita akan cepat lapar. Dari segi tenaga, ia akan menyegarkan dari pagi sehingga ke petang.

Vitalea adalah multivitamin yang wajib saya makan disamping vitamin B Complex. Fungsi vitamin b complex ni menukarkan makanan kepada tenaga.

Rahsia ke 3 adalah air mineral yang mencukupi, supaya tidak dihedritasi, almaklumlah di Sabah ni terlebih panasnya, hampir kepada Tropika.

Lama tak puasa beb, tu yang risau juga, tetapi Alhamdulillah takdekla sampai terketar-ketar ataupun perut menusuk kelaparan. Terasa ringan badan pula badan ni. Nak solat pun tak malas.

Puasa dah dekat ni, amalkanlah bagi yang mampu. Banyak manfaatnya dari segi jiwa. Kita tak banyak marah, penyabar, waktu pun rasa banyak, boleh habiskan banyak kerja, nak solat pun tenang dan insyaAllah doa senang dimakbulkan ALLAH.

Saya dah, anda bila lagi?


No comments:

Post a Comment