Wednesday, 30 January 2013

Anak Saya Suka Baca Buku? Bagaimana Caranya?

Bacakan buku untuk anak anda sejak dari dalam kandungan!

Ramai ibu bapa masa kini yang mengambil jalan singkat, tidak mahu diganggu anak atau bayinya semasa melakukan kerja-kerja rutin, mereka hadapkan anak-anak mereka di depan televisyen, kemudian, buka channel kartun,habis cerita! Lalu mereka berasa lega kerana anak-anak akan leka dengan keletah kartun di televisyen tanpa mengambil kira kesan daripada apa yang bakal anak-anak kita duplicate dari perangai kartun-kartun di dalam televisyen tersebut!

Maka, apabila sudah terbiasa dengan objek-objek kartun yang comel-comel, bergerak-gerak, animasi lah katakan, jadi segala macam benda yang kaku seperti buku-buku ini dirasakan bosan dan kurang menarik! Lalu kita sebagai ibu bapa mula membebel.... "Asyik tengok tv saja, buku mama, papa beli ni taknak pun baca!". Tunggu dulu! Sebelum anda keluarkan kata-kata itu, jom sama-sama koreksi diri. Adakah kita membudayakan tabiat suka membaca buku dalam diri kita? Adakah kita tanamkan minat membaca kepada anak kita sejak dia masih kecil? Tanyakan diri kita... Saya katakan kita, sebab soalan itu diajukan kepada saya juga...huhuu...

Jom kita mula asahkan minat membaca buku kepada anak-anak kita sejak berada di dalam kandungan lagi! Saya terjumpa buku ini di Eaton's Kota Kinabalu, sesiapa yang berada di Kota Kinabalu, boleh dapatkan sendiri di sana, ya? Karangan Rizem Aizid, terbitan Ar-Risalah!

Bolehkah pupuk minat membaca sedari dalam kandungan? Bagaimana? Saya ambil satu cerita dari dalam buku ini, ya?

Kisah Thomas Alva Edison, Si Pencipta Mentol Lampu

Sejarah menyatakan, sewaktu kecilnya, Edison belajar di sekolah rasmi hanya selama 3 tahun sahaja. Bermakna, dia tidak pernah tamat sekolah rendah. Ibunya sengaja berhentikan Edison kerana sering mendapat markah buruk di sekolah, maka selebihnya Ibunya mendidik Edison sepenuhnya di rumah! Nampak tak kecekalan dan keazaman seorang ibu yang mahu anaknya pintar, genius? Siapa tidak mahu, kan?

Ibunya sering membacakan buku untuk Edison, mengajar Edison mengira, membaca dan menulis... Maka Edison menghabiskan masanya di rumah dengan belajar, membuat kajian dan eksperimen. Berkat dari dorongan dan didikan ibunya, Edison menjadi budak yang pintar, cerdas yang selama ini dianggap dungu luar biasa oleh gurunya...Bahkan dia termasuk di senarai 100 tokoh yang paling berpengaruh!

Apa hikmah dari kisah ini? Ya! Kejayaan seorang anak amat bergantung pada dorongan dan motivasi ibu bapanya! Jika ibu Edison boleh menyisihkan sebahagian wang belanjanya untuk membeli buku pelajaran Edison, dan berharap Edison akan menjadi 'Orang Besar', kita seribu kali boleh dengan pelbagai kemudahan yang tersedia pada masa kini, bukan?

Saya akan sambung lagi di lain masa.... InsyaaAllah...

No comments:

Post a Comment