Showing posts with label Lecithin. Show all posts
Showing posts with label Lecithin. Show all posts

Friday, 4 October 2013

Kuruskan badan dengan Lecithin, Omega dan Alfalfa Shaklee

Siapa yang tak mahu kurus?
Hmnn teh tarik, kek coklat, ais krim takkanlah kita nak tinggalkan?

Betul tu, tapi dengan amalan pemakanan hidup yang sihat, badan anda takkan lesu dan menggelebeh lagi.

Dengan pengambilan makanan nutrisi seperti Shaklee umpamanya, tentulah anda akan lebih berkira-kira untuk memakan makanan yang tidak sihat kadar keselamatannya, kebersihan dan khasiatnya.

Ia umpama memiliki wang seribu dan berbelanja kurang dari seribu. Takkanlah anda akan berbelanja lebih dari seribu ? Sedangkan pendapatan and hanyalah seribu.

Takkanlah anda akan makan segala junk food dan fast food supaya Shaklee ini dapat cover kesilapan pemilihan makanan yang anda lakukan.

Ingat ya, nutrisi adalah supplement iaitu pelengkap kepada pemakanan kita. Bayangkan kita ambil makanan yang penuh khasiat, sedikit junk dan kafein, ya Shaklee ini mungkin berupaya membantu anda pada keadaan ini berbanding anda mengambil fast food setiap masa.

Pilihan makanan juga penting. Jauhi makanan berlemak da berminyak. Bersih lagi suci dianjurkan oleh ummat islam amatlah bertepatan dengan makanan kesihatan.

Cuba tengok timur tengah, Negara mereka sangat kaya dengan makanan kesihatan seperti kurma, badam dan madu. Mereka tak perlukan Shaklee pun sebab makanan semulajadi mereka memang menyihatkan mereka. Tapi yang merisaukan sekarang adalah kemasukan makanan fast food dari barat ke sana. Kurma dan madu takkan dapat membatu dah sekiranya Encik Arab ni makan Sneakers, minum Cola, makan pizza berkeju disalut rempah msg, mi segera dan seumpamanya makanan yang tidak menyihatkan.

Pendek kata, pengawalan pemakanan itu mustahak.

Lecithin
- memecahkan lemak badan dan mengurangi lemak yang tersendat.
- bakar dan cairkan lemak terutamanya kolestrol.

Omega
- kalori tambahana dibakar menjadi tenaga dan bukan lemak.
- ia meningkatkan metabolisma badan.
- membakar lemak dengan kadar yang cepat.

Alfalfa
- ha, setelah lemak dilincirkan, berilah tugas kepada Alfalfa ini untuk membuang kesemua lemak itu tadi :)
- berfungsi menurunkan berat badan.
- sebagai nyahtoksin dan mencucu usus.
- mengelakkan sembelit.

Jom buang lemak dengan gaya hidup sihat! Alfalfa, Lecithin dan Omega diterbangkan khas dari Amerika untuk membantu anda.

Jom!


Berminat? Hubungi saya ya :)

Ummu Ain/whatsapp: 013 6463442 (Id : 881669)
Blog : http://bidadarikecilsayang.blogspot.com
Emel : bidadarikecilsayang@gmail.com
FB Page : https://www.facebook.com/bidadarikecilblog 



Info tambahan

Ujikaji Lecithin Shaklee



Sumber Omega yang utama




Pohon Alfalfa




Sunday, 24 March 2013

Lecithin Si Pembakar Lemak

LECITHIN



  • Merupakan gabungan choline, inosite dan essential fatty acids yang lain.

APA MANFAAT LECITHIN PADA DIRI ANDA? 
 
  •   Lecithin membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi.
  •   Ia mengawal penggumpalan platlet darah/thrombus.
  •   Supaya otak kita cerdas
  •   Mengurangkan nyanyuk pada orang-orangg tua.
  •   Ia mengekalkan kandungan air dalam kulit.
  •   Lecithin mengalakkan penyerapan vitamin yang larut lemak.
  •   Lecithin merupakan emulsifier yang kuat. Dia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola      menjadi bintikan lemak yg kecil.
  •   Membantu pengaliran lemak.
  •   Boleh diumpamakan sebagai pembakar yg membakar lemak dalam badan.
  •   Menggalakkan metabolisme lemak dan mencegah hati berlemak.

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL LECITHIN?
  • Mereka yang nak kurus termasuk ibu menyusu.
  • Pesakit diabetes dan buah pinggang.
  • Penderita stroke.
  • Mereka yang kolesterol tinggi.
  • Mereka yang mengalami inflamasi.
  • Mereka yang sukar tidur.

TAHUKAH ANDA?

1. Pesakit Diabetis tak boleh kekurangan Lecithin.
2. Penggunaan Protein dan Choline (ada dlm Lecithin) boleh meringankan sakit buah pinggang.
3. Kalau badan kita kekurangan inosite, (also komponen yg membentuk Lecithin seperti juga Choline tadi) kepala kita boleh botak atau keguguran rambut.
4. Alcohol dan carbohidrat boleh menambah lemak dalam darah dalam masa 2 jam 
5. Lecithin boleh merawat keradangan. 

SUMBER MAKANAN YANG TINGGI LECITHIN
  • Soya ~ Lecithin Shaklee dibuat dari soya.
  • Telur

KESAN KEKURANGAN LECITHIN
  • Rambut gugur
  • Tidak dapat fokus dengan baik
  • Sering sakit dan mengalami keradangan.

ISI KANDUNG LECITHIN
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) - amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
  • Kolin - satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem saraf
  • Inositol - sebagai komponen utama membran /  selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Friday, 22 March 2013

Cara menangani Eye STYE

[Entry Encik Suami]



Eye STYE merupakan buih jernih kecil yang terbit di bahagian mata.
Kebiasaanya ia tidak merbahaya dan ia sedikit gatal. Saya juga berasa
rimas jika stye ini menghinggapi saya.

STYE ini dipercayai kesan daripada perebakan bakteria. Mungkin
melalui sentuhan dan juga udara.

Apa yang saya lakukan untuk menanganinya?
Saya membuat pembacaan dsri pelbagai sumber di internet. Saya juga
bertanyakan kepada doktor pakar mata yang sibuk .
Alhamdulillah dalam keadaan sibukpun, sempat juga dia membalas emel saya.
TQ Dr Muhaya!

Saya bertanyakan akan keadaan saya di mana ada gelembung jernih kecil
terbit di bahagian mata putih saya. Keadaannya sedikit gatal dan tidak
sakit. Dr Muhaya mengatakan itu tidak merbahaya.

Saya bersyukur amat sangat. Hasil pembacaan saya, banyak di negara
orang putih mengalami ini. Tidak pasti pula di Malaysia bagaimana
kerana tidak pula saya jumpa mengenai STYE ini, melainkan ketumbuhan
di kelopak mata iaitu seakan cyst kecil. Juga menyerupai jerawat
kecil.

Menurut orang Sabah yang berketurunan Rungus di sini, remedy secara
tradisi adalah dengan mencucuk helaian rambut di buih kaca tersebut.
HANYA YANG BERPENGALAMAN sahaja layak melakukan ini.

Tips yang biasa diamalkan oleh orang putih adalah dengan mencelup kain bersih ke dalam air panas, kemudian diterapkan kelopak mata sehingga air itu sejuk. Dilakukan berulang kali sehingga 10 minit. Lakukan 3 kali sehari, lebih lagi kalau rajin.

Janganlah risau, STYE ini hanya berlaku selama seminggu cuma.

Antara langkah penjagaan saya lakukan ketika menghadapi
STYE ini adalah dengan mempertingkatkan 'hygene' dengan sentiasa

membasuh tangan. Saya juga menghindari menyentuh mata dengan tangan.
Memastikan kuku pendek dan saya juga meningkatkan pemakanan nutrisi
yang pastinya SHAKLEE yang terdiri daripada B-Complex, Vitamin E,
Vitalea, Vitamin C.
Ini untuk imunisasi. Untuk antibodi saya mengambil Shaklee Garlic.

Saya pertingkatkan lagi dengan Herbalax dan Lecithin. Ini untuk
membuang toksin di dalam badan. Jangan lupa, minum air yang banyak ya?

Alhamdulillah STYE ini berlangsungan tidak sampai seminggu. Cuma tiga
hari sahaja.


Tingkatkanlah kehidupan anda dengan gaya hidup sihat!
Dah sihat ni barulah seronok nak cuti sekolah....


Monday, 18 February 2013

Suamiku susut badannya disebabkan Shaklee lah!

Segalanya bermula apabila saya mengambil set 3M (making more milk) Shaklee.
Set ini diambil pada Ramadhan tahun 2012.

Selain set 3m ni, says menambah beberapa vitamin yang lain(pelengkap) kepada
pembekalan nutrisi kepada kami bedua, suami isteri.

Yang best tentang Shaklee ni, Vitaminnya boleh dimakan oleh suami juga!
Sebab itulah Vitamin tambahan seperti Vitamin E, Zink, Omega ditambah selain set 3m ni.

Yang saya pasti, apabila mengambil Vitamin, kita secara tidak langsung akan meminum air yang lebih banyak daripada biasa.

Proses penurunan berat badan ni memakan masa. Tambahan pula, Encik Suami saya ni malas nak bersenam, makanya kesan penurunan berat badannya ambil masa yang lama sedikit.



Lecithin-pecahkan lemak tepu di dalam badan
Herblax-membuang toksin di dalam badan, seterusnya melancarkan fungsi badan
ESP-beri tenaga segera dan buatkan kita tak lapar sangat

3 kombo di atas adalah formula suami saya susut berat badannya...
Masa kahwin dulu, dkat 110 kilo jugaklah...sekarang ni dah 92 kilo. Oklah tu, tapi kena mempergiat lagi wahai abangku!

Sekarang ni, abang dah tak mengah-mengah lagi. Solat pun ringan jer badan dia. Tiada angin jahat macam dulu dah kat badannya. Suka tengok abang, semakin berseri...Jangan tak tahu, ESP juga mencantikkan kulit tau...

Anda pula bagaimana?

Jom kurus dengan Shaklee.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------ Hubungi saya dengan sms ke o13 646 3442  atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

___________________________
Ummu Ain
[Shaklee ID No : 881669]
0136463442
bidadarikecilsayang@gmail.com

Tuesday, 22 January 2013

Omega Guard Dan Alfalfa Selamat Untuk Ibu Menyusu Yang Ingin Kurus


Panjangnya tajuk hihi..takpe tajuk panjang asalkan sampai maksudnya. Ramai yang bertanya terutama ibu yang menyusu, bolehkah berdiet jika menyusu? Boleh tetapi ada caranya dan dengan produk yang betul. Jika tidak takut effect pada susu.

Inilah dia produk yang boleh maintain berat badan ibu kelihatan lebih langsing dan juga selamat pada bayi..juga sebagai tambahan adanya alfalfa sbg galagtague (penggalak susu).


Apa kelebihan Omega guard shaklee ni?Apa kandungannya?

Docosahexaenoic acid (DHA) and Eicosapentaenoicacid (EPA) are omega-3 fatty acids found in deep-sea cold water fish. DHA and EPA are known to reduce inflammation, promote proper brain, nervous system, and eye function and must be obtained through the diet.

Shaklee OmegaGuardTM is a dietary supplement containing fish oil. One serving of OmegaGuardTM provides 1000mg of omega-3 fatty acids including DHA and EPA. - dipetik dari website shaklee.

Apa kaitan Omega Guard Shaklee dengan Penurunan Berat Badan? Ikuti perkongsian dari Kak Chibi:

LEMAK JAHAT yang terkumpul dalam badan kita memerlukan LEMAK BAIK untuk menguraikannya dan membakarnya. Pengambilan LEMAK BAIK yang dimaksudkan bukanlah daripada sumber seperti mayonis, minyak masak atau lemak haiwan TETAPI daripada sumber pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardine, walnut serta flaxseed. Salah satu LEMAK BAIK yang bermanfaat untuk tubuh badan kita adalah Omega-3 Fatty Acids.

Ikuti kisah Puan Norita yang mula menggunakan Shaklee OmegaGuard untuk menurunkan berat badan, Salah seorang pelanggannya mengatakan yang Lecithin lambat kesan kepadanya dan ingin mengambil Omega. Hasilnya sangat mengagumkan. Oh, Lecithin juga berfungsi sebagai pembakar lemak yea..

Berat badan turun dengan Shaklee OmegaGuard (Testimoni Pengguna)**

“Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air. 

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang. 

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan. 

Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak. 

Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best! 

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.” Kredit : AnakkuWiraku

Ok, Kenapa boleh kurus dengan OmegaGuard??
Seperti yang saya nyatakan tadi, omega (fish oil) mengandungi Omega-3 Fatty Acid. 

Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasuk LEPTIN yang merupakan hormone yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA AKAN BERASA LAPAR

Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, Omega-3 Fatty Acids secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkaitrapat dengan PENINGKATAN PARAS LEPTIN di dalam badan. Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan Omega-3 Fatty Acids menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet. Sumber : Livestrong

Saya pun nak mulakan diet dengan OmegaGuard.Selama ni ambil bila demam atau sakit je.Menarik sungguh..Almaklum, ibu menyusu ni selera makan agak tinggi (^-^) 

Kenapa pula perlu ambil Alfalfa bersama-sama Omega Guard?

Untuk buang lemak dalam badan, kita memerlukan fiber untuk mengangkut keluar lemak ini. Jika tanpa fiber, bagaimana lemak ingin dibawa keluar kan? Jadi, supplement yang selamat adalah alfalfa kerana ianya mengandungi fiber. Tambah lagi sebab ianya satu bonus berganda pada ibu kerana ianya juga boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu. Sambil berdiet, susu pun makin bertambah. Cubalah pasti ibu-ibu sukakannya:)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gm.com untuk maklumat lanjut.