Showing posts with label vitamin B. Show all posts
Showing posts with label vitamin B. Show all posts

Friday, 22 March 2013

Cara menangani Eye STYE

[Entry Encik Suami]



Eye STYE merupakan buih jernih kecil yang terbit di bahagian mata.
Kebiasaanya ia tidak merbahaya dan ia sedikit gatal. Saya juga berasa
rimas jika stye ini menghinggapi saya.

STYE ini dipercayai kesan daripada perebakan bakteria. Mungkin
melalui sentuhan dan juga udara.

Apa yang saya lakukan untuk menanganinya?
Saya membuat pembacaan dsri pelbagai sumber di internet. Saya juga
bertanyakan kepada doktor pakar mata yang sibuk .
Alhamdulillah dalam keadaan sibukpun, sempat juga dia membalas emel saya.
TQ Dr Muhaya!

Saya bertanyakan akan keadaan saya di mana ada gelembung jernih kecil
terbit di bahagian mata putih saya. Keadaannya sedikit gatal dan tidak
sakit. Dr Muhaya mengatakan itu tidak merbahaya.

Saya bersyukur amat sangat. Hasil pembacaan saya, banyak di negara
orang putih mengalami ini. Tidak pasti pula di Malaysia bagaimana
kerana tidak pula saya jumpa mengenai STYE ini, melainkan ketumbuhan
di kelopak mata iaitu seakan cyst kecil. Juga menyerupai jerawat
kecil.

Menurut orang Sabah yang berketurunan Rungus di sini, remedy secara
tradisi adalah dengan mencucuk helaian rambut di buih kaca tersebut.
HANYA YANG BERPENGALAMAN sahaja layak melakukan ini.

Tips yang biasa diamalkan oleh orang putih adalah dengan mencelup kain bersih ke dalam air panas, kemudian diterapkan kelopak mata sehingga air itu sejuk. Dilakukan berulang kali sehingga 10 minit. Lakukan 3 kali sehari, lebih lagi kalau rajin.

Janganlah risau, STYE ini hanya berlaku selama seminggu cuma.

Antara langkah penjagaan saya lakukan ketika menghadapi
STYE ini adalah dengan mempertingkatkan 'hygene' dengan sentiasa

membasuh tangan. Saya juga menghindari menyentuh mata dengan tangan.
Memastikan kuku pendek dan saya juga meningkatkan pemakanan nutrisi
yang pastinya SHAKLEE yang terdiri daripada B-Complex, Vitamin E,
Vitalea, Vitamin C.
Ini untuk imunisasi. Untuk antibodi saya mengambil Shaklee Garlic.

Saya pertingkatkan lagi dengan Herbalax dan Lecithin. Ini untuk
membuang toksin di dalam badan. Jangan lupa, minum air yang banyak ya?

Alhamdulillah STYE ini berlangsungan tidak sampai seminggu. Cuma tiga
hari sahaja.


Tingkatkanlah kehidupan anda dengan gaya hidup sihat!
Dah sihat ni barulah seronok nak cuti sekolah....


Tuesday, 22 January 2013

Set berpantang Shaklee (Set C) Confinement Set Plus



Set Berpantang

iaitu Set C ini terdiri daripada

Vita-Lea - Pertumbuhan sel baru, penambahan tenaga segera, pelengkap nutrisi.
Vitamin B Complex - Pembinaan DNA dan sel-sel baru, meredakan senggugut. mengurangkan kelesuan
Vitamin C - Membentuk kolagen, tingkat sistem imun, mencantikkan kulit, kekalkan kolestrol sihat.
Zink - Mempercepatkan pemulihan luka, penguncupan uterus seperti semula,
Ostematrix - Kuatkan tulang, memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas, ringankan stres,
ESP-Energizing Soy Protein - Awet muda, stabilkan hormon, mengurangkan kesan parut, membaiki ingatan,

Wednesday, 2 January 2013

4 Petua semulajadi untuk melegakan sakit kulit kaki


Penyakit kulit adalah disebabkan kekurangan mineral dalam badan untuk menjanakan sel kulit tersebut, ataupun alahan kepada makanan tertentu.

Di sini akan saya kongsikan 4 petua semulajadi supaya kulit anda tak mengelupas, tak rekah, cukup air dan cantik!

1) Rendam kaki di dalam air laut (air garam pun boleh)

2) Ratakan cuka di bahagian kulit yang sensitif. Lakukan dengan disiplin. Setiap malam sebelum tidur ya...

3) Rendam kaki di kolam air panas semulajadi

4) Makan supplement semulajadi (Shaklee)*



  • Nutriferon – sebagai immune booster dalam badan. 
  • B-Complex – boleh kurangkan rasa stress. Stress boleh menyebabkan psoriasis mudah merebak. 
  • Vitamin C ada kolagen. Mengikat sel-sel yang terbentuk. Nak bagi kulit itu tak terlalu mengelupas. 
  • GLA - bagi menstabilkan hormon dalam badan. 
  • ESP – mengandungi protein  membentuk sel kulit baru dalam badan. Milk booster juga ni.

  •  Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

    Friday, 7 December 2012

    Tips Rambut Sihat


    Untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat, adalah bermula dengan apa yang kita makan. Jom kita tengok apa tips pemakanan sihat untuk rambut? Saya dapat tips ini dari REMAJA ;


    1)Ikan salmon

    Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak.

    2)Sayur-sayuran berwarna hijau tua

    Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C,zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.

    3)Buah segar

    Tembikai, pisang, limau, epal dan buahbuahan yang lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting yang baik untuk mengurangkan keguguran rambut.

    4)Kacang buncis

    Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

    5)Kekacang

    Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak kekacang.Badam misalnya asam lemak omega-3 yang boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

    6)Telur

    Telur merupakan antara sumber protein yang baik untuk mendapatkan rambut yang sihat.Kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh boleh menyebabkan rambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar.

    7)Bijirin

    Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.

    8)Produk susu yang rendah lemak

    Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.

    9)Makanan laut

    Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.