Showing posts with label ibu mengandung. Show all posts
Showing posts with label ibu mengandung. Show all posts

Monday, 25 March 2013

MEALSHAKES MEMBERI LEBIH TENAGA KETIKA BERSALIN?



Sambil-sambil saya membuat blogwalking, saya tertarik dengan kisah yang dikongsi oleh saudari PermataCintaku yang bercerita kisah kawannya minum Mealshakes sebelum dia melahirkan anak. Saya ingin berkongsi dengan pembaca di blog Bidadari Kecil bagaimana perasaannya apabila meneran ketika bersalin dengan penuh bertenaga! Jom kita baca sama-sama…

KISAH MEALSHAKES

Semalam pergi melawat sahabat baikku yang baru sahaja melahirkan bayi ketiganya. Kali ni tercapailah hasrat untuk mendapat 'baby boy' setelah kedua-dua sebelum ini adalah puteri.

Sembang-sembang dengannya semasa datang melawat, katanya ini kali pertama dia bersalin tanpa menggunakan sebarang ubatan. Kedua-dua kelahiran terdahulu beliau mengambil epidural tetapi kali ini belum sempat nak ambil, sampai hospital dah buka 7cm. Alamak, hati dah berdebar sebab dia ni macam diriku juga jenis tak tahan sakit.

Tapi teruja juga mendengarkan ceritanya. Sebelum pergi hospital dia ada bawa bekal  MEALSHAKE SHAKLEE sebagai memberikan tambahan tenaga padanya semasa bersalin. Ini kali pertama beliau mencuba semasa melalui proses bersalin. Apa yang saya pun teruja mendengarnya, bila katanya bersalin kali ni tenaga memang berlainan dari yang terdahulu. Tenaganya lain macam, mudah sangat. Sakit kontraksi pun tidaklah terlalu kuat. Pendek kata sangat mudah bersalin kali ini. Alhamdulillah....

Balik dari melawat daku tersenyum sendiri, memang betul pun Mealshake kan berupa multivitamin dalam bentuk serbuk, jadi daripada minum air lain untuk dapatkan tenaga semasa meneran tu, apa salahnya mencuba mealshake kan? Tenaga yang sangat kita perlukan terutama masa meneran tu. Bila 'push' dalam keadaan yang tiada tenaga dan badan lemah, risiko pun makin tinggi.

Lepas ni jangan lupa kawan-kawan bolehla cuba mealshake jika inginkan tenaga yang lebih ye:) 
TAHNIAH sahabatku:) 

Seronok membaca? Hihi… Jadi, ibu-ibu mengandung atau berpantang, atau menyusu di luar sana yang mana ingin mencuba Mealshakes, bol eh hubungi saya. Harga yang istimewa khas untuk pembaca Bidadari Kecil! Harga pasarannya ialah; RM113.75(WM), RM121.25(EM).
Rasanya? Aduhaiii… Sedapppp! Pernah minum Vanilla Shakes Mc Donald tak? Mealshakes lebih creamy dan sangat sedap bila dicampur dengan ESP! Cubalah! 


Nak Cuba? Boleh hubungi saya untuk harga yang istimewa.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

B-COMPLEX BANTU RASA MUAL DAN LOYA



Sambil-sambil susukan anak tiba-tiba teringat pula zaman mengandung dahulu. Biasalah saya kedua-dua kandungan mengalami morning sickness yang agak teruk. Bukan sahaja tidak boleh makan, minum, air masak pun tidak boleh telan. Rasa macam tengkorak hidup pun ada sebab semua benda tidak boleh telan. Kesian pula dengan suami setiap hari terpaksa carikan makanan untuk dicuba, tapi semua tidak berhasil. Akhirnya kena tahan wad juga untuk dimasukkan air kerana sudah kehilangan banyak cecair dalam badan.

Rindu hendak hamil lagi tapi mengenangkan morning sickness atau alahan teruk semasa mengandung membuatkan perasaan itu terbantut seketika. Masa itu tidak tahu pula fungsi B Complex boleh bantu untuk kurangkan rasa loya dan hendak muntah itu. Baru-baru ini ada terbaca yang B Complex boleh membantu masalah ini. Harus dicuba jika mengandung lagi:)


Jalan-jalan ke blog seorang ibu tadi terjumpa ini:


" For my first 2 pregnancies I had terrible morning sickness. I was constantly woosey and generally did not feel well.. I on;y puked a few times, but constantly wished I did hoping I would feel better. At about 12 weeks for baby #2 my CNM suggested taking a B complex with B6. I purchased a bottle of super B complex with B6, B12 & a variety of other Bs. I immediately got better; however I attributed this to being at 12 weeks.

Now at baby #3 I started taking a B Complex with B6, B12 & a variety of other things from the beginning. I felt 100 % better than my previous 2 babies combined. I had to take the vitamins several times a day and would start feeling really bad if I went too long. After my first bottle was gone I purchased a bottle of B Complex without B12, and it did not help as much. Once I switch backed to a B Complex with B12 I felt better once again.

Bottom line, B Complex with B6 & B12 made me feel much better. B Complex with out B12 did not improve my state of well being as much. I needed to take the supplements to week 17."

Not bad kan? Bertambah lagi yakin untuk cuba anak ketiga nanti hihii.
Ingin baca lagi? Ini dia pengakuan seorang ibu lain:

" chose the title of my post carefully because after six pregnancies I still haven’t found out to get rid of morning sickness completely (I know….boo! hiss!). Some women do find complete relief in one way or another, but for most of us it’s a matter of learning how to cope until the tincture of time works its magic. All I can offer here are tips on managing morning sickness.

Here’s my list of “remedies” that actually did provide some relief:
B6 and Unisom Combo: This is a “Class A” remedy that many doctors and midwives suggest to expectant mothers in lieu of expensive prescription medication. Here’s the regimen my midwife assigns me. Go to the pharmacy and buy several packages of generic Unisom (doxylamine) tablets and a big bottle of B-Complex which contains about 25 mg of B6 in each tablet."

Tengok ni? B Complex Shaklee memang vitamin B yang lengkap!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

BAHAYAKAH HB RENDAH KEPADA IBU HAMIL?


HB rendah ini selalunya dikaitkan dengan hemoglobin darah yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis sel darah merah yang sangat penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jika kekurangan hemoglobin seseorang boleh kelihatan pucat dan mungkin boleh mengalami pitam.
Jika dalam keadaan biasa pun kita digalakkan menjaga paras hemoglobin ini apatah lagi semasa hamil. Bila hamil sudah tentu bayi dalam kandungan memerlukan banyak sel darah merah untuk tumbesarannya.

Penyebab HB Rendah

·                     kurang nutrisi contohnya zat besi, asid folik dan vitamin B12.
·                     masalah buah pinggang
·                     kehilangan darah mungkin dari pembedahan

HB Rendah Dan Kehamilan

Ibu yang hamil memerlukan 50% lebih zat besi daripada biasa. Jadi ibu-ibu jangan skip vitamin yang dibekalkan oleh doktor anda ye. 

Tanda-Tanda HB Rendah

·                     pening
·                     rasa letih dan tidak bermaya
·                     sakit kepala
·                     pucat
·                     nafas yang pendek, termengah-mengah
·                     tidak boleh memberi tumpuan

Risiko Dan Kesan HB Rendah

·                     keguguran
·                     kelahiran bayi pra matang
·                     bayi kecil
·                     koma
·                     meningkatkan kebarangkalian ibu meninggal dunia

Vitamin Vitalea Shaklee dan B-Complex dapat membantu dalam meningkatkan HB kita. Kandungan asid folik, zat besi dan B12 yang terdapat dalam multivitamin dan B Complex Shaklee ini sangat membantu untuk melengkapkan nutrisi harian kita. Ramai rakan-rakan Bidadari Kecil yang mempunyai masalah HB rendah ketika hamil mengakui dan sangat menyukai Vitalea dan B-Complex Shaklee ini. Cubalah sekarang! 

 



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog 
untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

Sunday, 24 March 2013

Zat Besi : Penting Untuk Bayi dan Ibu

Anda ibu mengandung yang kekurangan darah?
Anda ibu yang menyusukan anak?

BAHAYA KEKURANGAN ZAT BESI:

Masih ramai ibu mengandung tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius sangat merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandung. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan dan sepanjang menyusukan anak.

SANGAT IDEAL UTK IBU MENGANDUNG, BERPANTANG DAN MENYUSUKAN BAYI.
Jom baca info menarik ini yang diambil dari harian metro:

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.
Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya. 


Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.


Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:


  Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  Ibu yang menyusukan bayinya


Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan
ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.

Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.


Memahami anemia dan kehamilan

Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.

Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.


Pengesanan

Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.

Pencegahan dan rawatan Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.




B Complex
~Sangat penting dalam membantu memetabolismakan karbohidrat, lemak & protein,
~Anti stress (sebagai penenang),
~Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
~ menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga
~menggalakkan mood tenang dan positif
~ Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.

VITALEA
Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
~ Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
~vitalea telah di lengkapi dengan iron
~ zat besi membantu untuk tidak mudah pitam atau pening
~Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
~ Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak memebesar dengan baik.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

Monday, 18 February 2013

ESP dan Alfalfa bagi ibu menyusu

Salam sayang kepada pembaca Bidadari Kecil Sayang (BKS).

Kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman pengambilan ESP dan Alfalfa. Pada bulan puasa tahun lepas, saya agak risau jika tak mampu 'produce' susu buat anak. Maklumlah apabila kurang makan, pengeluaran susu merundum. Sehinggalah saya blogwalking mencari produk makanan yang membanyakkan susu ni. Kak Hanum yang cadangkan set 3m ni. 3m bererti making more milks!

Ada beberapa lagi supplement dalam set 3m ni. Namun, tuntas kepada penguaran susu ni tentulah Alfalfa dan ESP. Oh ya! Ada disiplin lain yang perlu untuk membanyakkan susu ni. Kena kerap pam susu(ikut kesesuaian badan, ada yang 2 jam sekali, 3jam sekali), menyusukan anak(konsep supply and demand) dan kita juga harus harus harus minum air yang banyak.

ESP bermaksud Energizing Soy Protein merupakan zat protin kacang soya yang terpilih dibungkus dalam bentuk serbuk di dalam canister cantik. Canister ni mengandungi 850 gram ESP sudah pastinya berasal daripada 30 kilogram kacang soya organik yang terpilih.

ESP juga mencantikkan kulit saya dan bayi tentunya! Kulit saya lebih sihat dan lembab. Stretch mark di perut saya semakin berkurangan dan ia seakan akan nak hilang dah.

Dari segi tenaga, saya lebih bertenaga dan ceria berbanding sebelum mengambil ESP ni. Diceritakan bahawa ESP ni juga dapat mengawal hormon. Sebenarnya saya lebih tenang selepas mengambil ESP ni. Satu canister ni bertahan selama 2 bulan jugalah, 3 sudu sehari dibancuh begitu sahaja atau dengan pes buah buahan kegemaran kita.

Alfalfa pula didatangkan dalam bentuk tablet 330 biji. Juga digelar sebagai raja segala tumbuhan kerana khasiatnya teragung. Ada pudina didalamnya melegakan otot perut, ada kesan penenang. Penghadaman pun pudina ni bantu selain mabuk laut dan gastrik. Pudina ni dia keluarkan peluh, sebab itu dia ni boleh sekat demam walaupun orang itu selsema. Dalam Alfalfa ni pun ada halia. Halia ni dia legakam usus, sakit haid, loya ketika mengandung, selepas bersalin. Kalau travel, halia ni memang stabilkan badan kita. Cekur Manis pun ada dalam Alfalfa ni. Biasanya tumbuhan ni orang Mesir purba guna untuk kesihatan seperti pencernaan, sakit haid, menahan kulat yang sebabkan penyakit kulit dan sumber tenaga dalam badan.

Baby saya si Fatimah sangat kenyang dan jarang meragam lepas ummi dia ambil ESP dan Alfalfa ni. Fatimah tidur lena! Fatimah kulitnya gebu, cerah dan sihat. Sangat bertenaga baby ummi comel ni... Sayang Fatimah!

Saya dah cuba ESP dan Alfalfa ni dan terbukti ia berkesan.
Anda bila lagi?


Monday, 11 February 2013

FAQ: ESP tu apa?

ESP dikenali sebagai Energizing Soy Protein adalah produk hot Shaklee.
Kenapa dia hot? Sebab selalu Best Seller, On Demand dan sememangnya Popular Product.

Apa yang menjadikan ia popular?
Multi fungsi ESP dengan berkesan, selamat dan semulajadi.

Apa isi kandung ESP ni?
'Barang baik' daripada 30 kg soya yang ditapis berhati-hati supaya khasiat proteinnya terpelihara.



Apa multi fungsinya?
Awet Muda - ESP mengandungi Asid Amino untuk membina otot, kuku, rambut, darah, ogan dan juga kulit. Antara fungsi utamanya adalah protein  merupakan makanan kepada sel.
Baik Untuk Hormon - Merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoperosis dan sakit jantung.
Mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
Kulit Remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot (payudara juga), percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan kadar segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan stres.
Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut beruban, rambut gugur, membaiki kesan pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
Membaiki Memori - meningkatkan kualiti memori, daya ketahanan badan, dorongan seksual dan rangsangan.


Penting ke sel tu?
Eh memang! Sistem badan kita ni terbentuk dari organ. Organ pula terbentuk dari sel. Ha, makanan sel pula adalah protein. Untuk penghasilan sel-sel baru, amat baguslah ESP ni.

Berapa kandungan ESP ni, berapa lama ia tahan?
Satu canister mengandingi 850g serbuk ESP. Dengan pengambilan 3 sudu sehari bersama minuman kegemaran anda, ia mampu bertahan selama sebulan setengah. (Awas, ESP sesuai dalam keadaan suam atau sejuk untuk memelihara kualiti proteinnya, suhu yang panas akan memusnahkan kualiti protein ESP)

Siapa yang sesuai mengambil ESP ni?
Seisi keluarga! Jimat bukan? Dari si adik yang berumur 3 tahun sehingga atuk yang berumur 70 tahun.
Ibu mengandung, ibu menyusu, ayah yang sibuk, ibu berkerjaya, remaja yang aktif, pelajar universiti yang jadualnya padat, ahli sukan, suri rumah, kesemuanya sesuai untuk ESP yang hebat ini.

Berapakah harganya?
Satu Canister berharga RM 150 Semenanjung, RM 155 Sabah/Sarawak.
Harga tidak termasuk kos penghantaran.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------ Hubungi saya dengan sms ke o13 646 3442  atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

___________________________
Ummu Ain
[Shaklee ID No : 881669]
0136463442
bidadarikecilsayang@gmail.com


Saturday, 2 February 2013

Vitamin Ibu Mengandung SHAKLEE

"HB rendah lagi? Aduh! Tak larat nak makan ubat tambah darah warna hitam tu...baunya... Pastu nak makan asid folic lagi, b compleks lagi...malasnya aku! Baunya sampai kat tekak, keluar ikut hidung! Huhu..."

Sabar... Sebelum mama-mama semua atau bakal mama semua tak mahu makan ubat/vitamin, tunggu sekejap, fikirkan kembali kenapa doktor bagi vitamin-vitamin tu, suruh kita makan time pregnant ni? Padahal selama ni tak suruh, pun? Tak bising-bising, pun? Yesssss! Vitamin-vitamin itu, tentunya untuk keperluan pertumbuhan baby kita di dalam kandungan....

Baik otak dia, anggota badannya, emosinya, semuanya diambil kira oleh doktor... Kalau nak diharapkan mamanya yang selalu sibuk ni, atau yang buat-buat sibuk, ni, rajinkah mama semua nak cari dan makan buah-buahan segar setiap hari? Rajinkah mama-mama cari ikan, sayur, ayam, daging, kekacang dan sebagainyala untuk menampung keperluan baby setiap hari? Rajin ke, atau mama mama semua larat tak nak masak setiap hari selepas balik kerja???

Hihiii... Semestinya mama semua jawab dengan tersenyum simpul saja, kan? Sebabbbbbb, mustahil aku buat punya TIAP HARI PULAK TU! Hehe, betul tak?


MALAS nak makan banyak vitaminla....

Penyakit 'M' ni biasa berlaku dikalangan ibu-ibu mengandung... Itu yang menyebabkan HB mereka rendahla... Terkurang zat la... Cramp kaki la... Kurang kalsium la... Letih, lesu, penatla, tak laratla time mengandung ni...huhu...Apa apa jela masalah ibu mengandung ni, InsyaAllah, ADA PENYELESAIANNYA!

Vita Lea Shaklee ada semua vitamin-vitamin yang ibu-ibu perlukan sepanjang tempoh mengandung tu.... Seperti biasa, tagline SHAKLEE semestinya vitamin yang disarankan SEMULAJADI tanpa chemical,sentiasa SELAMAT, dan sentiasa BERKESAN!

ESP (Energizing Soy Protein) juga sangat bagus diambil oleh ibu mengandung, memandangkan semua ibu mengandung akan mengalami strech mark di perut mereka, dan letih lesu sepanjang tempoh mengandung. Sementelah pula meloya melihat susu tepung! Hehe.... Saya juga pernah mengalaminya! Jadi, ESP adalah pilihan yang tepat ibu da mama kerana ia turut mencantikkan serta menggebukan kulit mama walaupun sepanjang tempoh mengandung, berpantang dan menyusukan anak!

Vita Lea dan ESP adalah kombinasi dan pilihan yang tepat untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusukan bayi, kerana ia bukan sahaja untuk ibu, malah anak juga dapat juga tempiasnya!

Jom mama dan ibu ibu mengandung semua... Dapatkan ESP dan Vit Lea hanya dari saya sekarang! Sekiranya anda mendapatkannya dari saya, konsultasi, tips-tips akan diberi PERCUMA!

Hubungi saya, Ummu Ain ; O136463442, atau emel ke bidadarikecilsayang@gmail.com, dan layari bidadarikecilsayang.blogspot.com, Like Page saya di FB; Bidadari Kecil untuk update terkini. Daripada Mama, Teristimewa Untuk Mama....