Showing posts with label Omega. Show all posts
Showing posts with label Omega. Show all posts

Wednesday, 15 January 2014

Omega Guard Shaklee minyak ikan terbaik dunia

Siapa  yang tak pernah dengar Omega?

Banyak sumber yang membekalkan omega terutamanya ikan.

Penapisan 3 kali (Tripple Molecular Distillation) membuatkan Omega yang dihasilkan Shaklee benar-benar berkualiti tinggi disamping ianya hampir 90%  senang diserap badan.

Jangan tak tahu, Omega ini juga berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan yang kuat.
Selain iu, ia juga berfungsi untuk mencuci dan melancarkan saluran darah.

Menghindarkan Stroke dan Gout memang kerja Omega Guard Shaklee ni.

Artis Korea yang cucuk botok pastinya insaf dek penangan Omega Guard yang semulajadi ni melicinkan kulit yang juga merah-kemerahan.

Atuk, pakcik, makcik yang sakit sendi tulang tu, jom makan Omega Guard ni

Hanya sebiji sehari!

omega guard

Friday, 4 October 2013

Kuruskan badan dengan Lecithin, Omega dan Alfalfa Shaklee

Siapa yang tak mahu kurus?
Hmnn teh tarik, kek coklat, ais krim takkanlah kita nak tinggalkan?

Betul tu, tapi dengan amalan pemakanan hidup yang sihat, badan anda takkan lesu dan menggelebeh lagi.

Dengan pengambilan makanan nutrisi seperti Shaklee umpamanya, tentulah anda akan lebih berkira-kira untuk memakan makanan yang tidak sihat kadar keselamatannya, kebersihan dan khasiatnya.

Ia umpama memiliki wang seribu dan berbelanja kurang dari seribu. Takkanlah anda akan berbelanja lebih dari seribu ? Sedangkan pendapatan and hanyalah seribu.

Takkanlah anda akan makan segala junk food dan fast food supaya Shaklee ini dapat cover kesilapan pemilihan makanan yang anda lakukan.

Ingat ya, nutrisi adalah supplement iaitu pelengkap kepada pemakanan kita. Bayangkan kita ambil makanan yang penuh khasiat, sedikit junk dan kafein, ya Shaklee ini mungkin berupaya membantu anda pada keadaan ini berbanding anda mengambil fast food setiap masa.

Pilihan makanan juga penting. Jauhi makanan berlemak da berminyak. Bersih lagi suci dianjurkan oleh ummat islam amatlah bertepatan dengan makanan kesihatan.

Cuba tengok timur tengah, Negara mereka sangat kaya dengan makanan kesihatan seperti kurma, badam dan madu. Mereka tak perlukan Shaklee pun sebab makanan semulajadi mereka memang menyihatkan mereka. Tapi yang merisaukan sekarang adalah kemasukan makanan fast food dari barat ke sana. Kurma dan madu takkan dapat membatu dah sekiranya Encik Arab ni makan Sneakers, minum Cola, makan pizza berkeju disalut rempah msg, mi segera dan seumpamanya makanan yang tidak menyihatkan.

Pendek kata, pengawalan pemakanan itu mustahak.

Lecithin
- memecahkan lemak badan dan mengurangi lemak yang tersendat.
- bakar dan cairkan lemak terutamanya kolestrol.

Omega
- kalori tambahana dibakar menjadi tenaga dan bukan lemak.
- ia meningkatkan metabolisma badan.
- membakar lemak dengan kadar yang cepat.

Alfalfa
- ha, setelah lemak dilincirkan, berilah tugas kepada Alfalfa ini untuk membuang kesemua lemak itu tadi :)
- berfungsi menurunkan berat badan.
- sebagai nyahtoksin dan mencucu usus.
- mengelakkan sembelit.

Jom buang lemak dengan gaya hidup sihat! Alfalfa, Lecithin dan Omega diterbangkan khas dari Amerika untuk membantu anda.

Jom!


Berminat? Hubungi saya ya :)

Ummu Ain/whatsapp: 013 6463442 (Id : 881669)
Blog : http://bidadarikecilsayang.blogspot.com
Emel : bidadarikecilsayang@gmail.com
FB Page : https://www.facebook.com/bidadarikecilblog 



Info tambahan

Ujikaji Lecithin Shaklee



Sumber Omega yang utama




Pohon Alfalfa




Tuesday, 18 June 2013

Omega Melegakan Selsema!

Meleleh je hingus bidadari kecil. Masuk hari kedua dah... Dah cuba sedut pakai penyedut hingus tu, tapi, dia pula yang tak nak.

Apa lagi yang boleh buat, eh? Tiba-tiba teringat omega. Terus ambil sebiji omega, picit ke dalam mulutnya...

2 hari kemudian, dengan izinNya, selsema bidadari kecil terus hilang... Syukur Alhamdulillah...

Lepasni dah taknak skip bagi makan omega dengan bidadari kecil... :)

Caaayang dia tu... Tq Omega! Tq Shaklee!

Saturday, 11 May 2013

Petua mengatasi sakit Gout




Terasa seperti ada kaca yang menusuk ke kaki? Tak bebas bergerak dan melakukan aktiviti harian? Program tergendala?
Tak boleh driving? Nah, itulah penangan gout.

Apabila gout berlaku ia mampu menyebabkan kesakitan yang amat, bisa/pedih, kekejangan, kehangatan dan bengkak pada satu-satu sendi kebiasaannya pada ibujari kaki (75% serangan pertama). Kesakitan itu boleh berlaku berulang-ulang sehingga ia dirawat.

Punca Gout
Asid urik yang berlebihan di dalam darah akan menghasilakn GOUT!. Asid urik tinggi(KAUT) itu mula membentuk mendapan atau hablur seperti Kristal pada sendi-sendi tertentu. menyebabkan episod serangan gout anda bermula. Bayangkan anda terpijak bucu-bucu tajam batu karang dalam laut. Sakit bukan? Inikan pula ada hablur-hablur yang berkumpul pada sendi anda dan mula menyucuk dari dalam…Adoiii…
 
Cara mengatasi

 Apa rawatannya?
Rawatan gout terbahagi kepada dua:
1.     Rawatan segera untuk menangani kesakitan

a.     Rawatan sendiri
                                             
  i.     Tinggikan aras sendi yang sakit (contohnya jika ibu jari kaki yang sakit, tinggikan kaki dari aras kepala). Ini menggalakan reversal pengaliran darah supaya darah tidak terkumpul disekitar sendi yang mengalami keradangan justeru tidak menambah kesakitan yang dialami meskipun tidak mengurangkannya dengan signifikan.
                                           
   ii.     Meletak pek ais disekitar sendi untuk melegakan bengkak dan rasa panas.Jangan letak ais secara terus kepada kulit atau lebih dari 20minit untuk mengelakkan kerosakan pada kulit.

b.     Ubat-ubatan (Rujuk doktor!)
                                             
  i.     Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) : diclofenac indomethacin, naproxen
                                            
  ii.     Colchicine

2.     Rawatan berterusan untuk mengelakkan kesakitan di masa hadapan.

a.     Pemakanan :
                                              
i.     Mengurangkan atau menghindari makanan yang kaya dengan purina.
                                            
  ii.     Minum air dengan banyak.
 iii.     Kurangkan berat badan

b.     Bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya  hirudin(pencair darah) dalam air liur lintah
 Vitamin cadangan (tentunya Shaklee.. oh my...)
                                            
i.      Vita C
ii.     Vivix – mengandungi kompaun antioksidan anthocyanains yang mampu melegakan keradangan dan mengurangkan tahap urate (hablur Kristal terhasil dari asid urik) dalam darah. *
iii.     Omega Guard (Omega 3 Fatty Acids)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

P/S: Sekarang ni promosi Vivix, harga istimewa buat customer saya hanya untuk bulan May 2013 sahaja! Cepat!

Wednesday, 30 January 2013

Anak Saya Suka Baca Buku? Bagaimana Caranya?

Bacakan buku untuk anak anda sejak dari dalam kandungan!

Ramai ibu bapa masa kini yang mengambil jalan singkat, tidak mahu diganggu anak atau bayinya semasa melakukan kerja-kerja rutin, mereka hadapkan anak-anak mereka di depan televisyen, kemudian, buka channel kartun,habis cerita! Lalu mereka berasa lega kerana anak-anak akan leka dengan keletah kartun di televisyen tanpa mengambil kira kesan daripada apa yang bakal anak-anak kita duplicate dari perangai kartun-kartun di dalam televisyen tersebut!

Maka, apabila sudah terbiasa dengan objek-objek kartun yang comel-comel, bergerak-gerak, animasi lah katakan, jadi segala macam benda yang kaku seperti buku-buku ini dirasakan bosan dan kurang menarik! Lalu kita sebagai ibu bapa mula membebel.... "Asyik tengok tv saja, buku mama, papa beli ni taknak pun baca!". Tunggu dulu! Sebelum anda keluarkan kata-kata itu, jom sama-sama koreksi diri. Adakah kita membudayakan tabiat suka membaca buku dalam diri kita? Adakah kita tanamkan minat membaca kepada anak kita sejak dia masih kecil? Tanyakan diri kita... Saya katakan kita, sebab soalan itu diajukan kepada saya juga...huhuu...

Jom kita mula asahkan minat membaca buku kepada anak-anak kita sejak berada di dalam kandungan lagi! Saya terjumpa buku ini di Eaton's Kota Kinabalu, sesiapa yang berada di Kota Kinabalu, boleh dapatkan sendiri di sana, ya? Karangan Rizem Aizid, terbitan Ar-Risalah!

Bolehkah pupuk minat membaca sedari dalam kandungan? Bagaimana? Saya ambil satu cerita dari dalam buku ini, ya?

Kisah Thomas Alva Edison, Si Pencipta Mentol Lampu

Sejarah menyatakan, sewaktu kecilnya, Edison belajar di sekolah rasmi hanya selama 3 tahun sahaja. Bermakna, dia tidak pernah tamat sekolah rendah. Ibunya sengaja berhentikan Edison kerana sering mendapat markah buruk di sekolah, maka selebihnya Ibunya mendidik Edison sepenuhnya di rumah! Nampak tak kecekalan dan keazaman seorang ibu yang mahu anaknya pintar, genius? Siapa tidak mahu, kan?

Ibunya sering membacakan buku untuk Edison, mengajar Edison mengira, membaca dan menulis... Maka Edison menghabiskan masanya di rumah dengan belajar, membuat kajian dan eksperimen. Berkat dari dorongan dan didikan ibunya, Edison menjadi budak yang pintar, cerdas yang selama ini dianggap dungu luar biasa oleh gurunya...Bahkan dia termasuk di senarai 100 tokoh yang paling berpengaruh!

Apa hikmah dari kisah ini? Ya! Kejayaan seorang anak amat bergantung pada dorongan dan motivasi ibu bapanya! Jika ibu Edison boleh menyisihkan sebahagian wang belanjanya untuk membeli buku pelajaran Edison, dan berharap Edison akan menjadi 'Orang Besar', kita seribu kali boleh dengan pelbagai kemudahan yang tersedia pada masa kini, bukan?

Saya akan sambung lagi di lain masa.... InsyaaAllah...

Tuesday, 29 January 2013

3 serangkai Shaklee untuk saraf, sendi dan tulang


Sendi merupakan hubungan antara tulang sehingga tulang dapat digerakkan. Hubungan dua tulang disebut persendian (artikulasi).

Saraf adalah serat-serat yang menghubungkan organ-organ tubuh dengan sistem saraf pusat (yakni otak dan sumsum tulang belakang) dan antara bahagian sistem saraf dengan lainnya. Saraf membawa impuls dari otak ke pusat saraf.

Tulang atau kerangka adalah tiang tubuh Vertebrata. Tanpa tulang, pastinya tubuh kita ni tak boleh berdiri tegak.

Bayangkan keadaan atuk begini, solat dengan selesa, dapat menebas dengan berdaya, main gusti denan cucu. Opah pula bermain lari-lari nenek-nenek si bongkok tiga. Mama dapat bongkokkan badan dengan selesa, papa pula dapat main golf, angkat barang dengan selesa…

Nah, sebelum itu, anda sedia maklumkan bahawa saraf, sendi dan tulang yang sihat ini memerlukan usaha untuk menjadi sihat ini…

Bagaimana pula kalau anda dah terlambat? Ohh tidak! Dah tak sempat dah nak pulihkan sendi ini.

Belum, belum anda belum terlambat lagi….
Berikut saya sertakan tips penjagaan yang biasa dilakukan untuk memulihara keadaan saraf, sendi dan tulang-belulang.

1. Jangan sekali-kali mengangkat beban yang tak mampu kita angkat. Jangan memaksa badan.
2. Elakkan mengangkat beban yang ringan, apatah lagi yang berat secara berterusan tanpa mendapat rehat yang cukup untuk saraf, sendi dan tulang.
3. Untuk lelaki, apabila mengangkat beban, gunakan kekuatan lutut berbanding badan. Bagi wanita pula, gunakan kekuatan badan berbanding lutut apabila mengangkat beban.
4. Memakan vitamin, mineral, kalsium yang mencukupi.
5. Urutan pembetulan saraf , sendi dan tulang secara tradisional.

Secara disiplinnya, tips nombor 4 tadi perlu dilakukan secara berterusan.
Nah, inilah 3 serangkai Shaklee dating membantu!



Omega Guard – Memelihara fungsi-fungsi sendidan gout dengan efektif. Juga merupakan minyak ikan palaing tulen di dunia. Tak tipu woo…

OsteMatrix – menguatkan tulang, keretakan. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas serta sakit sendi.Meninggikan ketumpatan tulang kerangka. Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot.

AJHT (Advanced Joint Health Tablet)
- menggalakkan mobility dan meningkatkan fleksibiliti. Meningkatkan fungsi sendi. Menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang. Melancarkan pergerakan tulang. Memberi kekuatan dan struktur kepada sendi. Meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari!

Ha tersenyum tu kan? Jom sihat gaya Shaklee!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------ Hubungi saya dengan sms ke o13 646 3442  atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

___________________________
Ummu Ain
[Shaklee ID No : 881669]
0136463442
bidadarikecilsayang@gmail.com

Tuesday, 22 January 2013

Omega Guard Dan Alfalfa Selamat Untuk Ibu Menyusu Yang Ingin Kurus


Panjangnya tajuk hihi..takpe tajuk panjang asalkan sampai maksudnya. Ramai yang bertanya terutama ibu yang menyusu, bolehkah berdiet jika menyusu? Boleh tetapi ada caranya dan dengan produk yang betul. Jika tidak takut effect pada susu.

Inilah dia produk yang boleh maintain berat badan ibu kelihatan lebih langsing dan juga selamat pada bayi..juga sebagai tambahan adanya alfalfa sbg galagtague (penggalak susu).


Apa kelebihan Omega guard shaklee ni?Apa kandungannya?

Docosahexaenoic acid (DHA) and Eicosapentaenoicacid (EPA) are omega-3 fatty acids found in deep-sea cold water fish. DHA and EPA are known to reduce inflammation, promote proper brain, nervous system, and eye function and must be obtained through the diet.

Shaklee OmegaGuardTM is a dietary supplement containing fish oil. One serving of OmegaGuardTM provides 1000mg of omega-3 fatty acids including DHA and EPA. - dipetik dari website shaklee.

Apa kaitan Omega Guard Shaklee dengan Penurunan Berat Badan? Ikuti perkongsian dari Kak Chibi:

LEMAK JAHAT yang terkumpul dalam badan kita memerlukan LEMAK BAIK untuk menguraikannya dan membakarnya. Pengambilan LEMAK BAIK yang dimaksudkan bukanlah daripada sumber seperti mayonis, minyak masak atau lemak haiwan TETAPI daripada sumber pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardine, walnut serta flaxseed. Salah satu LEMAK BAIK yang bermanfaat untuk tubuh badan kita adalah Omega-3 Fatty Acids.

Ikuti kisah Puan Norita yang mula menggunakan Shaklee OmegaGuard untuk menurunkan berat badan, Salah seorang pelanggannya mengatakan yang Lecithin lambat kesan kepadanya dan ingin mengambil Omega. Hasilnya sangat mengagumkan. Oh, Lecithin juga berfungsi sebagai pembakar lemak yea..

Berat badan turun dengan Shaklee OmegaGuard (Testimoni Pengguna)**

“Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air. 

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang. 

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan. 

Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak. 

Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best! 

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.” Kredit : AnakkuWiraku

Ok, Kenapa boleh kurus dengan OmegaGuard??
Seperti yang saya nyatakan tadi, omega (fish oil) mengandungi Omega-3 Fatty Acid. 

Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasuk LEPTIN yang merupakan hormone yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA AKAN BERASA LAPAR

Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, Omega-3 Fatty Acids secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkaitrapat dengan PENINGKATAN PARAS LEPTIN di dalam badan. Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan Omega-3 Fatty Acids menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet. Sumber : Livestrong

Saya pun nak mulakan diet dengan OmegaGuard.Selama ni ambil bila demam atau sakit je.Menarik sungguh..Almaklum, ibu menyusu ni selera makan agak tinggi (^-^) 

Kenapa pula perlu ambil Alfalfa bersama-sama Omega Guard?

Untuk buang lemak dalam badan, kita memerlukan fiber untuk mengangkut keluar lemak ini. Jika tanpa fiber, bagaimana lemak ingin dibawa keluar kan? Jadi, supplement yang selamat adalah alfalfa kerana ianya mengandungi fiber. Tambah lagi sebab ianya satu bonus berganda pada ibu kerana ianya juga boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu. Sambil berdiet, susu pun makin bertambah. Cubalah pasti ibu-ibu sukakannya:)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gm.com untuk maklumat lanjut.


Friday, 7 December 2012

Tips Rambut Sihat


Untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat, adalah bermula dengan apa yang kita makan. Jom kita tengok apa tips pemakanan sihat untuk rambut? Saya dapat tips ini dari REMAJA ;


1)Ikan salmon

Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak.

2)Sayur-sayuran berwarna hijau tua

Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C,zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.

3)Buah segar

Tembikai, pisang, limau, epal dan buahbuahan yang lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting yang baik untuk mengurangkan keguguran rambut.

4)Kacang buncis

Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

5)Kekacang

Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak kekacang.Badam misalnya asam lemak omega-3 yang boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

6)Telur

Telur merupakan antara sumber protein yang baik untuk mendapatkan rambut yang sihat.Kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh boleh menyebabkan rambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar.

7)Bijirin

Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.

8)Produk susu yang rendah lemak

Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.

9)Makanan laut

Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.