Showing posts with label Shaklee Kudat. Show all posts
Showing posts with label Shaklee Kudat. Show all posts

Saturday, 9 March 2013

ESP : Ketahuilah Khasiatnya...



Kekal Muda 
– Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi 
– kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki 
- genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal 
– Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

Pemberi tenaga segera 
– Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi 
– Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori 
– Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Sila Like Page dan Hubungi:

Page Bidadari Kecil

http://www.facebook.com/pages/Bidadari-Kecil/

Ummu Ain 0136463442

bidadarikecilsayang.blogspot.com

ID Shaklee : 881669

Friday, 8 March 2013

SUSU IBU : FAKTA DAN MITOS


Jurnal Perubatan The Lancet dalam artikel The World Forgotten Children 2 tahun lalu mendedahkan, hampir 11 juta kanak-kanak akan mati sebelum mereka mencapai umur 5 tahun. Manakala lebih separuh daripada kanak-kanak ini iaitu dalam anggaran kira-kira enam juta orang, akan mati disebabkan penyakit yang selalunya mudah dicegah atau dirawat kesan tidak disusukan ibunya.

Bayi negara ini `tidak `ketinggalan' kerana 58 peratus daripada kanak-kanak di seluruh dunia tidak menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya pada empat bulan terpenting dalam hidup mereka yang mana 25 peratus adalah kekurangan zat iaitu penyumbang kepada 60 peratus kematian kanak-kanak. Hakikatnya, lebih dua 2 juta kematian bayi berusia kurang lima bulan boleh dicegah menerusi proses sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi; penyusuan susu ibu yang lebih baik (1.3 juta) dan penyusuan badan lengkap (0.6 juta).

Mitos mengenai susu ibu termasuk:

* Susu kering - Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.

* Luka - Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.

* Penyebab sakit kuning - Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.

* Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah - Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.

* Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat - Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.

* Makan banyak untuk hasilkan banyak susu - Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.

Faedah Susu Ibu:

* Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.

* Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30 hingga 200 peratus lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka. Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dramatik penyakit kencing manis dan lainlain dan menambah kos penjagaan kesihatan individu dan negara.

* Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta kanser ovari dan payudara.

* Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang, termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolesterol darah serta mengurangkan kejadian diabetes mellitus dan obesiti ketika dewasa.

BAGAIMANA SUSU TERHASIL

* Apabila bayi menghisap puting payu dara, rangsangan akan dihantar kepada kelenjar pituitari dan hormon yang dipanggil prolaktin dan oxytocin dihasilkan. Prolaktin menyampaikan arahan untuk menukar darah ke dalam susu ibu. Oxytocin akan terus beroperasi, untuk menolak susu ibu yang berkumpul di dalam saluran payudara.

* Susu ibu `dilepaskan' apabila bayi mulai menghisap pada puting payu dara. Pada hisapan pertama, ibu tidak dapat merasai `pengeluaran itu' bagaimanapun menerusi proses beberapa kali pengulangan, ibu dan bayi akan mulai mahir dan penyusuan ibu boleh berlaku secara normal.

* Susu terhasil dalam sel Acinar. Acinar terdiri daripada sejumlah besar sel-sel acinar. Ia dikeluarkan menerusi hisapan oleh bayi di puting payu dara dan keluar menerusi salur payu dara. Sel myoepithelial sekitar acinar bertindak bagai pam untuk mengeluarkan susu.

* Perlu diketahui, kecederaan termasuk sakit atau luka pada puting payu dara ketika proses penyusuan, boleh terjadi akibat ibu salah menyusukan bayi mereka. Justeru dapatkan tunjuk ajar daripada doktor atau jururawat yang sedia membantu. Jangan berputus asa.

Sumber: Penasihat Penyusuan Pigeon


Perlu mula seawal hamil

PENYUSUAN membekalkan pemakanan yang lengkap kepada bayi malah dapat melindungi bayi daripada jangkitan. Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang.

Namun, apakah persediaan yang harus dilakukan? Berikut antara panduannya:


Persediaan sejak hamil :

* Bersedia dari segi mental untuk menyusukan bayi.

* Dapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu daripada profesional kesihatan.

* Belajar teknik betul untuk menyusukan bayi.

Mula sejam selepas kelahiran :

* Letakkan bayi atas dada ibu sekurang-kurangnya 10 minit supaya agar mendapat sentuhan kulit.

* Rapatkan bayi ke payudara ibu untuk memulakan penyusuan dalam tempoh sejam selepas bersalin.

* Dapatkan bantuan daripada jururawat atau doktor untuk memulakan penyusuan susu ibu.

Susukan bayi dengan kerap dan ikut kemahuannya :

* Biarkan ibu sentiasa berada dengan bayi supaya bayi boleh disusukan seberapa kerap yang dikehendaki.

* Susukan bayi apabila dia menunjukkan tanda-tanda lapar (seperti membuka mulut, mencari payudara atau menangis).

* Susukan bayi siang dan malam sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari.

* Jangan beri puting tiruan kepada bayi yang menyusu dengan susu ibu melainkan atas nasihat doktor.

* Pada usia bawah enam bulan, beri hanya susu ibu tanpa minuman atau makanan tambahan, termasuklah air kosong (melainkan atas nasihat doktor).

* Perhatikan tanda bayi menerima cukup susu seperti membuang air kecil enam hingga lapan kali sehari, membuang air besar setiap hari dan membesar mengikut berat badan normal mengikut carta pertumbuhan.

Perah susu :

* Berikan susu perahan sungguhpun sudah keluar bekerja. Berlatih memerah susu ketika cuti bersalin, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kembali bertugas.

* Ketika cuti bersalin latih bayi untuk menyesuaikan diri dengan susu perahan.

* Simpan susu perahan dengan betul.Susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk (2 - 4 darjah Celsius) selamat digunakan oleh bayi dalam tempoh lapan hari.

* Rancang jadual kerja supaya ibu mempunyai cukup masa untuk memerah susu.

Jaga pemakanan ibu dan bayi :

* Teruskan penyusuan ibu walaupun bayi sudah mengambil makanan pelengkap iaitu pada usia lebih enam bulan.

* Aturkan kerja rumah dan pastikan dapat tidur yang cukup.

* Makan makanan yang seimbang dengan tambahan satu sajian susu dan nasi atau bijirin lain.

* Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air minuman sehari.

Sokongan pasangan serta orang sekitar :

* Suami perlu berikan sokongan. Berikan perhatian kepada anak-anak lain ketika isteri sedang menyusukan anak-anak.

* Bantu isteri dengan kerja rumah.

* Dapatkan isteri makanan berkhasiat serta utamakan keperluannya.

* Majikan boleh sediakan tempat ibu memerah susu yang selesa serta peti ais di tempat berkenaan membolehkan susu perahan disimpan.

* Profesional kesihatan dan pengasuh kanak-kanak boleh menyokong penyusuan susu ibu dengan memberikan susu ibu saja kepada bayi apabila ibu mula bekerja.

* Oleh kerana kebaikan penyusuan susu ibu terbukti, maka galakan penyusuan susu ibu adalah amat diperlukan.

* Ibu mestikan berfikir secara positif dan tidak menganggap bahawa mereka tidak boleh menyusukan bayi selepas mereka kembali bekerja.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.



Sila Like Page dan Hubungi : 

Page Bidadari Kecil
Ummu Ain 0136463442
ID Shaklee : 881669
bidadarikecilsayang.blogspot.com


AIR UNTUK KURUS ? Biar betul?



Kenapa PERLU MINUM BYK AIR UNTUK KURUS ?


Iya.. air putih dan bukannya airasia. Sebenarnya, kekurangan peratusan air dalam badan boleh membantutkan proses pelansingan anda terutamanya jika anda memang sedang giat berdiet. Mengapa saya berkata demikian? Di bawah disenaraikan mengapa air sangat penting dalam proses pengurusan dan pelansingan badan:

1. Peratusan penurunan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh juga. Pernah dengar “gemuk air”? Sebenarnya bukan air yg menggemukkan tetapi lemak. Jadi, sangatlah penting untuk minum byk air bg menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan.

2. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.

3. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.

4. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.

5. Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.

6. Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup.

7. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.

8. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

9. Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anada tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.

10. Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keprluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian.



___________________________
Ummu Ain
[Shaklee ID No : 881669]
0136463442
bidadarikecilsayang@gmail.com

Saturday, 2 February 2013

Vitamin Ibu Mengandung SHAKLEE

"HB rendah lagi? Aduh! Tak larat nak makan ubat tambah darah warna hitam tu...baunya... Pastu nak makan asid folic lagi, b compleks lagi...malasnya aku! Baunya sampai kat tekak, keluar ikut hidung! Huhu..."

Sabar... Sebelum mama-mama semua atau bakal mama semua tak mahu makan ubat/vitamin, tunggu sekejap, fikirkan kembali kenapa doktor bagi vitamin-vitamin tu, suruh kita makan time pregnant ni? Padahal selama ni tak suruh, pun? Tak bising-bising, pun? Yesssss! Vitamin-vitamin itu, tentunya untuk keperluan pertumbuhan baby kita di dalam kandungan....

Baik otak dia, anggota badannya, emosinya, semuanya diambil kira oleh doktor... Kalau nak diharapkan mamanya yang selalu sibuk ni, atau yang buat-buat sibuk, ni, rajinkah mama semua nak cari dan makan buah-buahan segar setiap hari? Rajinkah mama-mama cari ikan, sayur, ayam, daging, kekacang dan sebagainyala untuk menampung keperluan baby setiap hari? Rajin ke, atau mama mama semua larat tak nak masak setiap hari selepas balik kerja???

Hihiii... Semestinya mama semua jawab dengan tersenyum simpul saja, kan? Sebabbbbbb, mustahil aku buat punya TIAP HARI PULAK TU! Hehe, betul tak?


MALAS nak makan banyak vitaminla....

Penyakit 'M' ni biasa berlaku dikalangan ibu-ibu mengandung... Itu yang menyebabkan HB mereka rendahla... Terkurang zat la... Cramp kaki la... Kurang kalsium la... Letih, lesu, penatla, tak laratla time mengandung ni...huhu...Apa apa jela masalah ibu mengandung ni, InsyaAllah, ADA PENYELESAIANNYA!

Vita Lea Shaklee ada semua vitamin-vitamin yang ibu-ibu perlukan sepanjang tempoh mengandung tu.... Seperti biasa, tagline SHAKLEE semestinya vitamin yang disarankan SEMULAJADI tanpa chemical,sentiasa SELAMAT, dan sentiasa BERKESAN!

ESP (Energizing Soy Protein) juga sangat bagus diambil oleh ibu mengandung, memandangkan semua ibu mengandung akan mengalami strech mark di perut mereka, dan letih lesu sepanjang tempoh mengandung. Sementelah pula meloya melihat susu tepung! Hehe.... Saya juga pernah mengalaminya! Jadi, ESP adalah pilihan yang tepat ibu da mama kerana ia turut mencantikkan serta menggebukan kulit mama walaupun sepanjang tempoh mengandung, berpantang dan menyusukan anak!

Vita Lea dan ESP adalah kombinasi dan pilihan yang tepat untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusukan bayi, kerana ia bukan sahaja untuk ibu, malah anak juga dapat juga tempiasnya!

Jom mama dan ibu ibu mengandung semua... Dapatkan ESP dan Vit Lea hanya dari saya sekarang! Sekiranya anda mendapatkannya dari saya, konsultasi, tips-tips akan diberi PERCUMA!

Hubungi saya, Ummu Ain ; O136463442, atau emel ke bidadarikecilsayang@gmail.com, dan layari bidadarikecilsayang.blogspot.com, Like Page saya di FB; Bidadari Kecil untuk update terkini. Daripada Mama, Teristimewa Untuk Mama....


Wednesday, 30 January 2013

Anak Saya Suka Baca Buku? Bagaimana Caranya?

Bacakan buku untuk anak anda sejak dari dalam kandungan!

Ramai ibu bapa masa kini yang mengambil jalan singkat, tidak mahu diganggu anak atau bayinya semasa melakukan kerja-kerja rutin, mereka hadapkan anak-anak mereka di depan televisyen, kemudian, buka channel kartun,habis cerita! Lalu mereka berasa lega kerana anak-anak akan leka dengan keletah kartun di televisyen tanpa mengambil kira kesan daripada apa yang bakal anak-anak kita duplicate dari perangai kartun-kartun di dalam televisyen tersebut!

Maka, apabila sudah terbiasa dengan objek-objek kartun yang comel-comel, bergerak-gerak, animasi lah katakan, jadi segala macam benda yang kaku seperti buku-buku ini dirasakan bosan dan kurang menarik! Lalu kita sebagai ibu bapa mula membebel.... "Asyik tengok tv saja, buku mama, papa beli ni taknak pun baca!". Tunggu dulu! Sebelum anda keluarkan kata-kata itu, jom sama-sama koreksi diri. Adakah kita membudayakan tabiat suka membaca buku dalam diri kita? Adakah kita tanamkan minat membaca kepada anak kita sejak dia masih kecil? Tanyakan diri kita... Saya katakan kita, sebab soalan itu diajukan kepada saya juga...huhuu...

Jom kita mula asahkan minat membaca buku kepada anak-anak kita sejak berada di dalam kandungan lagi! Saya terjumpa buku ini di Eaton's Kota Kinabalu, sesiapa yang berada di Kota Kinabalu, boleh dapatkan sendiri di sana, ya? Karangan Rizem Aizid, terbitan Ar-Risalah!

Bolehkah pupuk minat membaca sedari dalam kandungan? Bagaimana? Saya ambil satu cerita dari dalam buku ini, ya?

Kisah Thomas Alva Edison, Si Pencipta Mentol Lampu

Sejarah menyatakan, sewaktu kecilnya, Edison belajar di sekolah rasmi hanya selama 3 tahun sahaja. Bermakna, dia tidak pernah tamat sekolah rendah. Ibunya sengaja berhentikan Edison kerana sering mendapat markah buruk di sekolah, maka selebihnya Ibunya mendidik Edison sepenuhnya di rumah! Nampak tak kecekalan dan keazaman seorang ibu yang mahu anaknya pintar, genius? Siapa tidak mahu, kan?

Ibunya sering membacakan buku untuk Edison, mengajar Edison mengira, membaca dan menulis... Maka Edison menghabiskan masanya di rumah dengan belajar, membuat kajian dan eksperimen. Berkat dari dorongan dan didikan ibunya, Edison menjadi budak yang pintar, cerdas yang selama ini dianggap dungu luar biasa oleh gurunya...Bahkan dia termasuk di senarai 100 tokoh yang paling berpengaruh!

Apa hikmah dari kisah ini? Ya! Kejayaan seorang anak amat bergantung pada dorongan dan motivasi ibu bapanya! Jika ibu Edison boleh menyisihkan sebahagian wang belanjanya untuk membeli buku pelajaran Edison, dan berharap Edison akan menjadi 'Orang Besar', kita seribu kali boleh dengan pelbagai kemudahan yang tersedia pada masa kini, bukan?

Saya akan sambung lagi di lain masa.... InsyaaAllah...

Thursday, 24 January 2013

Lenguh? Sakit Sendi? Ada Ubatnya!


Anak itik Tok Wi Mandi dalam kolam,
Sakit Apa Tok Wi SAKIT SENDI TULANG,
Ubat Apa Tok Wi Ubat Limau Lelam,
Sakit Apa Tok Wi SAKIT SENGAL TULANG…

--Adoii! Sakit sendi …..Lengan…Pergelangan tangan…jari-jari… Pergelangan kaki, Lutut, Pinggul, dan bawah tulang belakang…
--Adoiii! Bengkak-bengkak sendi aku…!
--Eh…Eh…kenapa ni? Kekerasan sendi la pula…
--Sakit-sakit sendi, tak semestinya dah tua…
- Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
- Semua Pergerakan sendi dan fungsi rasa terhad serta kurang upaya.
- Susahnya untuk melakukan tugasan tertentu.
- Aduh! Sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.

Pernahkah anda rasa seperti di atas? Ini adalah tanda-tanda arthritis….

CEGAH SEGERA SEBELUM MELARAT! Dengan ADVANCE JOINT HEALTH TABLET yang terbukti BERKESAN SEAWAL 5 HARI. 






** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------ Hubungi saya dengan sms ke o13 646 3442  atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

___________________________
Ummu Ain
[Shaklee ID No : 881669]
0136463442
bidadarikecilsayang@gmail.com

Tuesday, 22 January 2013

Omega Guard Dan Alfalfa Selamat Untuk Ibu Menyusu Yang Ingin Kurus


Panjangnya tajuk hihi..takpe tajuk panjang asalkan sampai maksudnya. Ramai yang bertanya terutama ibu yang menyusu, bolehkah berdiet jika menyusu? Boleh tetapi ada caranya dan dengan produk yang betul. Jika tidak takut effect pada susu.

Inilah dia produk yang boleh maintain berat badan ibu kelihatan lebih langsing dan juga selamat pada bayi..juga sebagai tambahan adanya alfalfa sbg galagtague (penggalak susu).


Apa kelebihan Omega guard shaklee ni?Apa kandungannya?

Docosahexaenoic acid (DHA) and Eicosapentaenoicacid (EPA) are omega-3 fatty acids found in deep-sea cold water fish. DHA and EPA are known to reduce inflammation, promote proper brain, nervous system, and eye function and must be obtained through the diet.

Shaklee OmegaGuardTM is a dietary supplement containing fish oil. One serving of OmegaGuardTM provides 1000mg of omega-3 fatty acids including DHA and EPA. - dipetik dari website shaklee.

Apa kaitan Omega Guard Shaklee dengan Penurunan Berat Badan? Ikuti perkongsian dari Kak Chibi:

LEMAK JAHAT yang terkumpul dalam badan kita memerlukan LEMAK BAIK untuk menguraikannya dan membakarnya. Pengambilan LEMAK BAIK yang dimaksudkan bukanlah daripada sumber seperti mayonis, minyak masak atau lemak haiwan TETAPI daripada sumber pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardine, walnut serta flaxseed. Salah satu LEMAK BAIK yang bermanfaat untuk tubuh badan kita adalah Omega-3 Fatty Acids.

Ikuti kisah Puan Norita yang mula menggunakan Shaklee OmegaGuard untuk menurunkan berat badan, Salah seorang pelanggannya mengatakan yang Lecithin lambat kesan kepadanya dan ingin mengambil Omega. Hasilnya sangat mengagumkan. Oh, Lecithin juga berfungsi sebagai pembakar lemak yea..

Berat badan turun dengan Shaklee OmegaGuard (Testimoni Pengguna)**

“Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air. 

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang. 

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan. 

Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak. 

Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best! 

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.” Kredit : AnakkuWiraku

Ok, Kenapa boleh kurus dengan OmegaGuard??
Seperti yang saya nyatakan tadi, omega (fish oil) mengandungi Omega-3 Fatty Acid. 

Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasuk LEPTIN yang merupakan hormone yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA AKAN BERASA LAPAR

Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, Omega-3 Fatty Acids secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkaitrapat dengan PENINGKATAN PARAS LEPTIN di dalam badan. Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan Omega-3 Fatty Acids menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet. Sumber : Livestrong

Saya pun nak mulakan diet dengan OmegaGuard.Selama ni ambil bila demam atau sakit je.Menarik sungguh..Almaklum, ibu menyusu ni selera makan agak tinggi (^-^) 

Kenapa pula perlu ambil Alfalfa bersama-sama Omega Guard?

Untuk buang lemak dalam badan, kita memerlukan fiber untuk mengangkut keluar lemak ini. Jika tanpa fiber, bagaimana lemak ingin dibawa keluar kan? Jadi, supplement yang selamat adalah alfalfa kerana ianya mengandungi fiber. Tambah lagi sebab ianya satu bonus berganda pada ibu kerana ianya juga boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu. Sambil berdiet, susu pun makin bertambah. Cubalah pasti ibu-ibu sukakannya:)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gm.com untuk maklumat lanjut.


Monday, 21 January 2013

PENYAKIT KANSER PANGKAL HIDUNG?



" Baru semalam aku tau yang Doktor mengesahkan kawanku kena

Kanser Hidung

   Aku macam tak boleh terima kenyataan tu, dan apatah lagi kawanku...bila aku dapat tau dia kena kanser hidung, Stage 2, aku terbayangkan dia yang baru kahwin dan mempunyai baby boy yang baru 5 bulan....Ya Allah, macammana aku nak tolong dia??? Selama ni dia memang ada resdung..teruklah jugak.....tapi hari tu telinga dia bernanah...pastu bila dia bersin kuar darah......dia ingat hanya masalah resdung....bila pergi HUKM, doktor amik sampel darah dia...dan semalam resultnya... dia didapati kena Kanser Hidung.....husband dia pun kawanku jugak....kami sama-sama satu ofis....aku belum bersedia nak bertemunya, aku takut dia belum bersedia untuk bertemu dgn semua orang, kata husband dia, kawanku asyik menangis jer....maybe dia kena buat KIMO therapy lepas ni....Ya Allah, kesiannya kat anak dia....yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu....Korang boleh tak bagi pendapat...macammana dan bagaimana aku nak tolong dia?? Ada apa-apa ubat tak yang boleh mengubatinya???"  Sumber Drama Queen 

Jika situasi ini adalah anda, apakah yang anda akan lakukan?

Kanser ini amat sukar dikesan pada peringkat awalnya. Info dari sini.

Bahagian 'naso' (hidung) dan 'faring' (tekak) adalah kawasan kanser ini kerap terjadi. Boleh merebak ke bahagian tulang atas/belakang dan paru-paru.

Punca penyakit:

- Genetik
- Jangkitan virus Estein Barr yang terdapat pada alam sekitar
- Mereka yang terlalu banyak memakan ikan salai/kering

Simptom:

1. Pembengkakan pada salah satu bahagian atas leher (kelenjar)
2. Pendarahan yang sedikitpada hidung yang berlaku secara tiba-tiba
3. Keluar kahak berdarah
4. Hidung akan tersumbat sebelah
5. Kepekakan pada sebelah telinga
6. Mata juling dan rabun sebelah

Biasanya Doktor akan suggestkan pesakit untuk menjalani rawatan kimoterapi yang mana, semua sel dalam badan akan DIMUSNAHKAN!

Pesakit yang menjalani kemoterapi dan radioterapi tetapi selepas itu penyakit berkenaan menyerang kembali perlu menjalani pembedahan.

Jika masalah terjadi di leher, pembedahan membuang bahagian diserang kanser akan dilakukan manakala jika di hidung, pesakit akan menjalani prosedur endoskopi.

Lebih kurang 70%s pesakit kanser hidung mempunyai bengkak di leher yang berbentuk berbiji-biji. Sumber disini.  

Kesannya, pesakit akan menjadi semakin kurus dan botak. Sebenarnya, menurut Dr Tamilselvan kebanyakan penyakit berpunca daripada sama ada imun kita terlalu tinggi atau terlalu lemah. Maklumat lanjut, klik

Apabila seseorang itu menghidap kanser, banyak sistem imunisasi badan yang mati disebabkan oleh rawatan kimoterapi. 

Jadi, kita perlukan sesuatu yang boleh mengimbangi dan menguatkan sistem imunisasi 
dalam badan supaya ia dapat bertindak mengesan virus jahat dan melawan penyakit.

Suplement yang sesuai ialah;



1. VIVIX - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular, menolong/membantu/menjaga/memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imunisasi badan, kesihatan sendi, perlindungan anti oksidan, peningkatan tenaga pada tahap selular, serta memelihara kesihatan pengidap. (dengan mengambil 1 sudu VIVIX, 2x sehari)

2. NUTRIFERON - Mempertingkatkan sistem imunisasi badan (2 sachet, 2x sehari)

3. VITA E - Melindungi sel-sel dari radikal bebas dan menghalang pertumbuhan sel KANSER! (2 biji, 2 kali sehari)

Baca juga ;
Ketabahan Pesakit Kanser
Kanser Pangkal Hidung 2
Jangan Ambil Mudah Hidung Berdarah
Kanser Telinga, Hidung, Tekak Masih Boleh Dirawat
Dr. Mercola : Kemoterapi Membunuh Bukan Menyembuh

------Masih mahu kemo? Pilihan di tangan anda!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

------ Hubungi saya dengan sms ke o13 646 3442  atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.