Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, 17 June 2013

Persediaan anak mengikut terma SPIES bagi ibu hamil.

Persediaan anak mengikut terma SPIES bagi ibu hamil.
Perilaku ini adalah untuk kedua Ibu dan Ayah yang bakal menimang cahayamata.

Patinya kita inginkan anak yang soleh, sihat tubuh badan, bijak pemikiran, manis perbicaraan dan juga
manusia bermagnet. Disertakan tips persediaan bagi ibu hamil dan ayahnya juga ya?! :p

S yang pertama merangkumi  Spiritual.
Spiritual itu penting bagi menghasilkan keturunan yang jernih hatinya, taat kepada Tuhannya.
Contoh amalan Spiritaual adalah Zikir, bacaan ayat Al Quran, Puasa, Solat Sunat.

P pula adalah Physical dalam Bahasa Melayunya Fizikal.
Fizikal boleh diertikan sebagai perbuatan berkaitan fizikal. Seperti berjalan menghirp udara segar, berjogging, 
memakan makanan paling berkhasiat seperti madu, kurma, kekacang, air zam-zam.

INTELECTUAL mennuntut kita supaya meningkatkan keupayaan minda seperti membaca buku, membuat latihan matematik, 
mendengar rancangan ilmiah.

EMOSI kita pula perlulah stabil. Sang Suami kenalah pandai mengambail hati isteri wi waktu 'keemasan' begini.
Jaga hati isteri, tolong isteri kemas rumah, memasak dan sewaktu dengannya.

S yang terakhir adalah Social yang menerapkan unsur 'friendly' sesama makhluk. Kucing, jiran tetangga, 
ibu bapa kita, sahabat kita kesemuanya kita kena jaga hubungan dengan mereka. Sentiasa menziarahi mereka, mendokan mereka dan jangan lupa beri hadiah. Kucing pun ada hak ikannya ke atas kita :)

Nah, selamat berSPIES!

*SPIES merupakan harta intelek Kerajaan Negeri Selangor.

Wednesday, 1 May 2013

Persediaan Bulan Ramadhan 2013

Awal-awal lagi saya, Ummu Ain minta izin kepada suami untuk berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis bermula dari bulan Mei ini... Sengaja mahu melihat reaksinya, saya bertanya kepadanya diwaktu bersantai-santai sebelum sampai ke destinasi kami. :)

Apa yang menggembirakan dan membuatkan hati saya berbunga-bunga riang, suami saya langsung tidak menunjukkan reaksi terkejut. Malah, dia terus sahaja berkata ; "Alaa... Puasala anje... Abang tak risau pun... ESP, Alfalfa, Vitalea, B Complex kan ada? Buat apa nak risau? InsyaAllah, susu untuk Bidadari Kecil mesti cukup! " katanya penuh keyakinan dan kesusilaan... ;)

Alhamdulillah, nasib baik dia tak sebut semua set Tripple M (3M - Making More Milks) tadi...hihi... Suspen jugak rasanya... Syukurlah dia dah bagi lampu Hijau... InsyaAllah, perjuangan akan bermula pada hari Khamis ini... Nanti saya akan kongsikan pengalaman saya berpuasa sambil full breastfeed Bidadari Kecil yang sudah berumur 1 tahun 12 hari itu ya?! Pastinya sangat menarik dan saya sememangnya sanga teruja! ;)

Suami saya bertanya lagi, kenapa pula tiba-tiba nak mula puasa sunat bulan ini?

Antara sebabnya kenapa saya perlu mula berpuasa sunat ;

1. Sebab UTAMA ; untuk latihan sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak berapa lama lagi... (Biasanya sejak bujang, saya akan amalkan berpuasa sunat 2 bulan awal sebelum kedatangan bulan Ramadhan yang mulia lagi dirindui... Huhu...rindunya...)

2. Sudah lama benar tak puasa sunat... Jadi, rasa macam rindu nak puasa sunat macam dulu-dulu...

3. Nak praktis breastfeed baby yang fully bf ketika ibunya ini sedang berpuasa...Ya Allah, berilah aku kekuatan dan susu yang cukup buat anakku, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...amin...

4. Nak ringankan badan semula setelah lama betul tak senaman perut... ;)

Itu sahaja! Jika ada sesiapa mahu join, jomlah! :) Tapi, pastikan bekalan vitamin anda cukup untuk menampung tenaga anda dalam jangka masa yang lama agar ia terus bertahan sampai berbuka puasa... InsyaAllah... :) Kita sama-sama usaha, ya?Buat ibu-ibu di luar sana, latihan ini sangat penting agar anda wahai ibu-ibu penyayang semua, dapat bersedia dengan kemampuan dan ketahanan diri anda dalam menyusukan anak kesayangan anda sehingga cukup 2 tahun!

Jika anda rasa bulan Ramadhan adalah bulan untuk anda menyerahkan anak anda kepada susu Formula, terpulang kepada anda wahai ibu penyayang semua... :) Jangan lupa, susu ibu adalah anak, jangan sesekali kita mudah menyerah kalah kepada keadaan!

Saya sendiri mula menemui set 3M Shaklee ketika saya berada dalam bulan Ramadhan! Anak saya ketika itu masih berumur 3 bulan... Seminggu pertama di awal bulan puasa, saya bertahan dengan minum air longan, air barli, dan macam-macam lagi...Akhirnya saya sendiri lemah dan longlai, sedangkan anak saya sering meminta-minta susu seakan tidak puas menyusu dan seperti tidak kenyang-kenyang.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk ambil set 3M Shaklee, yang membuatkan saya sangat gembira dengan hasilnya! Nak tahu hasilnya? Nanti sayaakan ceritakan lain kali, ya? :) Sekian dahulu experimen saya yang akan bermula pada hari Khamis ini... Moga Allah berkati kita semua...amin... :)

Friday, 15 March 2013

Selamat bekerja!

Assalamualaikum dan selamat bekerja semua!!! :) Semoga hari ini kita buat yang terbaik punya! Banyakkan bersyukur, kurangkan mengeluh.

Bagi ibu menyusu yang berkerjaya pula, ini ada tips khas buat anda. Eklusif daripada Bidadari Kecil.

Jom semua kita banyakkan senyuman manis dan bekerjalah dengan sesungguhnya. :)



Sunday, 6 January 2013

5 tips makan vitamin dengan betul.




Kebanyakan masyarakat di Malaysia ni main hantam saja makan vitamin ni.
Dalam apa jua perkara, ilmu adalah penting.

Jangan tak tahu, sebenarnya sebahagian vitamin tidak berkesan jika dimakan dengan sebahagian vitamin yang lain!
Maka dengan itulah, harus menambah ilmu mengambil vitamin dan supplements ini.

Yang akan dikongsikan di sini adalah basic ya?

1) Menggunakan air mineral paling dialu-alukan. Air masak lagi best daripada air sejuk.

2) Satu jenis pil pada satu masa, disertai dengan meminum air selepasnya. Kemudian diteruskan dengan vitamin seterusnya. *BUKANNYA 7 Vitamins makan sekaligus dan sekali saja minum air selepasnya.

3) Fahami aturan vitamin, selepas makan atau sebelum makan.

4) Jika ingin mengambil 'caffeine', jarakkan waktunya selepas memakan vitamin.

5) Pastikan jumlah yang tepat. Hanya setelah anda punyai kefahaman, barulah anda boleh mengamalkan 'adapt to changes'.

All is well!

Monday, 10 December 2012

Proses Bagaimana Susu Badan Dihasilkan


Menyusukan bayi adalah satu proses yang perlu dipelajari. Ia memerlukan kesabaran dan juga praktis. Ada sesetengah ibu akan kecundang dalam proses ini kerana mengalami rasa kecewa dan tidak selesa. Kadangkala situasi yang lain juga menyumbang seperti ibu mengalami masalah kesihatan dan juga bayi keluar lebih awal. Namun jangan sesekali mengalah kerana proses penyusuan adalah satu proses yang akan menjadi lebih senang jika dipelajari.

Mari kita pelajari konsep yang paling basic dalam penyusuan iaitu semakin kerap anda kosongkan payudara, semakin banyak susu yang akan terhasil.

BAGAIMANA SUSU DIHASILKAN?

Mempelajari bagaimana susu dihasilkan akan menolong kita memahami proses itu dengan lebih mudah. Mari kita lihat:




kredit info to womenhealth

  • Glandular tissue – body tissue that makes and releases one or more substances for use in the body. Some glands make fluids that affect tissues or organs. Others make hormones or assist with blood production. In the breast, this tissue is involved in milk production.

  • Connective tissue – a type of body tissue that supports other tissues and binds them together. This tissue provides support in the breast.

  • Blood – fluid in the body made up of plasma, red and white blood cells, and platelets. Blood carries oxygen and nutrients to and waste materials away from all body tissues. In the breast, blood nourishes the breast tissue and provides nutrients needed for milk production.

  • Lymph – the almost colorless fluid that travels through the lymphatic system and carries cells that help fight infection and disease. Lymph tissue in the breast helps remove waste.

  • Nerves – cells that are the building blocks of the nervous system (the system that records and transmits information chemically and electrically within a person). Nerve tissue in the breast makes breasts sensitive to touch, allowing the baby’s sucking to stimulate the let-down or milk-ejection reflex and milk production. Learn more about let-down reflex.

  • Fatty tissue – connective tissue that contains stored fat. It is also known as adipose tissue. Fatty tissue in the breast protects the breast from injury. Fatty tissue is what mostly affects the size of a woman’s breast. Breast size does not have an effect on the amount of milk or the quality of milk a woman makes.

Sel yang dipanggil ALVEOLI ini menghasilkan susu. 

Semasa mengandung, sesetengah ibu akan berasa payudaranya penuh dan lembut yang mana ini menunjukkan ALVEOLI sudah bersedia untuk bekerja. ALVEOLI ini menghasilkan susu bila bertindakbalas dengan hormon PROLAKTIN. 

Hormon PROLAKTIN terhasil semasa bayi menghisap. Dan bila bayi mula menghisap, satu hormon lagi dipanggil HORMON OXYTOCIN akan menyebabkan rasa kontraksi otot dan menyebabkan susu akan disalurkan melalui MILK DUCTS. Proses pengaliran susu ini dipanggil LET DOWN REFLEX.

Hormon OXYTOCIN inilah yang bertanggungjawab mengembalikan saiz uterus/rahim anda kepada normal. Ia juga akan mengurangkan pendarahan/tumpah darah selepas melahirkan. Hormon OXYTOCIN ini juga dikenali sebagai HORMON CINTA kerana ianya boleh membantu perasaan kasih sayang antara ibu dan bayi.



Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.



5 Perkara TIDAK Pada Ibu Menyusu Badan


Untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif sudah pastinya disiplin amat diperlukan. Bukan sehari dua malah jika ingin melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun sangat memerlukan komitmen dari sang ibu.


Apa perkara yang patut kita katakan TIDAK bila membuat keputusan untuk menyusu badan?


1. TIDAK pada susu formula. 
Tidak perlu bimbang dengan perasaan yang menghantui 'cukup ke susu aku nanti?'...'takpelah beli dulu susu formula untuk simpanan takut-takut susu tak cukup'.


2. Katakan TIDAK pada alasan yang tidak munasabah.
Sentiasa beralasan. Boleh ke bagi komitmen sedangkan aku ibu bekerjaya? Nanti bila sudah bekerja, mesti tiada masa untuk mengepam.


3. Katakan TIDAK pada sejarah silam. 
Mungkin sebelum ni anda tidak berjaya susukan bayi, jika untuk anak seterusnya tidak semestinya tidak boleh berjaya. Ingat susu badan ada atau tiada bukan atas sebab KETURUNAN. Ibu saya dahulu tiada susu badan, saya mesti tiada juga.


4. TIDAK benarkan orang yang negatif dalam penyusuan mempengaruhi minda anda. Tetapkan pendirian, dapatkan sokongan dari sekeliling terutamanya suami. Jika tidak dapat sokongan dari suami jangan cepat mengalah, jadikan ia sebagai cabaran, suatu hari nanti semua yang membangkang akan tabik pada kesungguhan anda.


5. Katakan TIDAK pada sikap tunggu dan lihat. 
Nanti bila sudah keluar baby bolehla aku baca info-info atau belajar cara-cara penyimpanan susu. Silalah cari info sebanayk mungkin selama mana yang boleh. Seeloknya mulakan dari permulaan mengandung.


Ayuh ibu-ibu semua, kita menyokong penyusuan ibu yang ternyata sangat banyak kebaikannya. Good Luck!


Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Bagaimana Ingin Berjaya dalam Penyusuan Bagi Ibu Yang Bekerjaya?




Rasanya ramai ibu menyusu yang mula risau bila sudah hampir hendak masuk kerja. 

Masa tu mulalah kelam kabut hendak buat stok susu, masa tu juga baru hendak mengajar anak minum dari botol, masa tu juga baru belajar hendak pam. 

Untuk menjayakan penyusuan walau telah kembali bekerja ada tips yang berguna untuk para ibu:


 1. Belajar gunakan pam seawalnya 

Untuk mengelakkan anda merasa stress jika hasil yang didapati tidak memuaskan hati. Guna pam yang paling selesa bagi anda. Ingat, pam yang selesa bagi kita mungkin tidak sama dengan jenis pam yang selesa pada orang lain.


2. Buat stok susu sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu sebelum bermulanya kerja. 

Bagaimana hendak buat stok kalau bayi asyik berkepit je? Mudah saja, pam selepas bayi berhenti menyusu ataupun semasa bayi anda tidur. Walaupun susu yang dipam tidak banyak, kumpulkan sikit demi sedikit lama-lama jadi banyak juga.



3. Ajar bayi gunakan botol sekurang-kurangnya 1@2 minggu sebelum masuk kerja. 

Seeloknya minta bantuan orang lain untuk susukan bayi dengan menggunakan botol untuk memberi ruang bayi anda mengenali orang lain selain ibunya dan merasa selamat dengannya. Jika tidak diajar dari awal bimbang nanti bayi akan menolak botol dan sudah semestinya akan membuat anda bertambah stress.


Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.



Friday, 7 December 2012

Tips Rambut Sihat


Untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat, adalah bermula dengan apa yang kita makan. Jom kita tengok apa tips pemakanan sihat untuk rambut? Saya dapat tips ini dari REMAJA ;


1)Ikan salmon

Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak.

2)Sayur-sayuran berwarna hijau tua

Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C,zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.

3)Buah segar

Tembikai, pisang, limau, epal dan buahbuahan yang lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting yang baik untuk mengurangkan keguguran rambut.

4)Kacang buncis

Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

5)Kekacang

Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak kekacang.Badam misalnya asam lemak omega-3 yang boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

6)Telur

Telur merupakan antara sumber protein yang baik untuk mendapatkan rambut yang sihat.Kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh boleh menyebabkan rambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar.

7)Bijirin

Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.

8)Produk susu yang rendah lemak

Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.

9)Makanan laut

Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.