Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, 18 September 2013

Belenggu

Encik Suami, kali ni nak bagi suntikan motivasi sikit :)

Ok saya mulakan...

Terkadang, kita tidak lepas dari bebanan atau kekangan belenggu yang  menghantui kita.
Tekanan untuk berjaya, tekanan untuk berubah, masa depan yang cerah, melunaskan hutang, masalah dengan rakan sekerja, harga barang yang mencengkam, kesesakan lalulintas yang menyerabutkan. Kita semua menghadapinya!

Adakah dengan tidak berbuat apa-apa dapat membantu situasi tersebut?
Memanglah ada pepatah mengatakan "time will heal" masa akan merawat itu bukanlah bermaksud kita menyerahkan segala-galanya terhadap keadaan. Progress walaupun sedikit, itu menunjukkan kemajuan!

Sales umpamanya. Anda kata anda kurang berjaya membuat sales.
Apakah sales yang anda maksudkan itu? Apakah ukurannya? Apakah tergetnya?
Kenalpasti target yang ingin anda capai, buat perancangan startegi untuk merealisasikan atau bagi barang 'laku'!

Begitu juga dengan permasalahan. 

Anda ada masalah peribadi anda. Kerjaya anda terganggu. Anda perlukan waktu untuk hebat semula.
Apakah masalah peribadi yang mencengkam anda? Apakah ukurannya? 
Kenalpasti perasaan bahagia yang anda ingin capai itu. Apakah langkah-langkah untuk menuju ke arah itu?

Nah, anda tidak boleh mengawal apa jua permasalahan yang bakal melanda anda, tetapi anda mampu mengawal perasaan anda sendiri.
Kawallah diri anda supaya sentiasa ceria. Apabila bisikan syaitan menerpa anda untuk anda 'down' jangan layan! 
Terus tukar keadaan supaya anda sentiasa gembira dan ceria.
Selepas anda berusaha dengan sehabis baik,
Let go and let's God!
(Lepaskan belenggu itu dan biarkan ALLAH menanganinya)
Aku juga ingin berjaya seperti depa!

I know talk is cheap but WE are not!



Monday, 28 January 2013

Pedoman bisnes Shaklee daripada Master Cery Mama Faiz dan Master Laila : AUDIO

Saya dan sumai berpeluang ke perasmian  Shaklee Kota Kinabalu pada 19 Januari lepas.
Sesi pagi saya tak dapat menghadirkan diri kerana anak kesayangan kami masih demam panas.
Alhamdulillah, kini telah pulih demamnya penangan cubitan Nutriferon yang kami berikan kepada anak kami, setiap kali kami mengambil Nutriferon ini.

Tersangatlah cemburunya apabila Encik Suami dapat bergambar dengan Lady & Boss, ya Master Lyna Noh dan Master Zainul. Takpe, petangnya pula saya bergambar sakan dengan Master Cery, Master Laila dan Master Ifah. Master Cery merupakan nenek saya. Mak saya yang tercinta adalah Wan Fatihanum yang comel itu :).




Berikut adalah rakaman audio yang sempat Encik Suami rakamkan semasa sesi dialog Suknit Kaur yang 'gorgeous' tu dan tentunya Master Cery dan Master Laila yang cantik menawan dan menarik tertarik mereka memang the bomb!

Ambil iktibar daripada rakaman ini dan kalian juga boleh mendownloadnya dengan klik pada icon 'download' di bawah.

Enjoy! Aura Masters untuk kalian semua :)

(Sesi dialog ini memakan masa 22 minit dan 21 saat cuma, hebat bukan?)

Monday, 10 December 2012

5 Perkara TIDAK Pada Ibu Menyusu Badan


Untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif sudah pastinya disiplin amat diperlukan. Bukan sehari dua malah jika ingin melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun sangat memerlukan komitmen dari sang ibu.


Apa perkara yang patut kita katakan TIDAK bila membuat keputusan untuk menyusu badan?


1. TIDAK pada susu formula. 
Tidak perlu bimbang dengan perasaan yang menghantui 'cukup ke susu aku nanti?'...'takpelah beli dulu susu formula untuk simpanan takut-takut susu tak cukup'.


2. Katakan TIDAK pada alasan yang tidak munasabah.
Sentiasa beralasan. Boleh ke bagi komitmen sedangkan aku ibu bekerjaya? Nanti bila sudah bekerja, mesti tiada masa untuk mengepam.


3. Katakan TIDAK pada sejarah silam. 
Mungkin sebelum ni anda tidak berjaya susukan bayi, jika untuk anak seterusnya tidak semestinya tidak boleh berjaya. Ingat susu badan ada atau tiada bukan atas sebab KETURUNAN. Ibu saya dahulu tiada susu badan, saya mesti tiada juga.


4. TIDAK benarkan orang yang negatif dalam penyusuan mempengaruhi minda anda. Tetapkan pendirian, dapatkan sokongan dari sekeliling terutamanya suami. Jika tidak dapat sokongan dari suami jangan cepat mengalah, jadikan ia sebagai cabaran, suatu hari nanti semua yang membangkang akan tabik pada kesungguhan anda.


5. Katakan TIDAK pada sikap tunggu dan lihat. 
Nanti bila sudah keluar baby bolehla aku baca info-info atau belajar cara-cara penyimpanan susu. Silalah cari info sebanayk mungkin selama mana yang boleh. Seeloknya mulakan dari permulaan mengandung.


Ayuh ibu-ibu semua, kita menyokong penyusuan ibu yang ternyata sangat banyak kebaikannya. Good Luck!


Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.