Showing posts with label anak ceria. Show all posts
Showing posts with label anak ceria. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

10 Fakta Bayi Dalam Kandungan



1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.



credit

Monday, 10 December 2012

5 Perkara TIDAK Pada Ibu Menyusu Badan


Untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif sudah pastinya disiplin amat diperlukan. Bukan sehari dua malah jika ingin melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun sangat memerlukan komitmen dari sang ibu.


Apa perkara yang patut kita katakan TIDAK bila membuat keputusan untuk menyusu badan?


1. TIDAK pada susu formula. 
Tidak perlu bimbang dengan perasaan yang menghantui 'cukup ke susu aku nanti?'...'takpelah beli dulu susu formula untuk simpanan takut-takut susu tak cukup'.


2. Katakan TIDAK pada alasan yang tidak munasabah.
Sentiasa beralasan. Boleh ke bagi komitmen sedangkan aku ibu bekerjaya? Nanti bila sudah bekerja, mesti tiada masa untuk mengepam.


3. Katakan TIDAK pada sejarah silam. 
Mungkin sebelum ni anda tidak berjaya susukan bayi, jika untuk anak seterusnya tidak semestinya tidak boleh berjaya. Ingat susu badan ada atau tiada bukan atas sebab KETURUNAN. Ibu saya dahulu tiada susu badan, saya mesti tiada juga.


4. TIDAK benarkan orang yang negatif dalam penyusuan mempengaruhi minda anda. Tetapkan pendirian, dapatkan sokongan dari sekeliling terutamanya suami. Jika tidak dapat sokongan dari suami jangan cepat mengalah, jadikan ia sebagai cabaran, suatu hari nanti semua yang membangkang akan tabik pada kesungguhan anda.


5. Katakan TIDAK pada sikap tunggu dan lihat. 
Nanti bila sudah keluar baby bolehla aku baca info-info atau belajar cara-cara penyimpanan susu. Silalah cari info sebanayk mungkin selama mana yang boleh. Seeloknya mulakan dari permulaan mengandung.


Ayuh ibu-ibu semua, kita menyokong penyusuan ibu yang ternyata sangat banyak kebaikannya. Good Luck!


Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Friday, 7 December 2012

Beza Vitamin Shaklee Dengan Milk Booster Lain


Bercakap tentang milk booster, makanan tambah susu dan sebagainya, memang ada banyak pendapat dan cara masing-masing. Ini kerana memang ada banyak jenis milk booster yang sudah menjadi amalan turun-temurun, dalam pelbagai masyarakat.

Walau bagaimana pun, ada ibu yang mengadu dah cuba macam-macam tapi tak berhasil (termasuk usaha mengepam). Oleh itu kita tengok email di bawah ni:


Ubat-ubat yang dibekalkan doktor seperti Motilium, Maxolon dan sebagainya adalah uhat tahan muntah, dan side effectnya, ibu akan menghasilkan susu badan. Namun yang tak bestnya, banyak pula side effectnya, termasuklah stress, depress dan sebagainya.

Lalu ibu di atas telah mencuba Shaklee, dan akhrnya beliau telah menghantar email seperti di bawah:


Nampak perbezaannya, setelah mengambil set breastfeeding Shaklee dengan milk booster lain sebelumnya? Yang seronoknya set Shaklee telah menyelesaikan masalah-masalah beliau yang lain. Masa ambil ubat dulu, masalah lain yang datang, kan?

Memang tak salah langsung kita ambil milk booster selain Shaklee, tapi dalam set Shaklee ni mengandungi keperluan diri ibu sendiri. 

Berbeza dengan milk booster lain yang memang “booster” semata-mata. Susu banyak tapi ibu lesu, pucat, penat…. tapi dengan Shaklee ibu sihat, ceria, happy malah bertambah cun melecun ;)

Saya sendiri pun sebenarnya mengamalkan juga longan kering, habbastussauda dan sebagainya, tapi set breastfeeding Shaklee tetap menjadi amalan saya setiap hari. 

Ia adalah keperluan tubuh badan saya untuk sentiasa sihat dan ceria demi suami dan anak-anak.

Macamana? Nak susu banyak tapi penat dan stress atau susu banyak juga tapi happy & ceria?

Boleh email kepada saya di bidadarikecilsayang@gmail.com atau sms kan kepada saya 013-646 34 42 untuk konsultasi percuma.