Showing posts with label nutrisi ibu mengandung. Show all posts
Showing posts with label nutrisi ibu mengandung. Show all posts

Monday, 25 March 2013

MEALSHAKES SHAKLEE : RAHSIA DAN KELEBIHANNYA




Ramai ibu terutamanya inginkan terbaik untuk si manja. Risau jika anak tidak mendapat khasiat sepenuhnya. Kanak-kanak agak sukar diramal seleranya, ada masa berselera dan mahu makan apa sahaja. Jika tidak kena gayanya maka susah sangat hendak diberi makan. Pastinya pemakanan yang seimbang perlu dititikberatkan di usia sebegini.

Sebilangan kita ada yang salah faham dengan supplement. Bila bercakap tentang supplement, apa yang difikirkan adalah:


" okey, aku sudah ambil supplement, maka tidak perlulah jaga sangat diet yang seimbang"
" makan supplement sahaja sudah cukup untuk bagi segala khasiat pada tubuh"

Hakikatnya supplemen hanyalah pelengkap dan akan menampung mana-mana lompong yang ada namun 
TIDAK sesekali menggantikan pemakanan seimbang yang seharusnya kita ambil seharian. 

Si manja saya memang sukar dan cerewet dalam memilih makanan. Maka sudah pasti agak sukar ingin memastikan mereka mendapat khasiat yang sepatutnya. Maka seaya memilih MEALSHAKE dari Shaklee yang saya rasa sangat membantu saya sebagai seorang ibu. Kenapa saya memilih Mealshake Shaklee?



PERBEZAAN MEALSHAKE SHAKLEE


·                     Mealshake Shaklee menyediakan HIDANGAN LENGKAP dan asid amino serta nutrisinya MUDAH DISERAP untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - BUAH-BUAHAN, SAYURAN, KACANG SOYA, LACTALBUMIN (sejenis susu) dan lain-laian. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi sepertiimmunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

·                     Mealshake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, mealshake merupakan pilihan yang bijak.


MANFAAT UTAMA


·                     NUTRISI LENGKAP - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

·                     MEMBEKAL NUTRISI KEPADA SEL TUBUH - kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, rambut, kuku, organ, darah, imun dan lain-lain.

·                     MEMBANTU TUMBESARAN - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk mebina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

·                     ANTIOKSIDA - mengandungi vitamin A, C, E, Zink, selenium yang merupakan agen anti oksida yang nertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

·                     MENGEMBALIKAN SERI WAJAH - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

·                     DETOKSIFIKASI - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

·                     KELAZATAN  RASANYA - minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi: penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang PEWARNA DAN GULA TIRUAN. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

CARA PENGAMBILAN

Campurkan 2 sudu besar Mealshake bersama Soy Isolate Protein Powder dan Performance Drinks (semasa perut kosong) atau diminum begitu sahaja tanpa campuran.

HARGA MEALSHAKE SHAKLEE

Lebih nilai untuk wang anda, harga retail RM113.75(WM), RM121.25(EM). Untuk lebih jimat, boleh jadi member untuk mendapatkan harga diskaun:)

Nak Cuba? Boleh hubungi saya untuk harga yang istimewa.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

MEALSHAKES MEMBERI LEBIH TENAGA KETIKA BERSALIN?



Sambil-sambil saya membuat blogwalking, saya tertarik dengan kisah yang dikongsi oleh saudari PermataCintaku yang bercerita kisah kawannya minum Mealshakes sebelum dia melahirkan anak. Saya ingin berkongsi dengan pembaca di blog Bidadari Kecil bagaimana perasaannya apabila meneran ketika bersalin dengan penuh bertenaga! Jom kita baca sama-sama…

KISAH MEALSHAKES

Semalam pergi melawat sahabat baikku yang baru sahaja melahirkan bayi ketiganya. Kali ni tercapailah hasrat untuk mendapat 'baby boy' setelah kedua-dua sebelum ini adalah puteri.

Sembang-sembang dengannya semasa datang melawat, katanya ini kali pertama dia bersalin tanpa menggunakan sebarang ubatan. Kedua-dua kelahiran terdahulu beliau mengambil epidural tetapi kali ini belum sempat nak ambil, sampai hospital dah buka 7cm. Alamak, hati dah berdebar sebab dia ni macam diriku juga jenis tak tahan sakit.

Tapi teruja juga mendengarkan ceritanya. Sebelum pergi hospital dia ada bawa bekal  MEALSHAKE SHAKLEE sebagai memberikan tambahan tenaga padanya semasa bersalin. Ini kali pertama beliau mencuba semasa melalui proses bersalin. Apa yang saya pun teruja mendengarnya, bila katanya bersalin kali ni tenaga memang berlainan dari yang terdahulu. Tenaganya lain macam, mudah sangat. Sakit kontraksi pun tidaklah terlalu kuat. Pendek kata sangat mudah bersalin kali ini. Alhamdulillah....

Balik dari melawat daku tersenyum sendiri, memang betul pun Mealshake kan berupa multivitamin dalam bentuk serbuk, jadi daripada minum air lain untuk dapatkan tenaga semasa meneran tu, apa salahnya mencuba mealshake kan? Tenaga yang sangat kita perlukan terutama masa meneran tu. Bila 'push' dalam keadaan yang tiada tenaga dan badan lemah, risiko pun makin tinggi.

Lepas ni jangan lupa kawan-kawan bolehla cuba mealshake jika inginkan tenaga yang lebih ye:) 
TAHNIAH sahabatku:) 

Seronok membaca? Hihi… Jadi, ibu-ibu mengandung atau berpantang, atau menyusu di luar sana yang mana ingin mencuba Mealshakes, bol eh hubungi saya. Harga yang istimewa khas untuk pembaca Bidadari Kecil! Harga pasarannya ialah; RM113.75(WM), RM121.25(EM).
Rasanya? Aduhaiii… Sedapppp! Pernah minum Vanilla Shakes Mc Donald tak? Mealshakes lebih creamy dan sangat sedap bila dicampur dengan ESP! Cubalah! 


Nak Cuba? Boleh hubungi saya untuk harga yang istimewa.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

B-COMPLEX BANTU RASA MUAL DAN LOYA



Sambil-sambil susukan anak tiba-tiba teringat pula zaman mengandung dahulu. Biasalah saya kedua-dua kandungan mengalami morning sickness yang agak teruk. Bukan sahaja tidak boleh makan, minum, air masak pun tidak boleh telan. Rasa macam tengkorak hidup pun ada sebab semua benda tidak boleh telan. Kesian pula dengan suami setiap hari terpaksa carikan makanan untuk dicuba, tapi semua tidak berhasil. Akhirnya kena tahan wad juga untuk dimasukkan air kerana sudah kehilangan banyak cecair dalam badan.

Rindu hendak hamil lagi tapi mengenangkan morning sickness atau alahan teruk semasa mengandung membuatkan perasaan itu terbantut seketika. Masa itu tidak tahu pula fungsi B Complex boleh bantu untuk kurangkan rasa loya dan hendak muntah itu. Baru-baru ini ada terbaca yang B Complex boleh membantu masalah ini. Harus dicuba jika mengandung lagi:)


Jalan-jalan ke blog seorang ibu tadi terjumpa ini:


" For my first 2 pregnancies I had terrible morning sickness. I was constantly woosey and generally did not feel well.. I on;y puked a few times, but constantly wished I did hoping I would feel better. At about 12 weeks for baby #2 my CNM suggested taking a B complex with B6. I purchased a bottle of super B complex with B6, B12 & a variety of other Bs. I immediately got better; however I attributed this to being at 12 weeks.

Now at baby #3 I started taking a B Complex with B6, B12 & a variety of other things from the beginning. I felt 100 % better than my previous 2 babies combined. I had to take the vitamins several times a day and would start feeling really bad if I went too long. After my first bottle was gone I purchased a bottle of B Complex without B12, and it did not help as much. Once I switch backed to a B Complex with B12 I felt better once again.

Bottom line, B Complex with B6 & B12 made me feel much better. B Complex with out B12 did not improve my state of well being as much. I needed to take the supplements to week 17."

Not bad kan? Bertambah lagi yakin untuk cuba anak ketiga nanti hihii.
Ingin baca lagi? Ini dia pengakuan seorang ibu lain:

" chose the title of my post carefully because after six pregnancies I still haven’t found out to get rid of morning sickness completely (I know….boo! hiss!). Some women do find complete relief in one way or another, but for most of us it’s a matter of learning how to cope until the tincture of time works its magic. All I can offer here are tips on managing morning sickness.

Here’s my list of “remedies” that actually did provide some relief:
B6 and Unisom Combo: This is a “Class A” remedy that many doctors and midwives suggest to expectant mothers in lieu of expensive prescription medication. Here’s the regimen my midwife assigns me. Go to the pharmacy and buy several packages of generic Unisom (doxylamine) tablets and a big bottle of B-Complex which contains about 25 mg of B6 in each tablet."

Tengok ni? B Complex Shaklee memang vitamin B yang lengkap!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

BAHAYAKAH HB RENDAH KEPADA IBU HAMIL?


HB rendah ini selalunya dikaitkan dengan hemoglobin darah yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis sel darah merah yang sangat penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jika kekurangan hemoglobin seseorang boleh kelihatan pucat dan mungkin boleh mengalami pitam.
Jika dalam keadaan biasa pun kita digalakkan menjaga paras hemoglobin ini apatah lagi semasa hamil. Bila hamil sudah tentu bayi dalam kandungan memerlukan banyak sel darah merah untuk tumbesarannya.

Penyebab HB Rendah

·                     kurang nutrisi contohnya zat besi, asid folik dan vitamin B12.
·                     masalah buah pinggang
·                     kehilangan darah mungkin dari pembedahan

HB Rendah Dan Kehamilan

Ibu yang hamil memerlukan 50% lebih zat besi daripada biasa. Jadi ibu-ibu jangan skip vitamin yang dibekalkan oleh doktor anda ye. 

Tanda-Tanda HB Rendah

·                     pening
·                     rasa letih dan tidak bermaya
·                     sakit kepala
·                     pucat
·                     nafas yang pendek, termengah-mengah
·                     tidak boleh memberi tumpuan

Risiko Dan Kesan HB Rendah

·                     keguguran
·                     kelahiran bayi pra matang
·                     bayi kecil
·                     koma
·                     meningkatkan kebarangkalian ibu meninggal dunia

Vitamin Vitalea Shaklee dan B-Complex dapat membantu dalam meningkatkan HB kita. Kandungan asid folik, zat besi dan B12 yang terdapat dalam multivitamin dan B Complex Shaklee ini sangat membantu untuk melengkapkan nutrisi harian kita. Ramai rakan-rakan Bidadari Kecil yang mempunyai masalah HB rendah ketika hamil mengakui dan sangat menyukai Vitalea dan B-Complex Shaklee ini. Cubalah sekarang! 

 



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog 
untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)