Showing posts with label bcomplex. Show all posts
Showing posts with label bcomplex. Show all posts

Monday, 25 March 2013

BAYI PERLUKAN ZAT BESI



Bagi Ibu-ibu yang mengandung di usia muda seperti kita ini, sangat kurang pengetahuan kita tentang keperluan nutrisi bayi kita. Malah, kita juga tidak pernah tahu pun tentang keperluan kepada pelbagai jenis vitamin buat ibu-ibu mengandung. Disini ingin Bidadari Kecil berkongsi tentang keperluan zat besi kepada bayi kita. Sumber ini dipetik dari bacaan sebuah blog, namun, ia juga memetik sumber dari berita harian. Jom kita sama-sama baca...

Sumber:Berita Harian

Masalah anemia yang disebabkan kekurangan zat besi antara perkara yang kerap berlaku pada kanak-kanak. Lebih kurang 10 peratus remaja perempuan dan kanak-kanak mengalami masalah kurang zat besi.

Masalah kekurangan zat besi bagi kanak kanak berlainan daripada orang dewasa. Selalunya masalah ini disebabkan kekurangan zat besi dalam diet kanak kanak itu, ditambah lagi dengan keperluan zat besi yang lebih untuk tumbesaran kanak kanak. Masalah itu mungkin juga melembapkan perkembangan kanak-kanak terutama yang sedang membesar.

Disebabkan masalah perkembangan kanak kanak, adalah penting untuk mengesan dan merawat kanak kanak yang mengalami anemia kekurangan zat besi.

Siapakah yang mungkin mengalami masalah anemia kurang zat besi?

Bayi dari 0 – 6 bulan – sebab utama adalah bayi pramatang atau bayi yang beratnya rendah (kurang dari 2.5 kg)

Bayi 6 – 12 bulan – pada usia 6 hingga 9 bulan, bayi kerap mengalami anemia kurang zat besi. Ini disebabkan pertukaran pemakanan dari susu kepada makanan pejal. Berikutan itu cara pemakanan yang salah kerap berlaku dan menyebabkan kekurangan zat besi. Pada masa ini juga perkembangan psikomotor berlaku dengan cepat. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan masalah perkembangan psikomotor.

Kanak-kanak lebih dari satu tahun dan prasekolah – Masalah pemakanan yang boleh menyebabkan kekurangan zat besi adalah, penyusuan susu ibu secara eksklusif dan lambat memberi makanan pejal.

Remaja – Pada waktu ini terdapat kadar pertumbuhan tinggi. Masalah pemakanan dan permulaan haid bagi remaja perempuan adalah punca kekurangan zat besi.

Kenapa kekurangan zat besi berlaku?

Masalah utama kekurangan zat besi bagi enam bulan pertama ialah bayi pramatang. Ini kerana bayi pramatang tidak mempunyai bekalan zat besi mencukupi. Bayi yang berat badan berkurangan juga mengalami masalah sama. Oleh itu bagi kanak-kanak itu jika mereka hanya mengambil susu ibu adalah elok jika zat besi diberi sebagai zat tambahan. Jika susu formula diberikan, pastikan susu mengadungi zat besi.

Bagi bayi 6 bulan ke atas masalah utama kekurangan zat besi disebabkan pemakanan.

Sebab lain adalah penyusuan susu ibu yang lama dan eksklusif. Susu ibu mengandungi zat besi yang senang diserap tetapi kandungan zat besi hanyalah memadai. Kandungan zat besi ini tidak mencukupi bagi bayi 6 bulan ke atas jika pemakanan lain tidak diberi.

Jika susu lembu segar diberikan kepada kanak-kanak, bukan saja susu lembu segar ini mengandungi zat besi yang rendah, zat besi ini tidak boleh diserap dengan baik. Selain itu pemberian susu lembu segar boleh menyebabkan pendarahan kecil usus bayi yang tidak matang. Oleh yang demikian susu lembu segar tidak diberi kepada kanak kanak kurang dari 1 tahun, tetapi susu lembu segar dalam kuantiti kecil (dalam pemakanan) tidak menyebabkan masalah serius.

Bagi kanak-kanak setahun dan prasekolah, sebab utama kekurangan zat besi ialah pemakanan kanak-kanak itu bergantung banyak kepada susu. Ini mungkin berlaku kerana susu adalah cara pemakanan yang senang untuk kanak-kanak dan secara tidak langsung susu yang mengandungi zat besi kurang menjadi sumber pemakanan utama kanak kanak berkenaan.

Sebab lain menyebabkan kekurangan zat besi

Malabsorption (masalah penyerapan nutrient dari usus)
Infeksi parasit, cacing
Kekurangan zat besi dalam pemakanan

Tanda kekurangan zat besi berbeza bagi kanak-kanak jika dibandingkan dengan orang dewasa. Masalah anemia boleh menyebabkan kelihatan pucat kepada orang dewasa tetapi simptom lain adalah:

Perubahan kelakuan
Masalah perkembangan/ pemikiran
Kurang fungsi imun

Kurang aktif

Selain itu, kanak-kanak juga boleh mengalami masalah perkembangan fizikal, kurang selera makan dan masalah kanak-kanak suka memakan bahan bahan “ganjil” seperti tanah, kertas dan sebagainya

Cara untuk mengetahui anak anda mengalami masalah kekurangan zat besi adalah melalui analisis darah.

  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

B-COMPLEX BANTU RASA MUAL DAN LOYA



Sambil-sambil susukan anak tiba-tiba teringat pula zaman mengandung dahulu. Biasalah saya kedua-dua kandungan mengalami morning sickness yang agak teruk. Bukan sahaja tidak boleh makan, minum, air masak pun tidak boleh telan. Rasa macam tengkorak hidup pun ada sebab semua benda tidak boleh telan. Kesian pula dengan suami setiap hari terpaksa carikan makanan untuk dicuba, tapi semua tidak berhasil. Akhirnya kena tahan wad juga untuk dimasukkan air kerana sudah kehilangan banyak cecair dalam badan.

Rindu hendak hamil lagi tapi mengenangkan morning sickness atau alahan teruk semasa mengandung membuatkan perasaan itu terbantut seketika. Masa itu tidak tahu pula fungsi B Complex boleh bantu untuk kurangkan rasa loya dan hendak muntah itu. Baru-baru ini ada terbaca yang B Complex boleh membantu masalah ini. Harus dicuba jika mengandung lagi:)


Jalan-jalan ke blog seorang ibu tadi terjumpa ini:


" For my first 2 pregnancies I had terrible morning sickness. I was constantly woosey and generally did not feel well.. I on;y puked a few times, but constantly wished I did hoping I would feel better. At about 12 weeks for baby #2 my CNM suggested taking a B complex with B6. I purchased a bottle of super B complex with B6, B12 & a variety of other Bs. I immediately got better; however I attributed this to being at 12 weeks.

Now at baby #3 I started taking a B Complex with B6, B12 & a variety of other things from the beginning. I felt 100 % better than my previous 2 babies combined. I had to take the vitamins several times a day and would start feeling really bad if I went too long. After my first bottle was gone I purchased a bottle of B Complex without B12, and it did not help as much. Once I switch backed to a B Complex with B12 I felt better once again.

Bottom line, B Complex with B6 & B12 made me feel much better. B Complex with out B12 did not improve my state of well being as much. I needed to take the supplements to week 17."

Not bad kan? Bertambah lagi yakin untuk cuba anak ketiga nanti hihii.
Ingin baca lagi? Ini dia pengakuan seorang ibu lain:

" chose the title of my post carefully because after six pregnancies I still haven’t found out to get rid of morning sickness completely (I know….boo! hiss!). Some women do find complete relief in one way or another, but for most of us it’s a matter of learning how to cope until the tincture of time works its magic. All I can offer here are tips on managing morning sickness.

Here’s my list of “remedies” that actually did provide some relief:
B6 and Unisom Combo: This is a “Class A” remedy that many doctors and midwives suggest to expectant mothers in lieu of expensive prescription medication. Here’s the regimen my midwife assigns me. Go to the pharmacy and buy several packages of generic Unisom (doxylamine) tablets and a big bottle of B-Complex which contains about 25 mg of B6 in each tablet."

Tengok ni? B Complex Shaklee memang vitamin B yang lengkap!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)