Showing posts with label esp. Show all posts
Showing posts with label esp. Show all posts

Thursday, 18 July 2013

Menghilangkan Kulat di kaki luar dan dalam.



Tahukah anda bahawa Kulat di kaki boleh dihilangkan? Ya, ia boleh dihilangkan!
Saya akan kongsikan pengalaman saya menghilangkan kulat di kaki, juga tips untuk
menghilangkan kerekahan kulit di tapak kaki.

Kulat ini merebak melalui udara. Siapa saja boleh dijangkitinya.
Oleh sebab itulah kebersihan amat diterapkan untuk menjamin kesihatan.

Juga dterjadi disebabkan alahan makanan berasid, sementelah kita di era ini juga terdedah kepada pencemaran udara, air dan makanan.
RAcun yang 'sikit' inilah yang memudaratkan kulit kita. 

Kerekahan kulit tapak kaki pula terjadi apabila terdedah kepada 'air cond', habuk dan air yang kotor.
Ada juga yang mengalami Kulat air ni disebabkan keturunan.

Saya akan kongsikan cara luar dan dalam untuk menghilangkannya serta menghindarinya.

Cara luaran: 

  1. Ratakan cuka ke bahagian berkenaan setiap malam sebelum tidur. Lakukan setiap hari selama seminggu, anda akan teruja dengan hasilnya.
  2. Rendam kaki ke dalam air garam, air laut lagi bagus. Lagi kerap lagi bagus.

Cara dalaman:
  1. Meminum air bersih. Air paling bersih dengan penapis, dimasak atau air mineral ph tinggi amat digalakkan untuk pemulihan kulit ini. Bukan sahaja kulit, organ dalaman pun akan mendapat manfaatnya.
  2. Memakan banyak sayuran dan buahan.
  3. Memakan supplement Shaklee terutama ESP dan Alfalfa. 

Wednesday, 12 June 2013

Ramadhan Combo: Mighty 3 GEMS! Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa!

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

- Awet Muda 
- Mengandungi Isoflavones yang berfungsi untuk;
  • merendahkan kolestrol  
  • mencegah tulang rapuh/osteoporosis
- Mengandungi Genistein untuk menghalang kanser 
- Kurangkan kedutan di muka dan tempat lain
- Luka cepat sembuh
- Kurangkan penat
- Kekalkan tenaga
- Cegah migrain/imsonia/tekanan
- Membaiki Pigmentasi kulit
- Membaiki Memori 
-Menghilangkan parut
-Mengurangkan 'strech mark' ibu bersalin
-Mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan
-Menambah susu badan dan bayi lebih kenyang
-Kulit bayi lebih bersih dan cerah untuk ibu yang mengandung
-Membantu mengurangkan berat badan/menambah berat badan
-Mencantikkan dan menggebukan kulit
-Boleh dibuat masker bersama Vitamin E dan Plain Yogurt
-Memberi tenaga dan rasa kenyang bagi orang yang berpuasa
-Amat sesuai diambil oleh kanak-kanak, ibu mengandung, ibu berpantang, ibu menyusu, orang yang selalu lesu, 
orang yang mementingkan kesihatan dan kecantikkan kulit dan tubuh badan
- Boleh campur dengan Mealshakes/Performance Drink  
- Harga Retail RM 150.00 (S) dan RM 155.00 (SS)

Performance Drink (PD) Shaklee

- Sesuai untuk para atlet, mereka yang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, 
vagina yang kering, cirit birit, tiada selera makan, paras gula rendah, pening -pening
- Rumusan OptiCarb meningkatkan tenaga atlet 6 kali ganda dari biasa.
- Memberi tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir tubuh
- Tingkatkan daya ketahanan badan
- Mengandungi Potassium, Kalsium, Sodium, Phosporus, Magnesium  & Chloridedan
- Untuk mereka yang aktif bekerja & menetap di kawasan Tropika
- Melembabkan kulit + kelihatan muda
- Kekalkan paras gula bagi mempercepatkan sembuhan kecederaan otot.  
- Sesuai untuk mereka yang selalu travel, dan tidak sempat untuk minum banyak air  
- Mengembalikan tenaga dan bendalir dalam badan yang hilang ketika berpuasa  
- Sesuai untuk seisi keluarga
- Harga Retail RM 82.50 (S) dan RM 87.50 (SS)

MealShake Shaklee

- Diperbuat daripada bahan semulajadi buahan, sayuran, kacang soya,lactalbumin (sejenis susu)
• Mengandungi Protin berkualiti & mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa
- Nutrisi lengkap - terdapat 24 jenis vitamin, mineral & zat perlu di dalam Meal Shakes
- Bantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun
- Bantu tumbesaran - terdapat Asid Folik, Biotin, Kalsium & Magnesium  
- Anti oksida dan melambatkan proses penuaaan
- Kembalikan seri wajah
- Membina sel darah merah yang sihat untuk kulit cantik
- Detoksifikasi - Buang lemak dalam badan  
- Menambah selera makan anak yang kurang selera makan  
- Mengelakkan sembelit anak kerana ada fiber dan terdiri daripada tumbuh-tumbuhan  
- Membantu anak lebih bertenaga dan fokus waktu belajar  
- Memberikan lebih tenaga dan rasa kenyang buat seisi keluarga untuk menjalani ibadah puasa dan terawikh!  
- Bagus untuk ibu mengandung yang sukar menelan pil  
- Memberi tenaga segera untuk ibu yang ingin melahirkan anak 
- Memberikan lebih tenaga untuk ibu mengandung dan menyusukan anak ketika berpuasa!  
- Sesuai untuk warga emas yang kurang selera makan.  
- Sesuai untuk mereka yang mahu menambah berat badan juga!
- Rasa Vanilla yang lazat untuk bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, atlet, vegetarian, 
orang sakit, orang sibuk bekerja dan orang yang mengamalkan makanan segera.    
- Harga Retail RM 113.75 (S) dan RM 121.25 (SS)   
----- PROMOSI MEALSHAKES JUN! BELI 6 PERCUMA 1! HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA ISTIMEWA! ------

Set tenaga untuk seisi keluarga
Shaklee Mighty 3 Gems

**************************
Hubungi saya - Ummu Ain ; 013 6463442 (Id : 881669)
Blog : http://bidadarikecilsayang.blogspot.com
Emel : bidadarikecilsayang@gmail.com
FB Page : https://www.facebook.com/bidadarikecilblog

Wednesday, 5 June 2013

SET 3M : Pengalamanku Berpuasa Dengan Shaklee

Masih ku ingat beberapa bulan yang lepas, saat Bidadari Kecil berusia dalam lingkungan 3-4 bulan, masatu saya baru sahaja balik bekerja semula setelah lama cuti bersalin. :) Alhamdulillah, dengan dorongan dan sokongan kuat dari suami, saya berjaya fully breastfeed Bidadari Kecil sehingga ke saat ini! 

Saya mengaku, di awal waktu saya kembali bekerja, keadaan saya ketika itu sangat lemah. Sudahlah baru lepas bersalin, tenaga pun masih belum pulih sepenuhnya. Anak saya pula menyusu badan sepenuhnya, kerja berlambak-lambak menanti saya di sekolah, kebetulan pula ketika itu bulan Ramadhan, dan saya berulang-alik dari Sabah ke Pahang disebabkan ayah saya operate batu karang di Hospital Kuantan, Pahang! Allahu Rabbi! Kepenatan pada waktu itu, tidak dapat digambarkan! Malah saya terpaksa 'cuti' berpuasa satu hari disebabkan tak tertanggung keletihan dan kelesuan pada waktu itu! Betul-betul lemah!

Sehinggalah saya bertemu jodoh dengan 'SHAKLEE'. Pada ketika itu, suami saya mendesak saya supaya mencuba set lengkap ibu menyusu iaitu SET 3M Shaklee. Alhamdulillah, setelah mengalami healing crisis selama seminggu, saya kembali segar dan bertenaga sehingga kini! Syukur pada Mu Ya Allah kerana menemukan ku dengan Shaklee! 2 minggu akhir berpuasa Ramadhan, saya bekerja dengan penuh semangat dan bertenaga walaupun sedang berpuasa. Kalau dulu, balik dari kerja saya pasti lesu dan tidak mampu menyempurnakan tugas di rumah seperti memasak, mengemas dan sebagainya. Tetapi, sejak mengambil set 3M Shaklee, syukur Alhamdulillah, saya masih bertenaga melakukan kerja-kerja rumah, dengan gembiranya! :) Encik Suami pun suka dengan perubahan saya! 

Paling saya suka ialah ESP @ Energizing Soy Protein. Kenapa? Baaaanyak sangat khasiatnya! As ibu yang menyusukan anak, saya suka sebab setiap kali anak saya menyusu badan, pasti dia akan senyum kepuasan dan seolah-olah 'kekenyangan' disebabkan sifatnya yang tidak banyak ragam. Kalau tidak, dia asyik mengulang untuk menyusu, seperti baby yang tak pandai nak kenyang! Huhu... Kalau tidur malam, sangatlah lena... Hanya beberapa kali sahaja dia terjaga meminta susu! Bahagianya rasa... La..la...la.... :)

Sebagai seorang perempuan/wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak dan suami pula, ESP membuatkan kulit saya yang kendur, kembali tegang...Awww! Tak payahla cerita part mana yang kendur tu.... Sendiri tahu lah kan? Hihi... Kemudian, parut-parut lama pun macam dah pudar, kesan cakaran kuku my little baby di muka saya pada ketika itu juga sudah hilang! Wahhhhh!!! Seronoknya rasa hatiku! Bukan tu saja, berat saya pun dah turun lebih kurang 7-8 kg. Wowwww!!! Beritahu saya, siapa yang tak nak cuba ESP? Maka dialah orang yang paling rugi!!!! Alahai! Siapalah orang itew... :)

Sempena PROMOSI MEALSHAKES ni, saya dapat tahu, branch Kota Kinabalu sahaja dah liiicciiinnnn MEALSHAKES ni! Kenapa orang sibuk dengan Mealshakes juga? Sebab dah nak masuk bulan Ramadhan, orang sibuk borong 2-3 canister untuk persediaan berpuasa.... Anda tak sempat nak cuba ke? Aduh! Kesian.... Tapi, takpe... ESP masih ada stok! Harus contact saya untuk dapatkan ESP sekarang di 0136463442 sebelum KEHABISAANNN!!! :)

Wednesday, 15 May 2013

Pengalaman Cabaran Berpuasa Bersama Shaklee : 1

Setelah melalui beberapa hari berpuasa, baru hari ini berkesempatan untuk update. :) Ya Allah Ya Tuhanku, Kau bantulah aku untuk terus beristiqomah mengikuti denai sunnah Nabi Mu... Amin...

Pada hari Isnin yang lalu, saya berkesempatan untuk berpuasa sunat bersama dengan En. Suami. Kami bersahur ala kadar, dan mengambil supplement Shaklee seperti biasa. :)

Antara vitamin yang diambil ialah ; Vita Lea, B Complex, dan minum ESP. :) Wah! Semuanya vitamin pemberi tenaga! :)

Alhamdulillah, saya bekerja seperti biasa. Perut pun berasa kenyang sampai ke petang! :) Paling rasa bersyukur, apabila saya tidak berasa lesu dan penat walaupun berpuasa sambil menyusukan anak! :)

Syukur Alhamdulillah, asbab vitamin, saya mampu bertahan walaupun saya bekerja, dan seorang ibu yang menyusukan anak yang berumur 1 tahun 25 hari! :)

Suami saya sendiri seorang yang 'liat' berpuasa sunat. Penatlah... Tak laratlah, katanya... Hihi... Namun, dengan Shaklee dia tidak perlu berasa runsing lagi... :)

In Shaa Allah, saya akan teruskan Cabaran Berpuasa Bersama Shaklee ini. Dan saya berasa lebih yakin untuk berpuasa Ramadhan nanti tanpa perlu risau susu merudum dan letih lesu berpuasa! :)

Jika ingin tahu info lanjut tentang vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya di 0136463442. In Shaa Allah, saya bersedia berkongsi pengalaman dan apa jua tips dengan anda tentang Shaklee. :)

Pengalaman berpuasa Encik Suami.

Hari ke 3 bulan Rejab, saya terpengaruh dengan cadangan isteri untuk berpuasa.
Alamak! Tapi mengenangkan ianya bagus untuk badan dan hati saya, maka saya tekadkan diri untuk berpuasa juga.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, mengambil vitamin Shaklee, asbab untuk saya sentiasa bertenaga.

Pepagi lagi Isteri kesayangan ni dah sediakan sahur, apa lagi saya pun 'ngap' lah! Ohh tetapi sebelum itu... ESP haruslah dimakan sebelum makan nasi supaya tak kelaparan nanti. Kalau ESP diambil selepas makan nasi, kita akan cepat lapar. Dari segi tenaga, ia akan menyegarkan dari pagi sehingga ke petang.

Vitalea adalah multivitamin yang wajib saya makan disamping vitamin B Complex. Fungsi vitamin b complex ni menukarkan makanan kepada tenaga.

Rahsia ke 3 adalah air mineral yang mencukupi, supaya tidak dihedritasi, almaklumlah di Sabah ni terlebih panasnya, hampir kepada Tropika.

Lama tak puasa beb, tu yang risau juga, tetapi Alhamdulillah takdekla sampai terketar-ketar ataupun perut menusuk kelaparan. Terasa ringan badan pula badan ni. Nak solat pun tak malas.

Puasa dah dekat ni, amalkanlah bagi yang mampu. Banyak manfaatnya dari segi jiwa. Kita tak banyak marah, penyabar, waktu pun rasa banyak, boleh habiskan banyak kerja, nak solat pun tenang dan insyaAllah doa senang dimakbulkan ALLAH.

Saya dah, anda bila lagi?


Friday, 3 May 2013

ESP Mengembalikan dan Memberi Tenaga Tubuh yang Lesu

Adik lelaki saya seorang pekerja di Kilang Perodua di Rawang, Selangor. Setiapkali balik dari kerja, pasti dia berasa lesu dan penat yang teramat. Keadaan ini berlaku setiap hari. Malah kadang-kadang tiada apa yang bolehndilakukan selain daripada merehatkan diri di rumah sahaja.

Belumpun sempat tubuh berehat, besok pergi kerja semula. Aduh! Sungguh meletihkan! Begitulah yang berlaku setiap hari. Letih, lesu, dan penat sangat sinonim dengan hidup orang yang bekerja shift setiap hari.

Adakah dikalangan kita yang mengalami situasi ini?

Saya juga mengalami perkara yang sama, letih lesu selepas balik dari kerja setiap hari. Ia pula ditambah dengan latihan kokurikulum murid, sukan, program-program yang tidak pandai habis-habis di sekolah, apalagi tugas sebagai ibu dan isteri yang bekerjaya ini, sememangnya sangat memenatkan!

Apabila saya balik bercuti semester bulan lalu, saya ada menyarankan supaya dia mengambil ESP setiapkali sebelum pergi bekerja setiap hari. Lalu dia mengambil sedikit ESP yang kebetulan saya bawa balik untuk adik bongsu perempuan kesayangan saya. ;)

2 Minggu kemudian, saya menghubunginya dan bertanyakan penangan ESP. Alhamdulillah, feedback yang diberi sangat baik! Katanya dia rasa sungguh bertenaga dan tidak terasa lesu lagi sejak mengambil ESP sebelum pergi bekerja! :)

Saya rasa happy sangat dapat share kebaikan ESP dengan adik-adik saya. :) Harapan saya moga ramai lagi orang di luar sana yang akan mendapat manfaat dan kebaikan daripada ESP ini! Adik saya turut mengambil B Complex sebagai supplement tambahan untuk dirinya setiap hari memandangkan dia turut stress di tempat kerjanya. ;)

Encik Suami turut jatuh cinta dengan produk Shaklee walaupun pada mulanya dia memandang sebelah mata saja supplement ni... Biasalah, orang lelaki, kan? Akhirnya sekarang dia yang selalu mengingatkan saya untuk mengambil supplement Shaklee setiap hari... :) Suwiitt kan? Hihi..

Jom Cuba! Contact saya untuk maklumat lanjut di 0136463442 atau emel ke bidadarikecilsayang@gmail.com. :)

Tuesday, 30 April 2013

Tips di kala hari yang panas terik.

Sekarang ni cuaca di Malaysia sangat panas terik.
Keletihan kita dibuatnya. Lesu. Tak bermaya.



Silap gaya boleh tekanan juga.
Pitam mungkin.

Tips yang saya kongsikan ini amat mudah.

1) Minum air dengan banyak. Kalau rajin lagi, buat air madu dicampur lemon dan ais.
2) Makan buah-buahan yang mempunyai vitamin C.
3) Makan coklat atau ais krim untuk mengurangkan  stress.
4) Mandi untuk segarkan diri.

Di samping itu juga, anda haruslah menjauhi minuman berkafaein, serta melakukan aktiviti berat di waktu terik begini.

Nah, jika gaya Shaklee pula, saya anjurkan anda segarkan diri anda dengan pengambilan

1) ESP (Membekalkan protein ke seluruh sel badan, membaiki sel)
2) Cinch tea / Cinch Energy Drink (Tenaga segera)
3) Vita-Lea, Vitamin  C, Vitamin B Complex (Menguatkan imun)
4) Nutriferon (Menguatkan imun, tenaga segera)
5) Vivix (Menguatkan imun, membaiki sel)

Selamat mencuba!



Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

Sunday, 24 March 2013

ESP Menceriakan Hari Ku....



Nak KURUS- ESP mengawal selera makan..
Nak PUASA- ESP memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari
Nak TAMBAH SUSU IBU-ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu
Nak CANTIK- ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit
Nak SIHAT- ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya..
Kalau PREGNANT- ESP menguatkan rahim, untuk pembentukan otot baby
NAK PREGNANT- ESP memelihara dan memulihara rahim.. membekalkan tenaga



Protein Soya untuk pulihkan luka, tenaga, dalam pantang dan diet



Energizing Soy Protein adalah sumber protein yang sangat bagus. Sesuai untuk ibu, bapa dan anak. Selain membantu pembesaran anak, ia juga membantu dalam penyusuan ibu.

"ESP sangat best..selain sebagai milk booster untuk mereka yang kurang susu awal-awal bersalin, esp bagi tenaga jugak..tak penat walaupun kena kerap bangun malam..memang rasa berbeza dengan ESP baru ambil 6 hari" 

Ha..untuk ibu berpantang pun sangat bagus. ESP @ Energizing Soy Protein seperti Mazidah tu. Ini kerana protein iaitu  komponen penting untuk pembinaan sel, membantu pemulihan dan baik pulih luka supaya cepat sembuh. Bila sel baru yang sihat terbentuk, sistem badan pun ddapat berfungsi dengan baik. Badan pun cergas.

Oleh kerana ESP mempunya formula yang membebaskan gula/glukos secara perlahan-lahan, jadi kandungan gula dalam darah maintain dan tidak naik mendadak. Tenaga pun berterusan. Namapun 'Energizing', jadi memanglah sumber tenaga anda!

Selain tu, kebaikkan Energizing Soy Protein merangkumi
· Mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
· Mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
· Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
· Membantu mengekalkan kepejalan otot
· Menguat dan mencantikkan kulit, rambut, kuku dan membina otot 




FAEDAH & KEBAIKAN ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE


Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:


Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

Saturday, 9 March 2013

ESP : Ketahuilah Khasiatnya...



Kekal Muda 
– Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi 
– kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki 
- genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal 
– Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

Pemberi tenaga segera 
– Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi 
– Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori 
– Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Sila Like Page dan Hubungi:

Page Bidadari Kecil

http://www.facebook.com/pages/Bidadari-Kecil/

Ummu Ain 0136463442

bidadarikecilsayang.blogspot.com

ID Shaklee : 881669

Friday, 8 March 2013

SUSU IBU : FAKTA DAN MITOS


Jurnal Perubatan The Lancet dalam artikel The World Forgotten Children 2 tahun lalu mendedahkan, hampir 11 juta kanak-kanak akan mati sebelum mereka mencapai umur 5 tahun. Manakala lebih separuh daripada kanak-kanak ini iaitu dalam anggaran kira-kira enam juta orang, akan mati disebabkan penyakit yang selalunya mudah dicegah atau dirawat kesan tidak disusukan ibunya.

Bayi negara ini `tidak `ketinggalan' kerana 58 peratus daripada kanak-kanak di seluruh dunia tidak menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya pada empat bulan terpenting dalam hidup mereka yang mana 25 peratus adalah kekurangan zat iaitu penyumbang kepada 60 peratus kematian kanak-kanak. Hakikatnya, lebih dua 2 juta kematian bayi berusia kurang lima bulan boleh dicegah menerusi proses sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi; penyusuan susu ibu yang lebih baik (1.3 juta) dan penyusuan badan lengkap (0.6 juta).

Mitos mengenai susu ibu termasuk:

* Susu kering - Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.

* Luka - Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.

* Penyebab sakit kuning - Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.

* Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah - Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.

* Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat - Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.

* Makan banyak untuk hasilkan banyak susu - Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.

Faedah Susu Ibu:

* Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.

* Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30 hingga 200 peratus lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka. Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dramatik penyakit kencing manis dan lainlain dan menambah kos penjagaan kesihatan individu dan negara.

* Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta kanser ovari dan payudara.

* Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang, termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolesterol darah serta mengurangkan kejadian diabetes mellitus dan obesiti ketika dewasa.

BAGAIMANA SUSU TERHASIL

* Apabila bayi menghisap puting payu dara, rangsangan akan dihantar kepada kelenjar pituitari dan hormon yang dipanggil prolaktin dan oxytocin dihasilkan. Prolaktin menyampaikan arahan untuk menukar darah ke dalam susu ibu. Oxytocin akan terus beroperasi, untuk menolak susu ibu yang berkumpul di dalam saluran payudara.

* Susu ibu `dilepaskan' apabila bayi mulai menghisap pada puting payu dara. Pada hisapan pertama, ibu tidak dapat merasai `pengeluaran itu' bagaimanapun menerusi proses beberapa kali pengulangan, ibu dan bayi akan mulai mahir dan penyusuan ibu boleh berlaku secara normal.

* Susu terhasil dalam sel Acinar. Acinar terdiri daripada sejumlah besar sel-sel acinar. Ia dikeluarkan menerusi hisapan oleh bayi di puting payu dara dan keluar menerusi salur payu dara. Sel myoepithelial sekitar acinar bertindak bagai pam untuk mengeluarkan susu.

* Perlu diketahui, kecederaan termasuk sakit atau luka pada puting payu dara ketika proses penyusuan, boleh terjadi akibat ibu salah menyusukan bayi mereka. Justeru dapatkan tunjuk ajar daripada doktor atau jururawat yang sedia membantu. Jangan berputus asa.

Sumber: Penasihat Penyusuan Pigeon


Perlu mula seawal hamil

PENYUSUAN membekalkan pemakanan yang lengkap kepada bayi malah dapat melindungi bayi daripada jangkitan. Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang.

Namun, apakah persediaan yang harus dilakukan? Berikut antara panduannya:


Persediaan sejak hamil :

* Bersedia dari segi mental untuk menyusukan bayi.

* Dapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu daripada profesional kesihatan.

* Belajar teknik betul untuk menyusukan bayi.

Mula sejam selepas kelahiran :

* Letakkan bayi atas dada ibu sekurang-kurangnya 10 minit supaya agar mendapat sentuhan kulit.

* Rapatkan bayi ke payudara ibu untuk memulakan penyusuan dalam tempoh sejam selepas bersalin.

* Dapatkan bantuan daripada jururawat atau doktor untuk memulakan penyusuan susu ibu.

Susukan bayi dengan kerap dan ikut kemahuannya :

* Biarkan ibu sentiasa berada dengan bayi supaya bayi boleh disusukan seberapa kerap yang dikehendaki.

* Susukan bayi apabila dia menunjukkan tanda-tanda lapar (seperti membuka mulut, mencari payudara atau menangis).

* Susukan bayi siang dan malam sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari.

* Jangan beri puting tiruan kepada bayi yang menyusu dengan susu ibu melainkan atas nasihat doktor.

* Pada usia bawah enam bulan, beri hanya susu ibu tanpa minuman atau makanan tambahan, termasuklah air kosong (melainkan atas nasihat doktor).

* Perhatikan tanda bayi menerima cukup susu seperti membuang air kecil enam hingga lapan kali sehari, membuang air besar setiap hari dan membesar mengikut berat badan normal mengikut carta pertumbuhan.

Perah susu :

* Berikan susu perahan sungguhpun sudah keluar bekerja. Berlatih memerah susu ketika cuti bersalin, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kembali bertugas.

* Ketika cuti bersalin latih bayi untuk menyesuaikan diri dengan susu perahan.

* Simpan susu perahan dengan betul.Susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk (2 - 4 darjah Celsius) selamat digunakan oleh bayi dalam tempoh lapan hari.

* Rancang jadual kerja supaya ibu mempunyai cukup masa untuk memerah susu.

Jaga pemakanan ibu dan bayi :

* Teruskan penyusuan ibu walaupun bayi sudah mengambil makanan pelengkap iaitu pada usia lebih enam bulan.

* Aturkan kerja rumah dan pastikan dapat tidur yang cukup.

* Makan makanan yang seimbang dengan tambahan satu sajian susu dan nasi atau bijirin lain.

* Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air minuman sehari.

Sokongan pasangan serta orang sekitar :

* Suami perlu berikan sokongan. Berikan perhatian kepada anak-anak lain ketika isteri sedang menyusukan anak-anak.

* Bantu isteri dengan kerja rumah.

* Dapatkan isteri makanan berkhasiat serta utamakan keperluannya.

* Majikan boleh sediakan tempat ibu memerah susu yang selesa serta peti ais di tempat berkenaan membolehkan susu perahan disimpan.

* Profesional kesihatan dan pengasuh kanak-kanak boleh menyokong penyusuan susu ibu dengan memberikan susu ibu saja kepada bayi apabila ibu mula bekerja.

* Oleh kerana kebaikan penyusuan susu ibu terbukti, maka galakan penyusuan susu ibu adalah amat diperlukan.

* Ibu mestikan berfikir secara positif dan tidak menganggap bahawa mereka tidak boleh menyusukan bayi selepas mereka kembali bekerja.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.



Sila Like Page dan Hubungi : 

Page Bidadari Kecil
Ummu Ain 0136463442
ID Shaklee : 881669
bidadarikecilsayang.blogspot.com


Thursday, 7 March 2013

Resepi ESP : Jus asam jawa

Hai salam sayang buat pengunjung Bidadari Kecil Sayang ini.

Pada kali ini, ingin saya kongsikan resepi ESP Jus asam jawa.
Jus ESP asam jawa ini amat sesuai di musim yang panas terik seperti sekarang ini. Selain ianya melegakan tekak, kerana rasanya yang enak, ia juga boleh digunakan sebagai resepi meringankan selsema, batuk, panas badan dan kering tekak. Jangan tak tahu, ia juga membekalkan tenaga di cuaca yang terik begini.

Resepi untuk satu hidangan adalah seperti berikut;

1) Mula-mula, masukkan sesudu besar pati asam jawa ke dalam shaker.
2) Kemudian, masukkan pula sesudu madu asli.
3) Tuangkan air sejuk ke dalam shaker tersebut.
4) Kemudian, masukkan hero ESP sebanyak satu sudu besar pula.
5) Maniskan muka dan goncang shaker sesuka hati.

Last sekali minumlah... Sedap tau!

Monday, 18 February 2013

Testimoni Pengguna...

Apa kata pengguna yang sudah menggunakan produk Shaklee dan kesannya ke atas mereka...

















ESP dan Alfalfa bagi ibu menyusu

Salam sayang kepada pembaca Bidadari Kecil Sayang (BKS).

Kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman pengambilan ESP dan Alfalfa. Pada bulan puasa tahun lepas, saya agak risau jika tak mampu 'produce' susu buat anak. Maklumlah apabila kurang makan, pengeluaran susu merundum. Sehinggalah saya blogwalking mencari produk makanan yang membanyakkan susu ni. Kak Hanum yang cadangkan set 3m ni. 3m bererti making more milks!

Ada beberapa lagi supplement dalam set 3m ni. Namun, tuntas kepada penguaran susu ni tentulah Alfalfa dan ESP. Oh ya! Ada disiplin lain yang perlu untuk membanyakkan susu ni. Kena kerap pam susu(ikut kesesuaian badan, ada yang 2 jam sekali, 3jam sekali), menyusukan anak(konsep supply and demand) dan kita juga harus harus harus minum air yang banyak.

ESP bermaksud Energizing Soy Protein merupakan zat protin kacang soya yang terpilih dibungkus dalam bentuk serbuk di dalam canister cantik. Canister ni mengandungi 850 gram ESP sudah pastinya berasal daripada 30 kilogram kacang soya organik yang terpilih.

ESP juga mencantikkan kulit saya dan bayi tentunya! Kulit saya lebih sihat dan lembab. Stretch mark di perut saya semakin berkurangan dan ia seakan akan nak hilang dah.

Dari segi tenaga, saya lebih bertenaga dan ceria berbanding sebelum mengambil ESP ni. Diceritakan bahawa ESP ni juga dapat mengawal hormon. Sebenarnya saya lebih tenang selepas mengambil ESP ni. Satu canister ni bertahan selama 2 bulan jugalah, 3 sudu sehari dibancuh begitu sahaja atau dengan pes buah buahan kegemaran kita.

Alfalfa pula didatangkan dalam bentuk tablet 330 biji. Juga digelar sebagai raja segala tumbuhan kerana khasiatnya teragung. Ada pudina didalamnya melegakan otot perut, ada kesan penenang. Penghadaman pun pudina ni bantu selain mabuk laut dan gastrik. Pudina ni dia keluarkan peluh, sebab itu dia ni boleh sekat demam walaupun orang itu selsema. Dalam Alfalfa ni pun ada halia. Halia ni dia legakam usus, sakit haid, loya ketika mengandung, selepas bersalin. Kalau travel, halia ni memang stabilkan badan kita. Cekur Manis pun ada dalam Alfalfa ni. Biasanya tumbuhan ni orang Mesir purba guna untuk kesihatan seperti pencernaan, sakit haid, menahan kulat yang sebabkan penyakit kulit dan sumber tenaga dalam badan.

Baby saya si Fatimah sangat kenyang dan jarang meragam lepas ummi dia ambil ESP dan Alfalfa ni. Fatimah tidur lena! Fatimah kulitnya gebu, cerah dan sihat. Sangat bertenaga baby ummi comel ni... Sayang Fatimah!

Saya dah cuba ESP dan Alfalfa ni dan terbukti ia berkesan.
Anda bila lagi?


Suamiku susut badannya disebabkan Shaklee lah!

Segalanya bermula apabila saya mengambil set 3M (making more milk) Shaklee.
Set ini diambil pada Ramadhan tahun 2012.

Selain set 3m ni, says menambah beberapa vitamin yang lain(pelengkap) kepada
pembekalan nutrisi kepada kami bedua, suami isteri.

Yang best tentang Shaklee ni, Vitaminnya boleh dimakan oleh suami juga!
Sebab itulah Vitamin tambahan seperti Vitamin E, Zink, Omega ditambah selain set 3m ni.

Yang saya pasti, apabila mengambil Vitamin, kita secara tidak langsung akan meminum air yang lebih banyak daripada biasa.

Proses penurunan berat badan ni memakan masa. Tambahan pula, Encik Suami saya ni malas nak bersenam, makanya kesan penurunan berat badannya ambil masa yang lama sedikit.



Lecithin-pecahkan lemak tepu di dalam badan
Herblax-membuang toksin di dalam badan, seterusnya melancarkan fungsi badan
ESP-beri tenaga segera dan buatkan kita tak lapar sangat

3 kombo di atas adalah formula suami saya susut berat badannya...
Masa kahwin dulu, dkat 110 kilo jugaklah...sekarang ni dah 92 kilo. Oklah tu, tapi kena mempergiat lagi wahai abangku!

Sekarang ni, abang dah tak mengah-mengah lagi. Solat pun ringan jer badan dia. Tiada angin jahat macam dulu dah kat badannya. Suka tengok abang, semakin berseri...Jangan tak tahu, ESP juga mencantikkan kulit tau...

Anda pula bagaimana?

Jom kurus dengan Shaklee.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------ Hubungi saya dengan sms ke o13 646 3442  atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

___________________________
Ummu Ain
[Shaklee ID No : 881669]
0136463442
bidadarikecilsayang@gmail.com

Tuesday, 12 February 2013

Resipi ESP Shake Berry Juice!




Salam sayang! Mulakan pagi kita dengan ESP Shake Berry Juice! 

Bahan-bahan;
2-3 sudu ESP
3 Sudu Berries Sunquick Paste
2 cawan air sejuk

Cara-caranya

Masukkan kesemua bahan tadi kedalam satu shaker, kemuan shake beberapa kali, sedia untuk diminum!

Monday, 11 February 2013

FAQ: ESP tu apa?

ESP dikenali sebagai Energizing Soy Protein adalah produk hot Shaklee.
Kenapa dia hot? Sebab selalu Best Seller, On Demand dan sememangnya Popular Product.

Apa yang menjadikan ia popular?
Multi fungsi ESP dengan berkesan, selamat dan semulajadi.

Apa isi kandung ESP ni?
'Barang baik' daripada 30 kg soya yang ditapis berhati-hati supaya khasiat proteinnya terpelihara.



Apa multi fungsinya?
Awet Muda - ESP mengandungi Asid Amino untuk membina otot, kuku, rambut, darah, ogan dan juga kulit. Antara fungsi utamanya adalah protein  merupakan makanan kepada sel.
Baik Untuk Hormon - Merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoperosis dan sakit jantung.
Mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
Kulit Remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot (payudara juga), percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan kadar segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan stres.
Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut beruban, rambut gugur, membaiki kesan pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
Membaiki Memori - meningkatkan kualiti memori, daya ketahanan badan, dorongan seksual dan rangsangan.


Penting ke sel tu?
Eh memang! Sistem badan kita ni terbentuk dari organ. Organ pula terbentuk dari sel. Ha, makanan sel pula adalah protein. Untuk penghasilan sel-sel baru, amat baguslah ESP ni.

Berapa kandungan ESP ni, berapa lama ia tahan?
Satu canister mengandingi 850g serbuk ESP. Dengan pengambilan 3 sudu sehari bersama minuman kegemaran anda, ia mampu bertahan selama sebulan setengah. (Awas, ESP sesuai dalam keadaan suam atau sejuk untuk memelihara kualiti proteinnya, suhu yang panas akan memusnahkan kualiti protein ESP)

Siapa yang sesuai mengambil ESP ni?
Seisi keluarga! Jimat bukan? Dari si adik yang berumur 3 tahun sehingga atuk yang berumur 70 tahun.
Ibu mengandung, ibu menyusu, ayah yang sibuk, ibu berkerjaya, remaja yang aktif, pelajar universiti yang jadualnya padat, ahli sukan, suri rumah, kesemuanya sesuai untuk ESP yang hebat ini.

Berapakah harganya?
Satu Canister berharga RM 150 Semenanjung, RM 155 Sabah/Sarawak.
Harga tidak termasuk kos penghantaran.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------ Hubungi saya dengan sms ke o13 646 3442  atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

___________________________
Ummu Ain
[Shaklee ID No : 881669]
0136463442
bidadarikecilsayang@gmail.com