Showing posts with label tip susu ibu. Show all posts
Showing posts with label tip susu ibu. Show all posts

Monday, 10 December 2012

Proses Bagaimana Susu Badan Dihasilkan


Menyusukan bayi adalah satu proses yang perlu dipelajari. Ia memerlukan kesabaran dan juga praktis. Ada sesetengah ibu akan kecundang dalam proses ini kerana mengalami rasa kecewa dan tidak selesa. Kadangkala situasi yang lain juga menyumbang seperti ibu mengalami masalah kesihatan dan juga bayi keluar lebih awal. Namun jangan sesekali mengalah kerana proses penyusuan adalah satu proses yang akan menjadi lebih senang jika dipelajari.

Mari kita pelajari konsep yang paling basic dalam penyusuan iaitu semakin kerap anda kosongkan payudara, semakin banyak susu yang akan terhasil.

BAGAIMANA SUSU DIHASILKAN?

Mempelajari bagaimana susu dihasilkan akan menolong kita memahami proses itu dengan lebih mudah. Mari kita lihat:




kredit info to womenhealth

  • Glandular tissue – body tissue that makes and releases one or more substances for use in the body. Some glands make fluids that affect tissues or organs. Others make hormones or assist with blood production. In the breast, this tissue is involved in milk production.

  • Connective tissue – a type of body tissue that supports other tissues and binds them together. This tissue provides support in the breast.

  • Blood – fluid in the body made up of plasma, red and white blood cells, and platelets. Blood carries oxygen and nutrients to and waste materials away from all body tissues. In the breast, blood nourishes the breast tissue and provides nutrients needed for milk production.

  • Lymph – the almost colorless fluid that travels through the lymphatic system and carries cells that help fight infection and disease. Lymph tissue in the breast helps remove waste.

  • Nerves – cells that are the building blocks of the nervous system (the system that records and transmits information chemically and electrically within a person). Nerve tissue in the breast makes breasts sensitive to touch, allowing the baby’s sucking to stimulate the let-down or milk-ejection reflex and milk production. Learn more about let-down reflex.

  • Fatty tissue – connective tissue that contains stored fat. It is also known as adipose tissue. Fatty tissue in the breast protects the breast from injury. Fatty tissue is what mostly affects the size of a woman’s breast. Breast size does not have an effect on the amount of milk or the quality of milk a woman makes.

Sel yang dipanggil ALVEOLI ini menghasilkan susu. 

Semasa mengandung, sesetengah ibu akan berasa payudaranya penuh dan lembut yang mana ini menunjukkan ALVEOLI sudah bersedia untuk bekerja. ALVEOLI ini menghasilkan susu bila bertindakbalas dengan hormon PROLAKTIN. 

Hormon PROLAKTIN terhasil semasa bayi menghisap. Dan bila bayi mula menghisap, satu hormon lagi dipanggil HORMON OXYTOCIN akan menyebabkan rasa kontraksi otot dan menyebabkan susu akan disalurkan melalui MILK DUCTS. Proses pengaliran susu ini dipanggil LET DOWN REFLEX.

Hormon OXYTOCIN inilah yang bertanggungjawab mengembalikan saiz uterus/rahim anda kepada normal. Ia juga akan mengurangkan pendarahan/tumpah darah selepas melahirkan. Hormon OXYTOCIN ini juga dikenali sebagai HORMON CINTA kerana ianya boleh membantu perasaan kasih sayang antara ibu dan bayi.



Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.



5 Perkara TIDAK Pada Ibu Menyusu Badan


Untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif sudah pastinya disiplin amat diperlukan. Bukan sehari dua malah jika ingin melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun sangat memerlukan komitmen dari sang ibu.


Apa perkara yang patut kita katakan TIDAK bila membuat keputusan untuk menyusu badan?


1. TIDAK pada susu formula. 
Tidak perlu bimbang dengan perasaan yang menghantui 'cukup ke susu aku nanti?'...'takpelah beli dulu susu formula untuk simpanan takut-takut susu tak cukup'.


2. Katakan TIDAK pada alasan yang tidak munasabah.
Sentiasa beralasan. Boleh ke bagi komitmen sedangkan aku ibu bekerjaya? Nanti bila sudah bekerja, mesti tiada masa untuk mengepam.


3. Katakan TIDAK pada sejarah silam. 
Mungkin sebelum ni anda tidak berjaya susukan bayi, jika untuk anak seterusnya tidak semestinya tidak boleh berjaya. Ingat susu badan ada atau tiada bukan atas sebab KETURUNAN. Ibu saya dahulu tiada susu badan, saya mesti tiada juga.


4. TIDAK benarkan orang yang negatif dalam penyusuan mempengaruhi minda anda. Tetapkan pendirian, dapatkan sokongan dari sekeliling terutamanya suami. Jika tidak dapat sokongan dari suami jangan cepat mengalah, jadikan ia sebagai cabaran, suatu hari nanti semua yang membangkang akan tabik pada kesungguhan anda.


5. Katakan TIDAK pada sikap tunggu dan lihat. 
Nanti bila sudah keluar baby bolehla aku baca info-info atau belajar cara-cara penyimpanan susu. Silalah cari info sebanayk mungkin selama mana yang boleh. Seeloknya mulakan dari permulaan mengandung.


Ayuh ibu-ibu semua, kita menyokong penyusuan ibu yang ternyata sangat banyak kebaikannya. Good Luck!


Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Bagaimana Ingin Berjaya dalam Penyusuan Bagi Ibu Yang Bekerjaya?




Rasanya ramai ibu menyusu yang mula risau bila sudah hampir hendak masuk kerja. 

Masa tu mulalah kelam kabut hendak buat stok susu, masa tu juga baru hendak mengajar anak minum dari botol, masa tu juga baru belajar hendak pam. 

Untuk menjayakan penyusuan walau telah kembali bekerja ada tips yang berguna untuk para ibu:


 1. Belajar gunakan pam seawalnya 

Untuk mengelakkan anda merasa stress jika hasil yang didapati tidak memuaskan hati. Guna pam yang paling selesa bagi anda. Ingat, pam yang selesa bagi kita mungkin tidak sama dengan jenis pam yang selesa pada orang lain.


2. Buat stok susu sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu sebelum bermulanya kerja. 

Bagaimana hendak buat stok kalau bayi asyik berkepit je? Mudah saja, pam selepas bayi berhenti menyusu ataupun semasa bayi anda tidur. Walaupun susu yang dipam tidak banyak, kumpulkan sikit demi sedikit lama-lama jadi banyak juga.



3. Ajar bayi gunakan botol sekurang-kurangnya 1@2 minggu sebelum masuk kerja. 

Seeloknya minta bantuan orang lain untuk susukan bayi dengan menggunakan botol untuk memberi ruang bayi anda mengenali orang lain selain ibunya dan merasa selamat dengannya. Jika tidak diajar dari awal bimbang nanti bayi akan menolak botol dan sudah semestinya akan membuat anda bertambah stress.


Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.



Friday, 7 December 2012

Beza Vitamin Shaklee Dengan Milk Booster Lain


Bercakap tentang milk booster, makanan tambah susu dan sebagainya, memang ada banyak pendapat dan cara masing-masing. Ini kerana memang ada banyak jenis milk booster yang sudah menjadi amalan turun-temurun, dalam pelbagai masyarakat.

Walau bagaimana pun, ada ibu yang mengadu dah cuba macam-macam tapi tak berhasil (termasuk usaha mengepam). Oleh itu kita tengok email di bawah ni:


Ubat-ubat yang dibekalkan doktor seperti Motilium, Maxolon dan sebagainya adalah uhat tahan muntah, dan side effectnya, ibu akan menghasilkan susu badan. Namun yang tak bestnya, banyak pula side effectnya, termasuklah stress, depress dan sebagainya.

Lalu ibu di atas telah mencuba Shaklee, dan akhrnya beliau telah menghantar email seperti di bawah:


Nampak perbezaannya, setelah mengambil set breastfeeding Shaklee dengan milk booster lain sebelumnya? Yang seronoknya set Shaklee telah menyelesaikan masalah-masalah beliau yang lain. Masa ambil ubat dulu, masalah lain yang datang, kan?

Memang tak salah langsung kita ambil milk booster selain Shaklee, tapi dalam set Shaklee ni mengandungi keperluan diri ibu sendiri. 

Berbeza dengan milk booster lain yang memang “booster” semata-mata. Susu banyak tapi ibu lesu, pucat, penat…. tapi dengan Shaklee ibu sihat, ceria, happy malah bertambah cun melecun ;)

Saya sendiri pun sebenarnya mengamalkan juga longan kering, habbastussauda dan sebagainya, tapi set breastfeeding Shaklee tetap menjadi amalan saya setiap hari. 

Ia adalah keperluan tubuh badan saya untuk sentiasa sihat dan ceria demi suami dan anak-anak.

Macamana? Nak susu banyak tapi penat dan stress atau susu banyak juga tapi happy & ceria?

Boleh email kepada saya di bidadarikecilsayang@gmail.com atau sms kan kepada saya 013-646 34 42 untuk konsultasi percuma.