Showing posts with label cergas. Show all posts
Showing posts with label cergas. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

Khasiat OSTEMATRIX SHAKLEE




Apa rahsianya?



Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis***
Tulang osteoporosis lebih mudah patah. Sebab utama osteoporosis berlaku ialah kekurangan kalsium. Di sinilah peranan Ostematrix, membekalkan Kalsium dan Vitamin D
  • untuk kekalkan tekanan darah yang normal*
  • Membantu pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • Mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*

OsteMatrix mengandungi:

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium


KESIMPULANNYA

Osteoperosis? Apa tu? Dengan Ostematrix tiada istilah osteperosis dalam kamus hidup anda.

KELETIHAN dapat dibendung dengan Ostematrix ni. 
Superman juga makan Ostematrix.

Untuk anda yang STRESS, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, ubahlah nasib anda dengan Ostematrix.

Kisah kelam kabut seperti BUASIR serta sembelit, dapat dihindari dengan pengambilan Ostematrix ini.
Sakit tulang belakang dah takda dengan penangan OsteMatrix ni.

IBU YANG MENYUSU, Ostematrix memang untuk andalah! Susu yang dihasilkan berkualiti.


Untuk Info dan Konsultasi PERCUMA :
UMMU AIN 0136463442
http://www.facebook.com/bidadarikecilblog
bidadarikecilsayang.blogspot.com

Tuesday, 12 February 2013

Siapakah yang memerlukan ditoksifikasi?

Salam kesihatan.

Sebelum saya berbicara lanjut, izinkan saya 'refresh'kan tentang detosifikasi ini.


Detoksifikasi itu apa? 


Pada fisiologi, detoksifikasi (bahasa Inggeris: detoxification, detox) adalah lintasan metabolisme yang mengurangi kadar racun di dalam tubuh, dengan penyerapan, distribusi, biotransformasi dan ekskresi molekul toksin.





Dengan bahasa mudahnya, detoks ini proses mengurangkan kadar racun(bendasing) di dalam tubuh kita.

Hari ini, kehidupan kita banyak dilitupi produk sintetik, yang tersangatlah tidak mesra dengan badan kita. Sintetik ini amat mudah merosakkan organ dalaman badan kita.

Siapakah yang memerlukan detoksifikasi?

Mereka yang mempunyai simtom ini,

  • badan cepat lesu (darah yang kotor menyebaban pergerakan badan lemah)
  • pembuangan badan tak lawas dan kencing tidak tus (usus yang kotor)
  • kulit merekah dan mengelupas
  • jerawat kecil di bahagian badan atau muka
  • luka lambat pulih (darah mengalir dengan banyak)
  • kulit sentiasa berasa kering
  • badan selalu gatal-gatal
  • senang muntah
  • mudah demam atau dihinggapi pengakit
  • sering didatangi selsema dan batuk 
  • stres
  • pelupa
  • keguguran rambut
  • rangsangan lambat, dan banyak lagi

Apa yang berlaku selepas detoksifikasi ni?
  • metabolisma badan akan meningkat
  • badan anda akan terasa lebih ringan dan segar
  • sukar dihinggapi penyakit
  • muka berseri dan awet muda
  • lebih bertenaga
  • anda seolah-olah dilahirkan semula!


Bagaimanakah cara untuk detoksifikasi?

Berikut, saya senaraikan beberapa cara yang biasa dilakukan untuk nyah toksin ini.
  • Bekam
  • Dialisis
  • Puasa
  • Makanan nutrisi
  • Pernafasan mendalam
Klik SINI untuk gaya Shaklee membantu anda nyahtoksin dan imunisasi.

Wednesday, 30 January 2013

Anak Saya Suka Baca Buku? Bagaimana Caranya?

Bacakan buku untuk anak anda sejak dari dalam kandungan!

Ramai ibu bapa masa kini yang mengambil jalan singkat, tidak mahu diganggu anak atau bayinya semasa melakukan kerja-kerja rutin, mereka hadapkan anak-anak mereka di depan televisyen, kemudian, buka channel kartun,habis cerita! Lalu mereka berasa lega kerana anak-anak akan leka dengan keletah kartun di televisyen tanpa mengambil kira kesan daripada apa yang bakal anak-anak kita duplicate dari perangai kartun-kartun di dalam televisyen tersebut!

Maka, apabila sudah terbiasa dengan objek-objek kartun yang comel-comel, bergerak-gerak, animasi lah katakan, jadi segala macam benda yang kaku seperti buku-buku ini dirasakan bosan dan kurang menarik! Lalu kita sebagai ibu bapa mula membebel.... "Asyik tengok tv saja, buku mama, papa beli ni taknak pun baca!". Tunggu dulu! Sebelum anda keluarkan kata-kata itu, jom sama-sama koreksi diri. Adakah kita membudayakan tabiat suka membaca buku dalam diri kita? Adakah kita tanamkan minat membaca kepada anak kita sejak dia masih kecil? Tanyakan diri kita... Saya katakan kita, sebab soalan itu diajukan kepada saya juga...huhuu...

Jom kita mula asahkan minat membaca buku kepada anak-anak kita sejak berada di dalam kandungan lagi! Saya terjumpa buku ini di Eaton's Kota Kinabalu, sesiapa yang berada di Kota Kinabalu, boleh dapatkan sendiri di sana, ya? Karangan Rizem Aizid, terbitan Ar-Risalah!

Bolehkah pupuk minat membaca sedari dalam kandungan? Bagaimana? Saya ambil satu cerita dari dalam buku ini, ya?

Kisah Thomas Alva Edison, Si Pencipta Mentol Lampu

Sejarah menyatakan, sewaktu kecilnya, Edison belajar di sekolah rasmi hanya selama 3 tahun sahaja. Bermakna, dia tidak pernah tamat sekolah rendah. Ibunya sengaja berhentikan Edison kerana sering mendapat markah buruk di sekolah, maka selebihnya Ibunya mendidik Edison sepenuhnya di rumah! Nampak tak kecekalan dan keazaman seorang ibu yang mahu anaknya pintar, genius? Siapa tidak mahu, kan?

Ibunya sering membacakan buku untuk Edison, mengajar Edison mengira, membaca dan menulis... Maka Edison menghabiskan masanya di rumah dengan belajar, membuat kajian dan eksperimen. Berkat dari dorongan dan didikan ibunya, Edison menjadi budak yang pintar, cerdas yang selama ini dianggap dungu luar biasa oleh gurunya...Bahkan dia termasuk di senarai 100 tokoh yang paling berpengaruh!

Apa hikmah dari kisah ini? Ya! Kejayaan seorang anak amat bergantung pada dorongan dan motivasi ibu bapanya! Jika ibu Edison boleh menyisihkan sebahagian wang belanjanya untuk membeli buku pelajaran Edison, dan berharap Edison akan menjadi 'Orang Besar', kita seribu kali boleh dengan pelbagai kemudahan yang tersedia pada masa kini, bukan?

Saya akan sambung lagi di lain masa.... InsyaaAllah...