Showing posts with label tips susu ibu. Show all posts
Showing posts with label tips susu ibu. Show all posts

Sunday, 6 January 2013

Teknik Marmet Yang Ibu Menyusu Perlu Tahu

Apa Itu Teknik Marmet?

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam. 



Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah. 

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak.

 Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak. Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu.

Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;) 

Bahaya Amalan Teknik Yang Salah. 

Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet. Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. 


Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.  

Cara Memerah :

1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. 


2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).


3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).  Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini. 


4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar. 


5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan. 


6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.

 7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong. 

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.  

 Elakkan!

1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet. 


2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola. 


3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya. 


Credit 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


------ Hubungi saya dengan sms ke o13 646 3442  atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Monday, 10 December 2012

Cara Penyimpanan Susu Dan Mencairkan Susu Beku

Berikut adalah perkongsian daripada pembacaan saya dari sebuah blog Neskopi.com  mengenai penyimpanan dan cara mencairkan susu ibu. Selamat membaca!

Panduan penyimpanan susu dan mencairkan susu beku adalah dengan penerangan bergambar yang diharap dapat membantu golongan ibu-ibu yang masih menyusukan anak dengan susu badan.

Diharap penerangan dibawah memberikan sedikit gambaran yang jelas bagaimana proses penyimpanan dan bagaimana untuk memanaskan semula susu yang telah beku. Kepada Ibu-ibu, selamat membaca :)


Menyimpan Perahan Susu Ibu
Perahan susu ibu yang baru boleh dibiarkan pada bilik yang berhawa dingin (Air Cond), (kurang daripada 25 ° C atau 77 ° F) selama 6-8 jam. 

Manakala pada suhu bilik yang biasa di Malaysia khasnya, perahan susu ibu yang baru hanya boleh dibiarkan selama 4 jam.

Perahan susu ibu yang tidak digunakan mestilah disimpan di dalam peti sejuk dalam jangkamasa yang tersebut. 


Bekas Untuk Menyimpan Perahan Susu Ibu
Gunakan bekas kedap udara contohnya seperti balang kaca atau bekas plastik keras yang bertutup.
Beg beku / beg penyejuk bersama pad penyejuk (cooler bag & ice pack) yang khas juga boleh digunakan.

Jangan gunakan plastik yang nipis untuk menyimpan perahan susu ibu kerana ia mudah terkoyak dan mudah rosak. 


Membersihkan Bekas Penyimpanan Susu
Untuk kepentingan kesihatan bayi, bekas yang digunakan perlulah dibasuh dengan menggunakan air panas yang bersabun dan juga dibilas dengan air panas. Biarkan bekas mengering dengan sedirinya di atas permukaan yang kering, bersih serta jauh dari punca makanan.


Tips Penyimpanan Perahan Susu Ibu
Sejukkan perahan susu ibu yang baru sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam.

Labelkan bekas dengan meletakkan tarikh dan masa.

Simpan perahan susu ibu dalam jumlah yang kecil untuk mengelakkan pembaziran.

Sentiasa menyejukkan perahan susu yang baru sebelum meletakkan bersama susu lain yang telah sejuk atau yang telah beku.

Tinggalkan ruang kosong sekurang-kurangnya 1 inci tinggi di dalam setiap bekas yang digunakan untuk menyimpan perahan susu ibu.


* Jika bayi anda pramatang (dilahirkan terlalu awal) di hospital, anda boleh bercakap dengan jururawat berkenaan penyimpanan perahan susu ibu dan cara untuk membersihkan bekas. Anda juga boleh meminta bantuan pihak hospital untuk disterilkan bekas susu.


Perahan Susu Ibu Boleh Disimpan Dengan Menggunakan Cara-Cara Yang Berikut:




Penting: 
Letakkan bekas yang mengandungi perahan susu ibu di dalam peti sejuk atau peti beku di bahagian yang paling dalam dimana ianya adalah yang paling sejuk. 
Buang segera mana-mana perahan susu yang telah luput.


Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Telah Beku 
Susu beku yang telah dicairkan boleh disimpan semula di dalam peti sejuk selama 24 jam. 
Jangan membeku semula susu yang telah cair.




Tips Memberi Minum Bayi:

  • Goncangkan susu ibu yang telah suam dan lakukan ujian suhu dengan meletakkannya di pergelangan tangan anda sebelum memberi minum bayi.

  • Kendalikan bayi anda samada dengan cara mendukung atau memangku apabila memberinya minum.

  • Ingat! masa penyusuan anda dan bayi adalah aktiviti eksklusif yang menyeronokkan. Bercakap-cakap dengan bayi dan memberikan banyak senyuman padanya juga boleh membantu menceriakan suasana.

  • Mengusap belakang bayi sekiranya perlu sendawa dan mengelakkan dari muntah.

  • Gunakan perahan susu ibu yang telah disuamkan dalam jangkamasa 1 jam sahaja.


Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.