Monday, 25 March 2013

HILANGKAN PARUT DENGAN VITAMIN C



Vitamin C
~ Sangat penting untuk menjaga salur darah

~ Sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ~membantu mempercepatkan kesembuhan pada luka

~Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.

~menjadikan kulit makin bersih, cerah & cantik.

~Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

FOLIC ASID ELAK KECACATAN BAYI



Rata-rata ramai sudah sedia maklum dan pernah mendengar asid folik kan? Bagi ibu mengandung, biasanya doktor akan bekalkan asid folik. Apa kepentingan asid folik ni?

Folik asid juga dikenali sebagai folate yang di mana ibu disarankan mengambilnya semasa merancang untuk hamil dan juga di awal kehamilan. Kenapa mesti ambil folik asid? Kajian menunjukkan folik asid yang diambil sebanyak 400mcg sehari berupaya menghindarkan kecacatan pada bayi yang bakal lahir di mana ia selalu dikaitkan dengan kecacatan tulang belakang atau lebih dikenali sebagai spina bifida.Mereka yang mengambil asid folik dengan amaunt berikut dapat menghindarkan sebanyak 70% peluang selamat dari kecacatan tersebut.

Cara paling mudah untuk dapatkan folik asid yang mencukupi adalah dengan pengambilan vitamin seperti multivitamin. Contoh vitamin yang lengkap dengan keperluan asid folik 400mcg adalah Vitalea & B Complex.

 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)


BAYI PERLUKAN ZAT BESI



Bagi Ibu-ibu yang mengandung di usia muda seperti kita ini, sangat kurang pengetahuan kita tentang keperluan nutrisi bayi kita. Malah, kita juga tidak pernah tahu pun tentang keperluan kepada pelbagai jenis vitamin buat ibu-ibu mengandung. Disini ingin Bidadari Kecil berkongsi tentang keperluan zat besi kepada bayi kita. Sumber ini dipetik dari bacaan sebuah blog, namun, ia juga memetik sumber dari berita harian. Jom kita sama-sama baca...

Sumber:Berita Harian

Masalah anemia yang disebabkan kekurangan zat besi antara perkara yang kerap berlaku pada kanak-kanak. Lebih kurang 10 peratus remaja perempuan dan kanak-kanak mengalami masalah kurang zat besi.

Masalah kekurangan zat besi bagi kanak kanak berlainan daripada orang dewasa. Selalunya masalah ini disebabkan kekurangan zat besi dalam diet kanak kanak itu, ditambah lagi dengan keperluan zat besi yang lebih untuk tumbesaran kanak kanak. Masalah itu mungkin juga melembapkan perkembangan kanak-kanak terutama yang sedang membesar.

Disebabkan masalah perkembangan kanak kanak, adalah penting untuk mengesan dan merawat kanak kanak yang mengalami anemia kekurangan zat besi.

Siapakah yang mungkin mengalami masalah anemia kurang zat besi?

Bayi dari 0 – 6 bulan – sebab utama adalah bayi pramatang atau bayi yang beratnya rendah (kurang dari 2.5 kg)

Bayi 6 – 12 bulan – pada usia 6 hingga 9 bulan, bayi kerap mengalami anemia kurang zat besi. Ini disebabkan pertukaran pemakanan dari susu kepada makanan pejal. Berikutan itu cara pemakanan yang salah kerap berlaku dan menyebabkan kekurangan zat besi. Pada masa ini juga perkembangan psikomotor berlaku dengan cepat. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan masalah perkembangan psikomotor.

Kanak-kanak lebih dari satu tahun dan prasekolah – Masalah pemakanan yang boleh menyebabkan kekurangan zat besi adalah, penyusuan susu ibu secara eksklusif dan lambat memberi makanan pejal.

Remaja – Pada waktu ini terdapat kadar pertumbuhan tinggi. Masalah pemakanan dan permulaan haid bagi remaja perempuan adalah punca kekurangan zat besi.

Kenapa kekurangan zat besi berlaku?

Masalah utama kekurangan zat besi bagi enam bulan pertama ialah bayi pramatang. Ini kerana bayi pramatang tidak mempunyai bekalan zat besi mencukupi. Bayi yang berat badan berkurangan juga mengalami masalah sama. Oleh itu bagi kanak-kanak itu jika mereka hanya mengambil susu ibu adalah elok jika zat besi diberi sebagai zat tambahan. Jika susu formula diberikan, pastikan susu mengadungi zat besi.

Bagi bayi 6 bulan ke atas masalah utama kekurangan zat besi disebabkan pemakanan.

Sebab lain adalah penyusuan susu ibu yang lama dan eksklusif. Susu ibu mengandungi zat besi yang senang diserap tetapi kandungan zat besi hanyalah memadai. Kandungan zat besi ini tidak mencukupi bagi bayi 6 bulan ke atas jika pemakanan lain tidak diberi.

Jika susu lembu segar diberikan kepada kanak-kanak, bukan saja susu lembu segar ini mengandungi zat besi yang rendah, zat besi ini tidak boleh diserap dengan baik. Selain itu pemberian susu lembu segar boleh menyebabkan pendarahan kecil usus bayi yang tidak matang. Oleh yang demikian susu lembu segar tidak diberi kepada kanak kanak kurang dari 1 tahun, tetapi susu lembu segar dalam kuantiti kecil (dalam pemakanan) tidak menyebabkan masalah serius.

Bagi kanak-kanak setahun dan prasekolah, sebab utama kekurangan zat besi ialah pemakanan kanak-kanak itu bergantung banyak kepada susu. Ini mungkin berlaku kerana susu adalah cara pemakanan yang senang untuk kanak-kanak dan secara tidak langsung susu yang mengandungi zat besi kurang menjadi sumber pemakanan utama kanak kanak berkenaan.

Sebab lain menyebabkan kekurangan zat besi

Malabsorption (masalah penyerapan nutrient dari usus)
Infeksi parasit, cacing
Kekurangan zat besi dalam pemakanan

Tanda kekurangan zat besi berbeza bagi kanak-kanak jika dibandingkan dengan orang dewasa. Masalah anemia boleh menyebabkan kelihatan pucat kepada orang dewasa tetapi simptom lain adalah:

Perubahan kelakuan
Masalah perkembangan/ pemikiran
Kurang fungsi imun

Kurang aktif

Selain itu, kanak-kanak juga boleh mengalami masalah perkembangan fizikal, kurang selera makan dan masalah kanak-kanak suka memakan bahan bahan “ganjil” seperti tanah, kertas dan sebagainya

Cara untuk mengetahui anak anda mengalami masalah kekurangan zat besi adalah melalui analisis darah.

  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

B-COMPLEX BANTU RASA MUAL DAN LOYA



Sambil-sambil susukan anak tiba-tiba teringat pula zaman mengandung dahulu. Biasalah saya kedua-dua kandungan mengalami morning sickness yang agak teruk. Bukan sahaja tidak boleh makan, minum, air masak pun tidak boleh telan. Rasa macam tengkorak hidup pun ada sebab semua benda tidak boleh telan. Kesian pula dengan suami setiap hari terpaksa carikan makanan untuk dicuba, tapi semua tidak berhasil. Akhirnya kena tahan wad juga untuk dimasukkan air kerana sudah kehilangan banyak cecair dalam badan.

Rindu hendak hamil lagi tapi mengenangkan morning sickness atau alahan teruk semasa mengandung membuatkan perasaan itu terbantut seketika. Masa itu tidak tahu pula fungsi B Complex boleh bantu untuk kurangkan rasa loya dan hendak muntah itu. Baru-baru ini ada terbaca yang B Complex boleh membantu masalah ini. Harus dicuba jika mengandung lagi:)


Jalan-jalan ke blog seorang ibu tadi terjumpa ini:


" For my first 2 pregnancies I had terrible morning sickness. I was constantly woosey and generally did not feel well.. I on;y puked a few times, but constantly wished I did hoping I would feel better. At about 12 weeks for baby #2 my CNM suggested taking a B complex with B6. I purchased a bottle of super B complex with B6, B12 & a variety of other Bs. I immediately got better; however I attributed this to being at 12 weeks.

Now at baby #3 I started taking a B Complex with B6, B12 & a variety of other things from the beginning. I felt 100 % better than my previous 2 babies combined. I had to take the vitamins several times a day and would start feeling really bad if I went too long. After my first bottle was gone I purchased a bottle of B Complex without B12, and it did not help as much. Once I switch backed to a B Complex with B12 I felt better once again.

Bottom line, B Complex with B6 & B12 made me feel much better. B Complex with out B12 did not improve my state of well being as much. I needed to take the supplements to week 17."

Not bad kan? Bertambah lagi yakin untuk cuba anak ketiga nanti hihii.
Ingin baca lagi? Ini dia pengakuan seorang ibu lain:

" chose the title of my post carefully because after six pregnancies I still haven’t found out to get rid of morning sickness completely (I know….boo! hiss!). Some women do find complete relief in one way or another, but for most of us it’s a matter of learning how to cope until the tincture of time works its magic. All I can offer here are tips on managing morning sickness.

Here’s my list of “remedies” that actually did provide some relief:
B6 and Unisom Combo: This is a “Class A” remedy that many doctors and midwives suggest to expectant mothers in lieu of expensive prescription medication. Here’s the regimen my midwife assigns me. Go to the pharmacy and buy several packages of generic Unisom (doxylamine) tablets and a big bottle of B-Complex which contains about 25 mg of B6 in each tablet."

Tengok ni? B Complex Shaklee memang vitamin B yang lengkap!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

FOLATE DALAM B COMPLEX DAN VITALEA SHAKLEE


Pengambilan folat adalah sangat penting dan harus DIAMBIL walaupun anda BELUM LAGI HAMIL. ia perlu diambil bagi membantu untuk mengurangkan RISIKO terhadap sesetengah KECACATAN BAYI iaitu kecacatan TIUB NEURAL.


TAHUKAH ANDA APA MAKSUDNYA?

Maksudnya bagi mereka yang merancang untuk hamil, adalah perlu untuk mengambil asid folik sebelum mereka hamil. Ini untuk menjaga kesihatan kandungan dari perkara dan kecacatan yang tidak diingini.

APAKAH KECACATAN TIUB NEURAL?

Kebiasaan yang paling banyak berlaku di kalangan bayi adalah kecacatan pada otak dan kepala saraf tunjang (spinal cord) yang dipanggil Neural Tube Defects (NTD). Kecacatan ini menyebabkan kelumpuhan pada bayi. Tidak terbayang keadaannya namun selagi kita boleh berusaha untuk elakkannya maka buatlah sesuatu supaya kita tidak rasa ralat kemudian hari.

Lagi satu kecacatan yang biasa berlaku adalah kelahiran tanpa tempurung kepala yang sempurna yang mana dipanggil Anencephaly. Ia berlaku hasil dari penutupan tempurung otak yang tidak lengkap pada awal kehamilan.

Sumber Asid Folik:

1. Dari Buah-buahan, sayuran hijau, kekacang

2. Jus oren
3. Barli
4. Beras perang
5. Keju
6. Vitamin B Complex dan multivitamin yang mengandungi asid folik.

Berapa banyak Asid Folik harus diambil?

Untuk mereka yang merancang ingin hamil dan yang sudah hamil, pengambilan 400mcg asid folik adalah memadai. Shaklee juga menawarkan asid folik yang lengkap untuk ibu hamil dan mereka yang merancang kehamilan. Anda boleh mengambil Vitalea dan B Complex shaklee untuk tujuan ini.

 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

BAHAYAKAH HB RENDAH KEPADA IBU HAMIL?


HB rendah ini selalunya dikaitkan dengan hemoglobin darah yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis sel darah merah yang sangat penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jika kekurangan hemoglobin seseorang boleh kelihatan pucat dan mungkin boleh mengalami pitam.
Jika dalam keadaan biasa pun kita digalakkan menjaga paras hemoglobin ini apatah lagi semasa hamil. Bila hamil sudah tentu bayi dalam kandungan memerlukan banyak sel darah merah untuk tumbesarannya.

Penyebab HB Rendah

·                     kurang nutrisi contohnya zat besi, asid folik dan vitamin B12.
·                     masalah buah pinggang
·                     kehilangan darah mungkin dari pembedahan

HB Rendah Dan Kehamilan

Ibu yang hamil memerlukan 50% lebih zat besi daripada biasa. Jadi ibu-ibu jangan skip vitamin yang dibekalkan oleh doktor anda ye. 

Tanda-Tanda HB Rendah

·                     pening
·                     rasa letih dan tidak bermaya
·                     sakit kepala
·                     pucat
·                     nafas yang pendek, termengah-mengah
·                     tidak boleh memberi tumpuan

Risiko Dan Kesan HB Rendah

·                     keguguran
·                     kelahiran bayi pra matang
·                     bayi kecil
·                     koma
·                     meningkatkan kebarangkalian ibu meninggal dunia

Vitamin Vitalea Shaklee dan B-Complex dapat membantu dalam meningkatkan HB kita. Kandungan asid folik, zat besi dan B12 yang terdapat dalam multivitamin dan B Complex Shaklee ini sangat membantu untuk melengkapkan nutrisi harian kita. Ramai rakan-rakan Bidadari Kecil yang mempunyai masalah HB rendah ketika hamil mengakui dan sangat menyukai Vitalea dan B-Complex Shaklee ini. Cubalah sekarang! 

 



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog 
untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

Sunday, 24 March 2013

Zat Besi : Penting Untuk Bayi dan Ibu

Anda ibu mengandung yang kekurangan darah?
Anda ibu yang menyusukan anak?

BAHAYA KEKURANGAN ZAT BESI:

Masih ramai ibu mengandung tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius sangat merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandung. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan dan sepanjang menyusukan anak.

SANGAT IDEAL UTK IBU MENGANDUNG, BERPANTANG DAN MENYUSUKAN BAYI.
Jom baca info menarik ini yang diambil dari harian metro:

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.
Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya. 


Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.


Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:


  Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  Ibu yang menyusukan bayinya


Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan
ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.

Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.


Memahami anemia dan kehamilan

Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.

Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.


Pengesanan

Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.

Pencegahan dan rawatan Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.




B Complex
~Sangat penting dalam membantu memetabolismakan karbohidrat, lemak & protein,
~Anti stress (sebagai penenang),
~Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
~ menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga
~menggalakkan mood tenang dan positif
~ Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.

VITALEA
Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
~ Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
~vitalea telah di lengkapi dengan iron
~ zat besi membantu untuk tidak mudah pitam atau pening
~Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
~ Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak memebesar dengan baik.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)