Thursday, 6 June 2013

RAHSIA OSTEMATRIX SHAKLEE



Ostematrix ialah kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya yang unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplement kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Pada umur 39 ke bawah, jisim tulang berkembang pada tahap maksima dan mula menurun dengan cepat pada umur 40 ke atas. Maka, seseorang yang kehilangan kalsium, akan kelihatan semakin membongkok bukan disebabkan oleh umur, tetapi ia disebabkan oleh penurunan kepadatan tulang. Apabila penurunan kepadatan tulang berlaku, maka ia akan menyebabkan tulang semakin rapuh dan mudah patah!

Manfaat utama Ostematrix :
  1. Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan,gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf,penenang saraf ; menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  4. Memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
  6. Memperbaiki hperaktiviti perut dan sakit gastrik.
  7. Vitamin D - Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1916 dila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplement Vitamin D.
Jom dapatkan Ostematrix untuk pulihkan tulang kita sebelum terlambat! :)

**************************
Hubungi saya - Ummu Ain ; 013 6463442
Blog : http://bidadarikecilsayang.blogspot.com
Emel : bidadarikecilsayang@gmail.com
FB Page : https://www.facebook.com/bidadarikecilblog

Wednesday, 5 June 2013

SET 3M : Pengalamanku Berpuasa Dengan Shaklee

Masih ku ingat beberapa bulan yang lepas, saat Bidadari Kecil berusia dalam lingkungan 3-4 bulan, masatu saya baru sahaja balik bekerja semula setelah lama cuti bersalin. :) Alhamdulillah, dengan dorongan dan sokongan kuat dari suami, saya berjaya fully breastfeed Bidadari Kecil sehingga ke saat ini! 

Saya mengaku, di awal waktu saya kembali bekerja, keadaan saya ketika itu sangat lemah. Sudahlah baru lepas bersalin, tenaga pun masih belum pulih sepenuhnya. Anak saya pula menyusu badan sepenuhnya, kerja berlambak-lambak menanti saya di sekolah, kebetulan pula ketika itu bulan Ramadhan, dan saya berulang-alik dari Sabah ke Pahang disebabkan ayah saya operate batu karang di Hospital Kuantan, Pahang! Allahu Rabbi! Kepenatan pada waktu itu, tidak dapat digambarkan! Malah saya terpaksa 'cuti' berpuasa satu hari disebabkan tak tertanggung keletihan dan kelesuan pada waktu itu! Betul-betul lemah!

Sehinggalah saya bertemu jodoh dengan 'SHAKLEE'. Pada ketika itu, suami saya mendesak saya supaya mencuba set lengkap ibu menyusu iaitu SET 3M Shaklee. Alhamdulillah, setelah mengalami healing crisis selama seminggu, saya kembali segar dan bertenaga sehingga kini! Syukur pada Mu Ya Allah kerana menemukan ku dengan Shaklee! 2 minggu akhir berpuasa Ramadhan, saya bekerja dengan penuh semangat dan bertenaga walaupun sedang berpuasa. Kalau dulu, balik dari kerja saya pasti lesu dan tidak mampu menyempurnakan tugas di rumah seperti memasak, mengemas dan sebagainya. Tetapi, sejak mengambil set 3M Shaklee, syukur Alhamdulillah, saya masih bertenaga melakukan kerja-kerja rumah, dengan gembiranya! :) Encik Suami pun suka dengan perubahan saya! 

Paling saya suka ialah ESP @ Energizing Soy Protein. Kenapa? Baaaanyak sangat khasiatnya! As ibu yang menyusukan anak, saya suka sebab setiap kali anak saya menyusu badan, pasti dia akan senyum kepuasan dan seolah-olah 'kekenyangan' disebabkan sifatnya yang tidak banyak ragam. Kalau tidak, dia asyik mengulang untuk menyusu, seperti baby yang tak pandai nak kenyang! Huhu... Kalau tidur malam, sangatlah lena... Hanya beberapa kali sahaja dia terjaga meminta susu! Bahagianya rasa... La..la...la.... :)

Sebagai seorang perempuan/wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak dan suami pula, ESP membuatkan kulit saya yang kendur, kembali tegang...Awww! Tak payahla cerita part mana yang kendur tu.... Sendiri tahu lah kan? Hihi... Kemudian, parut-parut lama pun macam dah pudar, kesan cakaran kuku my little baby di muka saya pada ketika itu juga sudah hilang! Wahhhhh!!! Seronoknya rasa hatiku! Bukan tu saja, berat saya pun dah turun lebih kurang 7-8 kg. Wowwww!!! Beritahu saya, siapa yang tak nak cuba ESP? Maka dialah orang yang paling rugi!!!! Alahai! Siapalah orang itew... :)

Sempena PROMOSI MEALSHAKES ni, saya dapat tahu, branch Kota Kinabalu sahaja dah liiicciiinnnn MEALSHAKES ni! Kenapa orang sibuk dengan Mealshakes juga? Sebab dah nak masuk bulan Ramadhan, orang sibuk borong 2-3 canister untuk persediaan berpuasa.... Anda tak sempat nak cuba ke? Aduh! Kesian.... Tapi, takpe... ESP masih ada stok! Harus contact saya untuk dapatkan ESP sekarang di 0136463442 sebelum KEHABISAANNN!!! :)

Sunday, 26 May 2013

Ceramah Kesihatan Wanita

Salamun alaik...

Antara Sharing yang saya dapat masa kelas Kesihatan Wanita haritu,

Wanita bila sudah mendekati usia menopouse (tapi zaman sekarang ni bukan saja tunggu umur menopouse, muda2 pun dah banyak penyakit... alahai...) akan berisiko mengalami banyak penyakit seperti;

1. Kanser Payudara
2. Cyst
3. Diabetes
4. Jantung
5. Osteoporosis
6. Depression

Semua wanita sebenarnya sangat berisiko untuk mendapat penyakit2 yang disebutkan di atas sebab;

1. Wanita sekarang wanita berkarier, dah tak sempat nak fikir remeh temeh. Semuanya nak cepat, makan, minum, pakai, segala persiapan semuanya nak yang cepat dan SEGERA!

2. Sekarang cuaca panas. Bila panas, wanita suka minum minuman yang sejuk2, berais, aiskrim, air batu campo dan sebagainya. So, cyst yang tak lepas keluar dan ada dalam rahim akan menyedut apa saja yang ada disekelilingnya... Darah, daging, tulang, air dan benda2 kotor yang ada disekelilingnya. Semua wanita ada cyst, cuma jaga pemakanan agar kesihatan kita terjaga. If ada cyst jangan panic, cyst ni tak suka nutrien dan alkaline, sebab tu kita kena makan alfalfa(tinggi alkaline) dan vitamin yang tinggi nutrient yang lain seperti Vivix, dan sebagainya untuk kecutkan cyst dan biar dia keluar sendiri... :)

3. Wanita suka manis! Lelaki suka masin! Kalau perasan, wanita sekarang, ramai yang bekerjaya dan sangat stress di tempat kerja. Akibatnya, apabila stress berlaku, wanita akan terdorong untuk makan coklat dan aiskrim (tolong mengaku jika anda adalah wanita) dengan kadar yang banyak menyebabkan kandungan gula dalam badan meningkat!

Apabila kandungan gula dalam badan mula meningkat, maka insulin yang dikeluarkan oleh pankreas tidak mampu lagi menyerap gula dalam darah, dan penyakit Diabetes pun berlaku. Sebelum kena potong kaki, kudis dan luka tak mahu sembuh, mata jadi buta sebab gula dah rosakkan salur darah, sakit buah pinggang, sakit jantung, lebih baik bertindak segera! Sebab itulah wanita perlukan VIVIX untuk repair semula pankreas supaya ia dapat keluarkan insulin dan VIVIX juga bertindak membaiki sel untuk menerima kehadiran glukos di dalam badan... :)

4. Apabila kandungan gula dalam darah terlalu tinggi, maka sel2 dan saluran darah akan pecah, dan rosak, saluran darah juga boleh tersumbat disebabkan kandungan gula yang sangat tinggi. Seterusnya mata jadi kurang nampak dan akhirnya buta! Apabila saluran darah tersumbat, maka jantung akan berhenti mengepam udara dan akan mati disebabkan masalah jantung tersumbat! Maka VIVIX sekali lagi akan memperbaiki sel dan seterusnya membuatkan saluran darah akan bekerja seperti sediakala...

5. Wanita zaman sekarang sangat jarang bersenam. Tak sempat! Banyak benda yang perlu diuruskan sehingga kesihatan sendiri sudah tidak terjaga! Kalsium dari susu itupun jarang diminum kerana asyik menguruskan orang lain. Sedangkan wanita sangat memerlukan kalsium.

Bayangkan apabila melahirkan seorang anak dari rahim seorang wanita, berapa banyak kalsium telah keluar bersama fullset manusia yang bergelar baby itu? Bayangkan kalau si ibu tadi tidak ambil kalsium sepanjang mengandungkan bayinya? Maka celah manakah kalsium yang dikorek dan diambil untuk menjadi tulang si bayi jika bukan dari kalsium si ibu sendiri? Itu baru seorang bayi, jika 2, 3 dan seterusnya 8 @ 9 orang anak seperti ibu kita yang tersayang? Bila keadaan ini berlaku, wanita perlu ambil kalsium sebanyak 1000mg sehari. Jika mampu, boleh minum susu, ikan, keju, tempe dan pelbagai sumber kalsium yang menyamai 1000mg SETIAP HARI! Persoalannya, larat ke nak makan semua tu setiap hari? Jadi, wanita boleh ambil 4 caplets Ostematrix yang bersamaan dengan 1000mg kalsium dalam sehari.

Kenapa Ostematrix? Bukankah banyak pil kalsium yang terdapat di pasaran? Apa bezanya?

Ya, Ostematrix sangat istimewa sebab selain kalsium, ia juga mengandungi magnesium, Zinc dan vitamin D. Kalsium ni 'jahat', bila dia masuk ke badan kita, dia tidak menyerap terus ke dalam tulang, sebaliknya dia akan pergi ke buah pinggang, hati dll. Jadi, magnesium dalam ostematrix berperanan untuk menarik kalsium untuk pergi ke tulang dan bantu penyerapan kalsium. Sampai di tulang, Vitamin D akan bantu kalsium untuk betul2 serap ke tulang, manakala zinc dan magnesium akan membantu untuk compactkan tulang kita. :) Sebab itulah Ostematrix sangat istimewa. :) Sebelum tulang kita rapuh, sebelum tulang kita retak dan hancur, sebelum kita membongkok disebabkan kekurangan kalsium, eloklah kita makan ostematrix untuk kesihatan tulang kita. :)

6. Sifat wanita yang suka memendam perasaan, asyik cuba untuk control perasaan dan tidak mahu meluahkan akhirnya akan meletop dan menyebabkan depress yang sangat teruk! Ia akan menyebabkan free radikal, dan mengaktifkan sel kanser, muka akan mudah berkedut dan nampak tua sebelum usia, jangkitan vagina, sana... sini.... Antara tanda2 depression ialah;
- repeat @ ulang perkara yang sama berulang-ulang kali
- menjauhkan diri dari orang lain
- merasa orang lain mengancam hidupnya
- berdendam dan rasa tidak selamat bila nampak manusia lain (unconcious)

Adakah kita tergolong dalam tanda-tanda di atas? Maka cepat-cepatlah makan GLA dan VIVIX untuk stabilkan hormon wanita yang ada dalam diri anda! :)

Cepat! Promosi VIVIX hanya tinggal 5 hari sahaja lagi! Harga normal VIVIX RM475.00(semenanjung) dan RM499.00(Sabah/Sarawak)...
Tetapi, harga promosi Mei ialah Beli 6 percuma 1 : RM2850.00 (semenanjung)
RM2994.00 (Sabah/Sarawak). :) Jika anda mahu beli 2 @ 3 botol sahaja dengan harga istimewa, sila hubungi saya di 0136463442. Harga istimewa hanya untuk customer saya sahaja! :)



Sunday, 19 May 2013

Manfaat Vivix Shaklee

Vivix akan menjadikan anda bagai SUPERSTAR!

1. Vivix ni dia melambatkan proses penuaan serta membaiki kerosakan DNA. Orang yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, seperti kimoterapi, boleh mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal dengan pengambilan Vivix ni.

2. Vivix membantu menguatkan sel tubuh dengan memperbaiki tenaga sel. Sel yang semakin berusia mudah kehilangan tenaga. Di sinilah Superstar Vivix beraksi membantu!

3.Vivix membantu mengembalikan keremajaan anda dengan meningkatkan fungsi otak, imuniti, kardiovaskular dan sendi. Dengan ini, ingatan kita semakin baik dan baik.

Dengan penjelasan tadi dan testimoni pengguna, penggunaan Vivix amat dianjurkan bagi sakit diabetis, kencing manis, membantu mata kembali fokus.,
selepas menjalani kimo, sakit buah pinggang, kurangkan risiko sakit jantung dan juga untuk sakit gout.

Wednesday, 15 May 2013

Pengalaman Cabaran Berpuasa Bersama Shaklee : 1

Setelah melalui beberapa hari berpuasa, baru hari ini berkesempatan untuk update. :) Ya Allah Ya Tuhanku, Kau bantulah aku untuk terus beristiqomah mengikuti denai sunnah Nabi Mu... Amin...

Pada hari Isnin yang lalu, saya berkesempatan untuk berpuasa sunat bersama dengan En. Suami. Kami bersahur ala kadar, dan mengambil supplement Shaklee seperti biasa. :)

Antara vitamin yang diambil ialah ; Vita Lea, B Complex, dan minum ESP. :) Wah! Semuanya vitamin pemberi tenaga! :)

Alhamdulillah, saya bekerja seperti biasa. Perut pun berasa kenyang sampai ke petang! :) Paling rasa bersyukur, apabila saya tidak berasa lesu dan penat walaupun berpuasa sambil menyusukan anak! :)

Syukur Alhamdulillah, asbab vitamin, saya mampu bertahan walaupun saya bekerja, dan seorang ibu yang menyusukan anak yang berumur 1 tahun 25 hari! :)

Suami saya sendiri seorang yang 'liat' berpuasa sunat. Penatlah... Tak laratlah, katanya... Hihi... Namun, dengan Shaklee dia tidak perlu berasa runsing lagi... :)

In Shaa Allah, saya akan teruskan Cabaran Berpuasa Bersama Shaklee ini. Dan saya berasa lebih yakin untuk berpuasa Ramadhan nanti tanpa perlu risau susu merudum dan letih lesu berpuasa! :)

Jika ingin tahu info lanjut tentang vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya di 0136463442. In Shaa Allah, saya bersedia berkongsi pengalaman dan apa jua tips dengan anda tentang Shaklee. :)

Pengalaman berpuasa Encik Suami.

Hari ke 3 bulan Rejab, saya terpengaruh dengan cadangan isteri untuk berpuasa.
Alamak! Tapi mengenangkan ianya bagus untuk badan dan hati saya, maka saya tekadkan diri untuk berpuasa juga.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, mengambil vitamin Shaklee, asbab untuk saya sentiasa bertenaga.

Pepagi lagi Isteri kesayangan ni dah sediakan sahur, apa lagi saya pun 'ngap' lah! Ohh tetapi sebelum itu... ESP haruslah dimakan sebelum makan nasi supaya tak kelaparan nanti. Kalau ESP diambil selepas makan nasi, kita akan cepat lapar. Dari segi tenaga, ia akan menyegarkan dari pagi sehingga ke petang.

Vitalea adalah multivitamin yang wajib saya makan disamping vitamin B Complex. Fungsi vitamin b complex ni menukarkan makanan kepada tenaga.

Rahsia ke 3 adalah air mineral yang mencukupi, supaya tidak dihedritasi, almaklumlah di Sabah ni terlebih panasnya, hampir kepada Tropika.

Lama tak puasa beb, tu yang risau juga, tetapi Alhamdulillah takdekla sampai terketar-ketar ataupun perut menusuk kelaparan. Terasa ringan badan pula badan ni. Nak solat pun tak malas.

Puasa dah dekat ni, amalkanlah bagi yang mampu. Banyak manfaatnya dari segi jiwa. Kita tak banyak marah, penyabar, waktu pun rasa banyak, boleh habiskan banyak kerja, nak solat pun tenang dan insyaAllah doa senang dimakbulkan ALLAH.

Saya dah, anda bila lagi?


Saturday, 11 May 2013

Petua mengatasi sakit Gout




Terasa seperti ada kaca yang menusuk ke kaki? Tak bebas bergerak dan melakukan aktiviti harian? Program tergendala?
Tak boleh driving? Nah, itulah penangan gout.

Apabila gout berlaku ia mampu menyebabkan kesakitan yang amat, bisa/pedih, kekejangan, kehangatan dan bengkak pada satu-satu sendi kebiasaannya pada ibujari kaki (75% serangan pertama). Kesakitan itu boleh berlaku berulang-ulang sehingga ia dirawat.

Punca Gout
Asid urik yang berlebihan di dalam darah akan menghasilakn GOUT!. Asid urik tinggi(KAUT) itu mula membentuk mendapan atau hablur seperti Kristal pada sendi-sendi tertentu. menyebabkan episod serangan gout anda bermula. Bayangkan anda terpijak bucu-bucu tajam batu karang dalam laut. Sakit bukan? Inikan pula ada hablur-hablur yang berkumpul pada sendi anda dan mula menyucuk dari dalam…Adoiii…
 
Cara mengatasi

 Apa rawatannya?
Rawatan gout terbahagi kepada dua:
1.     Rawatan segera untuk menangani kesakitan

a.     Rawatan sendiri
                                             
  i.     Tinggikan aras sendi yang sakit (contohnya jika ibu jari kaki yang sakit, tinggikan kaki dari aras kepala). Ini menggalakan reversal pengaliran darah supaya darah tidak terkumpul disekitar sendi yang mengalami keradangan justeru tidak menambah kesakitan yang dialami meskipun tidak mengurangkannya dengan signifikan.
                                           
   ii.     Meletak pek ais disekitar sendi untuk melegakan bengkak dan rasa panas.Jangan letak ais secara terus kepada kulit atau lebih dari 20minit untuk mengelakkan kerosakan pada kulit.

b.     Ubat-ubatan (Rujuk doktor!)
                                             
  i.     Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) : diclofenac indomethacin, naproxen
                                            
  ii.     Colchicine

2.     Rawatan berterusan untuk mengelakkan kesakitan di masa hadapan.

a.     Pemakanan :
                                              
i.     Mengurangkan atau menghindari makanan yang kaya dengan purina.
                                            
  ii.     Minum air dengan banyak.
 iii.     Kurangkan berat badan

b.     Bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya  hirudin(pencair darah) dalam air liur lintah
 Vitamin cadangan (tentunya Shaklee.. oh my...)
                                            
i.      Vita C
ii.     Vivix – mengandungi kompaun antioksidan anthocyanains yang mampu melegakan keradangan dan mengurangkan tahap urate (hablur Kristal terhasil dari asid urik) dalam darah. *
iii.     Omega Guard (Omega 3 Fatty Acids)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
--------------------------------------------------- 
Hubungi saya Ummu Ain dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Like Page di FB ; http://www.facebook.com/bidadarikecilblog untuk mendapat info dan tips-tips PERCUMA setiap hari! :)

P/S: Sekarang ni promosi Vivix, harga istimewa buat customer saya hanya untuk bulan May 2013 sahaja! Cepat!