Jurnal Perubatan The Lancet dalam artikel The World Forgotten Children 2 tahun lalu mendedahkan, hampir 11 juta kanak-kanak akan mati sebelum mereka mencapai umur 5 tahun. Manakala lebih separuh daripada kanak-kanak ini iaitu dalam anggaran kira-kira enam juta orang, akan mati disebabkan penyakit yang selalunya mudah dicegah atau dirawat kesan tidak disusukan ibunya.
Bayi negara ini `tidak `ketinggalan' kerana 58 peratus daripada kanak-kanak di seluruh dunia tidak menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya pada empat bulan terpenting dalam hidup mereka yang mana 25 peratus adalah kekurangan zat iaitu penyumbang kepada 60 peratus kematian kanak-kanak. Hakikatnya, lebih dua 2 juta kematian bayi berusia kurang lima bulan boleh dicegah menerusi proses sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi; penyusuan susu ibu yang lebih baik (1.3 juta) dan penyusuan badan lengkap (0.6 juta).
Mitos mengenai susu ibu termasuk:
* Susu kering - Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.
* Luka - Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.
* Penyebab sakit kuning - Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.
* Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah - Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.
* Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat - Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.
* Makan banyak untuk hasilkan banyak susu - Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.
Faedah Susu Ibu:
* Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.
* Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30 hingga 200 peratus lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka. Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dramatik penyakit kencing manis dan lainlain dan menambah kos penjagaan kesihatan individu dan negara.
* Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta kanser ovari dan payudara.
* Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang, termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolesterol darah serta mengurangkan kejadian diabetes mellitus dan obesiti ketika dewasa.
BAGAIMANA SUSU TERHASIL
* Apabila bayi menghisap puting payu dara, rangsangan akan dihantar kepada kelenjar pituitari dan hormon yang dipanggil prolaktin dan oxytocin dihasilkan. Prolaktin menyampaikan arahan untuk menukar darah ke dalam susu ibu. Oxytocin akan terus beroperasi, untuk menolak susu ibu yang berkumpul di dalam saluran payudara.
* Susu ibu `dilepaskan' apabila bayi mulai menghisap pada puting payu dara. Pada hisapan pertama, ibu tidak dapat merasai `pengeluaran itu' bagaimanapun menerusi proses beberapa kali pengulangan, ibu dan bayi akan mulai mahir dan penyusuan ibu boleh berlaku secara normal.
* Susu terhasil dalam sel Acinar. Acinar terdiri daripada sejumlah besar sel-sel acinar. Ia dikeluarkan menerusi hisapan oleh bayi di puting payu dara dan keluar menerusi salur payu dara. Sel myoepithelial sekitar acinar bertindak bagai pam untuk mengeluarkan susu.
* Perlu diketahui, kecederaan termasuk sakit atau luka pada puting payu dara ketika proses penyusuan, boleh terjadi akibat ibu salah menyusukan bayi mereka. Justeru dapatkan tunjuk ajar daripada doktor atau jururawat yang sedia membantu. Jangan berputus asa.
Sumber: Penasihat Penyusuan Pigeon
Perlu mula seawal hamil
PENYUSUAN membekalkan pemakanan yang lengkap kepada bayi malah dapat melindungi bayi daripada jangkitan. Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang.
Namun, apakah persediaan yang harus dilakukan? Berikut antara panduannya:
Persediaan sejak hamil :
* Bersedia dari segi mental untuk menyusukan bayi.
* Dapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu daripada profesional kesihatan.
* Belajar teknik betul untuk menyusukan bayi.
Mula sejam selepas kelahiran :
* Letakkan bayi atas dada ibu sekurang-kurangnya 10 minit supaya agar mendapat sentuhan kulit.
* Rapatkan bayi ke payudara ibu untuk memulakan penyusuan dalam tempoh sejam selepas bersalin.
* Dapatkan bantuan daripada jururawat atau doktor untuk memulakan penyusuan susu ibu.
Susukan bayi dengan kerap dan ikut kemahuannya :
* Biarkan ibu sentiasa berada dengan bayi supaya bayi boleh disusukan seberapa kerap yang dikehendaki.
* Susukan bayi apabila dia menunjukkan tanda-tanda lapar (seperti membuka mulut, mencari payudara atau menangis).
* Susukan bayi siang dan malam sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari.
* Jangan beri puting tiruan kepada bayi yang menyusu dengan susu ibu melainkan atas nasihat doktor.
* Pada usia bawah enam bulan, beri hanya susu ibu tanpa minuman atau makanan tambahan, termasuklah air kosong (melainkan atas nasihat doktor).
* Perhatikan tanda bayi menerima cukup susu seperti membuang air kecil enam hingga lapan kali sehari, membuang air besar setiap hari dan membesar mengikut berat badan normal mengikut carta pertumbuhan.
Perah susu :
* Berikan susu perahan sungguhpun sudah keluar bekerja. Berlatih memerah susu ketika cuti bersalin, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kembali bertugas.
* Ketika cuti bersalin latih bayi untuk menyesuaikan diri dengan susu perahan.
* Simpan susu perahan dengan betul.Susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk (2 - 4 darjah Celsius) selamat digunakan oleh bayi dalam tempoh lapan hari.
* Rancang jadual kerja supaya ibu mempunyai cukup masa untuk memerah susu.
Jaga pemakanan ibu dan bayi :
* Teruskan penyusuan ibu walaupun bayi sudah mengambil makanan pelengkap iaitu pada usia lebih enam bulan.
* Aturkan kerja rumah dan pastikan dapat tidur yang cukup.
* Makan makanan yang seimbang dengan tambahan satu sajian susu dan nasi atau bijirin lain.
* Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air minuman sehari.
Sokongan pasangan serta orang sekitar :
* Suami perlu berikan sokongan. Berikan perhatian kepada anak-anak lain ketika isteri sedang menyusukan anak-anak.
* Bantu isteri dengan kerja rumah.
* Dapatkan isteri makanan berkhasiat serta utamakan keperluannya.
* Majikan boleh sediakan tempat ibu memerah susu yang selesa serta peti ais di tempat berkenaan membolehkan susu perahan disimpan.
* Profesional kesihatan dan pengasuh kanak-kanak boleh menyokong penyusuan susu ibu dengan memberikan susu ibu saja kepada bayi apabila ibu mula bekerja.
* Oleh kerana kebaikan penyusuan susu ibu terbukti, maka galakan penyusuan susu ibu adalah amat diperlukan.
* Ibu mestikan berfikir secara positif dan tidak menganggap bahawa mereka tidak boleh menyusukan bayi selepas mereka kembali bekerja.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sila Like Page dan Hubungi :
Page Bidadari Kecil
Ummu Ain 0136463442
ID Shaklee : 881669
bidadarikecilsayang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment