Saturday, 8 June 2013

OSTEMATRIX : Pengalaman Sakit Belakang Hilang




Pada hari minggu yang lalu, saya memandikan Bidadari Kecil seperti rutin biasa setiap hari... Setelah itu, barulah giliran saya mandi. Sewaktu saya tunduk membongkok untuk sabun kaki saya, saya terasa seolah-olah belakang saya sakit seperti sakit terseliuh! Sangat sakit sehingga saya terduduk dan tidak dapat berdiri lagi!

Terpaksalah Encik Suami memapah saya ke bilik. Namun belakang yang sakit menjadi-jadi pula. Ia mula mencucuk-cucuk, berdenyut-denyut dan entah apa-apa lagi la bentuk sakitnya sehingga tak dapat nak digambarkan disini...

Malam itu, saya tidak dapat tidur kerana menahan kesakitan yang teramat. Air mata tak tahu nak cakap, bergenang je... huhu... Esoknya, keadaan bertambah teruk! Encik suami terpaksa membantu saya mengambil wudhu' kerana saya langsung tidak dapat bangun! Solat pun di tempat pembaringan sahaja. Aduhai... tak dapat nak bayangkan kesedihan waktu itu. Namun saya redha, pasti ada hikmah disebaliknya... Alhamdulillah...

Saya gagahkan diri untuk ke hospital tengahari itu dengan bantuan Encik Suami. Namun apa yang mengecewakan, doktor kata, tiada apapun tu, sakit biasa saja, otot streching! :( Kemudian, saya diminta ambil ubat difarmasi, dan saya hanya dapat ubat sapu sahaja! Ubat tahan sakit tidak dibenarkan ambil disebabkan saya menyusukan anak. :(

Apa yang saya buat, balik dari hospital, saya telan 4 biji Ostematrix, 2 kali sehari... Alhamdulillah, dengan izinNya, belakang saya semakin pulih dan saya boleh berdiri dan jalan sendiri tanpa bantuan Encik Suami. Dan sekarang, saya sudah mula boleh solat secara normal, tak perlukan kerusi, atau sambil berbaring... Alhamdulillah... Syukur.... Syukur sangat tak tahu nak cakaplah.... ;'")

Semoga saya terus istiqomah dalam menjaga kesihatan saya, InshaaAllah.... :) Saya rasa, semua orang pun patut menjaga kesihatan tubuh badan masing-masing kerana tubuh badan kita hanyalah pinjaman dariNya semata-mata... Pengalaman menyakitkan itu sangat menginsafkan saya... Syukran Ya Allah...

Sesiapa yang ingin mencuba OSTEMATRIX Shaklee boleh terus hubungi saya, saya akan berikan konsultasi percuma! In Shaa Allah, tak salah jika mencuba! :)



**************************
Hubungi saya - Ummu Ain ; 013 6463442 (Id : 881669)
Blog : http://bidadarikecilsayang.blogspot.com
Emel : bidadarikecilsayang@gmail.com
FB Page : https://www.facebook.com/bidadarikecilblog

No comments:

Post a Comment