Monday, 10 December 2012

5 Perkara TIDAK Pada Ibu Menyusu Badan


Untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif sudah pastinya disiplin amat diperlukan. Bukan sehari dua malah jika ingin melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun sangat memerlukan komitmen dari sang ibu.


Apa perkara yang patut kita katakan TIDAK bila membuat keputusan untuk menyusu badan?


1. TIDAK pada susu formula. 
Tidak perlu bimbang dengan perasaan yang menghantui 'cukup ke susu aku nanti?'...'takpelah beli dulu susu formula untuk simpanan takut-takut susu tak cukup'.


2. Katakan TIDAK pada alasan yang tidak munasabah.
Sentiasa beralasan. Boleh ke bagi komitmen sedangkan aku ibu bekerjaya? Nanti bila sudah bekerja, mesti tiada masa untuk mengepam.


3. Katakan TIDAK pada sejarah silam. 
Mungkin sebelum ni anda tidak berjaya susukan bayi, jika untuk anak seterusnya tidak semestinya tidak boleh berjaya. Ingat susu badan ada atau tiada bukan atas sebab KETURUNAN. Ibu saya dahulu tiada susu badan, saya mesti tiada juga.


4. TIDAK benarkan orang yang negatif dalam penyusuan mempengaruhi minda anda. Tetapkan pendirian, dapatkan sokongan dari sekeliling terutamanya suami. Jika tidak dapat sokongan dari suami jangan cepat mengalah, jadikan ia sebagai cabaran, suatu hari nanti semua yang membangkang akan tabik pada kesungguhan anda.


5. Katakan TIDAK pada sikap tunggu dan lihat. 
Nanti bila sudah keluar baby bolehla aku baca info-info atau belajar cara-cara penyimpanan susu. Silalah cari info sebanayk mungkin selama mana yang boleh. Seeloknya mulakan dari permulaan mengandung.


Ayuh ibu-ibu semua, kita menyokong penyusuan ibu yang ternyata sangat banyak kebaikannya. Good Luck!


Hubungi saya dengan sms ke 013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.


No comments:

Post a Comment