Monday, 25 March 2013

AJHT tetap di hati

AJHT boleh melegakan sakit sendi. Umpama minyak pelincir bagi tulang, AJHT berupaya melancarkan pergerakan sendi.



a) Apakah kandungan AHJT ini?
--> AJHT adalah formula sayur-sayuran 100% yang mengandungi ekstrak
unik Boswellia, ekstrak jagung, serta nutrien penting seperti Zink,
Tembaga, Mangan dan Vitamin C

Formula ini dicipta untuk mengurangkan sakit sendi tulang.

b) Apakah Boswellia?
--> Merupakan gum resin daripada pokok Boswellia Serrata, yang telah
digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk meningkatkan keselesaan
sendi. Kandungan aktif ekstrak ini adalah AKBA (3
acetyl-11-keto-beta-boswellic acid) yang bertindak sebagai agen
anti-inflammatory semulajadi. Ia menolong sendi berfungsi secara baik
dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan.

c) Apakah kepentingan ekstrak jagung?
--> Ekstrak jagung membekalkan sumber semulajadi Glukosamina yang
digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan
sendi. Secara asalnya Glukosamina juga terdapat didalam tendon dan
ligamen, akan tetapi, jumlah penghasilannya akan berkurangan selari
dengan peningkatan usia. Ekstrak jagung juga membantu meningkatkan
perlindungan sendi, menyokong pergerakan dan fleksibiliti sendi.

d) Mengapa produk ini mengandungi Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C?
--> Zink, Tembaga, Mangan merupakan faktor sampingan untuk enzim-enzim
yang membina kolagen dan glukosaminogen. Vitamin C pula dibekalkan
100% keperluan oleh AJHT untuk membantu pembentukan kolagen serta tisu
penyambung lain(other connective tissue)

e) Keistimewaan lain AJHT?
--> BEBAS CHONDROITIN.. MENGAPA? Kajian terkini menunjukkan kondroitin
sulfatmengganggu penyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap.
TIDAK MENGANDUNGI kondroitin sulfat sebab ia tidak diserap dengan
baik bila diambil secara oral.