ISU TIDAK CUKUP SUSU NI MEMANG SELALU BERMAIN-MAIN DALAM FIKIRAN
PARA IBU TERUTAMANYA IBU YANG DALAM PANTANG DAN SUDAH NAK MASUK KERJA BALIK.
JUGA TERJADI PADA IBU-IBU YANG BAYINYA BERUSIA LEBIH 6 BULAN.
Breastfeeding With Confident! |
Hakikatnya
susu badan ibu adalah berbeza mengikut umur bayi, keadaan, persekitaran, dari
sehari ke hari, bulan ke bulan. Jangan risau lebih-lebih ye para ibu.
Faktor-faktor yang menjadi isu dalam penyusuan terutamanya bagi
yang mengepam:
1.
Jumlah output yang kita dapat semasa pam.
Jumlah inilah yang sering dijadikan
kayu ukur sedikit atau banyak susu sedangkan kita lupa yang pengeluaran susu juga
ada turun naiknya. Normal jika susu kadang-kadang sikit, kadang-kadang banyak,
tidak semestinya akan dapat amount yang sama setiap hari. Jika hasil pam
berkurang pada hari tersebut, tidak bermakna itulah petanda susu badan makin
kurang!
2.
Semalam dapat 8 oz sekali pam, hari ini dapat 4 oz sekali pam.
Ibu pun mula
stress sebab fikirkan jumlah yang dapat hanyalah sedikit.
3. Perlu
dingat aktiviti mengepam tidak se "effektif" dengan penyusuan secara
direct.
Kemungkinan jumlah output yang kita dapat adalah tidak sama banyak seperti kita menyusukan bayi secara direct.
Kemungkinan jumlah output yang kita dapat adalah tidak sama banyak seperti kita menyusukan bayi secara direct.
Adakah normal jumlah output susu yang saya dapat?
Jangan
sesekali bandingkan jumlah susu yang berjaya dipam dengan orang lain. Ianya
sudah tentu berbeza contohnya bagi ibu yang menyusu badan fulltime (biasanya
ini berlaku dalam pantang) dan juga ibu yang mengepam secara konsisten dan
bukan fulltime (ibu yang sudah kembali bekerja).
Semasa
dalam pantang, ibu menyusu badan sepenuhnya. Dan ibu juga mungkin juga
mengepam, hasilnya katakan 2 oz setiap kali pam. Ibu yang sudah masuk kerja
akan pam di tempat kerja dan dapat 4 oz sekali pam. Tidak bermakna yang ibu
dalam pantang itu merudum susunya kerana dia sudah pun direct feed bayi.
Juga
perlu diingat adalah normal jika ibu menyusu secara direct sepenuh masa
perlukan beberapa sesi pam untuk dapatkan 2 oz susu contohnya.Susu itu adalah
susu 'extra' sebenarnya, jangan rasa lepas menyusukan bayi masih lagi berharap
dapat 8 oz semasa pam. Ibu yang telah mula bekerja dan tidak bersama bayi
mungkin perlukan satu sesi mengepam sahaja untuk mendapat sebanyak itu.
Jangan
stress jika tak dapat kumpulkan penuh freezer dengan stok susu. Ianya adalah
normal, jangan risau ye. Memanglah kita akan dapat banyak susu semasa dalam
pantang kerana susu masih lagi belum mencapai tahap konsisten. Maksudnya kita
belum ada jadual yang khusus atau bayi masih lagi belum menunjukkan pola minum
yang konsisten.
Semasa
bayi mengalami "growth spurt" juga dijangkakan susu akan terasa tidak
cukup kerana bayi menyusu lebih dari kebiasaannya. Dengan itu ibu akan
mengalami rasa 'macam tak cukup susu je"..
Keadaan
ini boleh diatasi dengan lebih kerap mengepam dan direct feed bayi.
Jangan lupa juga susu akan kemungkinan effect jika anda mengalami period. Keadaan ini adalah normal dan akan berakhir, jangan risau.
JUMLAH SUSU YANG KITA DAPAT SEMASA MENGEPAM BUKANLAH UKURAN
'MILK SUPPLY' KITA!
Hubungi saya dengan sms ke
013 6463442 atau email bidadarikecilsayang@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Credit Permatacintaku
No comments:
Post a Comment